Tuesday, July 22, 2014

U41:physio


Bercerita tentang interview,
Bukanlah aku menaruh harapan tinggi
Tapi
Harapan ibu digalas di bahu ini
Ingin melihat anak yang dididik
Menjadi insan

Physio dan tudung labuh sering menjadi isu. Tidak adakah physio perempuan yang hebat dan islamik? Mungkin islamik dan muslimah itu berbeza. :-(

Air mata takhenti,teringat kata2 umi
Sewaktu melawatnya di Rawang

"Umi ajar anak2 umi kuat,capok mana2 pun buleh bdikari. Bo lah duk jerik. Umi xsey tgok awok jerik doh kak"

Apakan daya,air mata dan doa sahaja menemaniku. Lone ranger. Itu trademark dari dulu.

Malam tu,terpijak jarum. Dalam. Darah memancut keluar. Sambil meletakkan ais di tapak kaki, Ku katakan pada umi "allah nk ampun dosa la tu. toksoh cito ko kak ta,nati dy kato ore tebolah"

Lantas umi berkata

"Sian ko kakak la, sedih sokmo"

Hidup susah tak mengapalah,asal hati tenang dengan yang Maha Kuasa.

Apabila allah cintakan seseorang, Dia akan fahamkan orang itu dengan agama.

Moga diri ini masih berpegang dengan tali Allah.



Tamat iv: kuantan.22-7-14

Monday, June 16, 2014

Bandung^^


Firman Allah SWT : “Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al-Ankabut : 20)

Musafir itu banyak tujuan.

Amy bertanya suatu masa dahulu, mahu ke bandung?
Aku setuju.
Even amy yang mengajak, dia tak pergi. I'm on. Tak kisahlah alone pun.
Papa macam pelik kenapa aku nak pergi. Yang pergi sekali bukan kenal pun.
Lone ranger itu, hidupnya bergantung dengan Allah.

31st May 2014
Naik bas ke KL. Bas pukul 11.30 pagi.
Sampai sekitar 4.30 petang.
Amek taxi pergi Jinjang.
Alone. Papa dah balik Kuantan.

1st June 2014
Seawal 8 pagi, keluar rumah.
Menunggu bas di tempat menunngu bas.
1st time aku cari bas di kawasan ini.
Mula-mula bas sampai, confuse nak naik ke tak.
Nasib baik lambai tangan pada pak cik bas. Kalo dak, terlepas bas. Aku tanya pi Chow Kit? 
Dia kata ini satu saja bas adik. Lalu je Chow Kit.
Aku ikut cakap papa.

Sampai Sogo aku turun.
Papa suh amek taxi g KL Sentral. Tapi aku g beli tiket LRT. Kena marah dengan papa. Sebab dia kena tukar train di Masjid Jamek.
Loh. Rugi rm2.50
Carila taxi. Dada dah berdebar-debar. Dah 9.30 pagi. Check in should be 10 am. Jumpa taxi uncle China. Cakap Kl Sentral. Tapi dia ingat Central Market! huaaa.. Rugi RM5.  

Cari lagi taxi. Aku dah redha dah. Bukannya biasa dengan tempat cenggini. Teringat nak tanya Kit. tapi hold jap. Alhamdulillah jumpa pakcik taxi tahu nak g KL Sentral. Islamic. Baca bismillah nak start jalan. Legaaaa.. Pelik juga bawa taxi tak tahu tempat. Hem,,

papa call. Abg amy call. aku cakap tengah tunggu bas dekat KL Sentral. huarghh. Stress. Padahal KL Sentral pon belum nampak batang hidung. Pakcik taxi memahami. Dia kata. Sabar ye nak. insya Allah sempat. Ni nak sampai dah. Ha tu signboard KL Sentral. 

Agaknya dia mendengar pasal flight pukul 12.30 y aku cakap pada papa. Tapii pakcik taxi y ni bagusss. Thumbs up. 

Alhamdulillah sampaii KL Sentral. Cari train express ke KLIA2. First time tengok KLIA 2 weh. Sempat lagi withdraw duit. Yela kat sana entak ada entah tak bank macam bank aku pakai. Beg duit dipegang elok2.
Tiket ke KLIA 2 RM35. mak aihh. takpek. cepat dan selamat.

tiket KL Setral - KLIA2.

Dalam train.
Dalam train seat dia macam berhadapan. Ada makcik (tu y baju oren) dengan anak dia yang baru menamatkan asasi di UMS. Mereka dari Sabah datang bercuti. Duduk dekat hotel berhampiran Pudu Raya. Dekat dengan Central Mart y aku sesat itu mungkin. Makcik itu Guru. Batch terawal Universiti Pertanian di Bintulu. Skarang UPM. ^^ Rasa seperti: hikmah musafir. 

Dalam 10.05 am sampai KLIA2. Alhamdulillah! Tarbiyah itu indah.. 
Pengalaman pertama. Terkenang masa study. Masa praktikal PPUM, hampir setiap minggu berulang ke Kuala Selangor. Tolong kakak2 Nisa' di sana. Yang tu lagi challenge!! Mostly Indian dalam bas, tengah malam sampai sana. Alone. Pergantungan dengan Allah begitu kuat waktu itu. Maklumlah title anak dara. Bahaya. Heh.

Sampai. Wahh. This is KLIA 2. Hoho. Cantik & tersusun.

overall klia2

plus minus suasana KLIA2 ^^


 Jumpa k long & a long amy. 8 orang semuanya. 5 orang lagi satu keluarga. Keluarga Professor IT di UPSI. Aku baru tahu. 8 orang. Ingatkan ramaii. Dan, Si Amy kata naik MAS. Rupanya Air Asia. Ngeknyelah aku ni. On the spot semuanyaa. Tentatif ke semua tak tahu juga. Hentam saje. Kalaulah papa tahu, aku dah tahu apa yang papa bakal bebelkan. Tidak seperti umi. "Suka hatilah kak.." ayat umi yang ajar aku independence. Ayat papa yang macam "sayang anak"

Well. Uncertainty lead to Endless Opportunity. Dah jenis aku last minute. Dakleh uboh doh.

Flight delay. Ingat kenangan hantar Azwan pi Sabah. Terlepas flight. Hak ni delay lah pula. Macam2. Hem. Allah is the best planner. ^^

Pukul 1.35, depart. Duduk tepi tingkap. Wowww.. Eh, subhanallahhh. Siyess. KLIA2 wpun nmpak buruk (sebab baru lagi kan. dinding banyak putih) tapi actually sgat canggihhh!!

Queue nak masuk flight.

skodeng pilot. xnampak pon. ehehe.

Siap main handset lagi team kat bawah tue. ish3.

cabin dia rapat terus dengan flight. xyah jalan jauhh..

ha macam ni. pilot kena pandai parking. tett.


macam gmbar atas2 tu, flight queue teratur dalam satu line.

aeroplane is moving.

^^

duduku di tengah. dekat sayap.^


dah alone, selfie ajee.

Perjalanan lama weii.. 2 jam lebih. sebab Pilot cakap kena tunggu turn untuk mendarat. Pandai pilot control kelajuan kapal terbang. ^___*  Sebelah saya itu kakak indon. Jadi bibik. 7 tahun tak pulang. Baru nak pulang. Mak aih. Terdiam sekejap. Bersyukur dengan apa yang ada. Masa nak turun dia wish, hati2 ya mbak. 
Yela, sembang2, tolong dia fill in kertas kementerian kewangan indon. Mesti diberi setibanya di air port nanti. Adeh. Gambarnya dalam iphone. Ter'miss' untuk di upload. Takpelah.

Dalam pukul 4 gitu, sampai.. Alhamdulillah.
Ahlan Azi. This is Indonesia. hehe.

Garuda Airlines kebanggaan Indonesia.^^


bas untuk amek passenger ke airport. Air Asia pun ada bas sendiri.**

Semenntara tunggu depa lepas imigresen. main mende ni.



Pak Jojo menunggu kami di sini.^^
Sampai Jakarta. Baru tahu, ke Bandung 4 jam lebih kurang. Waa, sampai malam la jawabnya.

Berhenti makan dekat R&R.

PERJALANAN ke Bandung


ayat dia lain dengan kita. tapi maksud yang sama. Plaza tol vs Gerbang tol.



masjid dekat R&R ape xsure.

Masa tengah makan, black out. Panas seketika. Makanan dia lainnn.. Ada teh kosong ala herba gitu.. Sebelum makan dia bagi. Variasi lauk.

Siap, teruskan perjalanan. Memang sampai malam.

Pop Hotel Bandung.
Hotel kami menginap sepanjang berada di Bnadung.^^

sangat colourful.

toilet dia macam cube. ohsem.


ada wifi. kiri: ruang makan dengan TV.



okei. this is day 1.^_^

Sunday, June 15, 2014

Accident vs Incident

Pulang dari menghantar adik di SMK Seri Pekan.
In rush for part time work.
Tetiba dekat petronas, ada kereta viva membelok ke kanan menghala ke petronas. Seorang anak muda yang tidak perasan signal belok kanan barangkali, mungkin juga tiada signal diberi terus menjadi mangsa.
Di depan mataku!!! Dia terpelanting dari motor, berlipat badan ala gimnast tu 3 kali.

Allahhh. Gerunn.. Punyala momentum akibat kelajuan motosikal menyebabkan dia tercampak di tengah jalan.

Terfikir. Merenung. Semua yang terjadi susunan Allah. Kita tak expect benda cenggini berlaku.
Tapi, kena berhati2!! Para driver kereta, bagi signal!! Tengok dulu. Aware dengan motosikal yang tiada pendinding untuk melindungi diri. tetiba emo. Takuttt.

Baca doa naik kenderaan, semoga dalam jagaan Allah selalu.
Insya - Allah..




kejadian 2:

Sesampai di farmasi. seorang makcik datang bercerita.
Gastric yang teruk.
Apa boleh bagi.
hem, semithecone done.
I suggest probiotic.
Mendengar cerita darinya.
Dengan jejari sedikit terketar2
Nafas naik turun
Letih barangkali.
Aku dah suggest, mak cik tanya lagi apa yang boleh buat.
Nampaknya makcik nak meluahkan keperitan dirasai.

Dan, terfikir.
Clinical psychologist diperlukan!
Rupanya, makcik wish tq
Sudi mendengar
Itu sudah cukupp..

Allahh..


Monday, March 24, 2014

Sanah helwah papa

Dad's bday. 54 years old oredy.
Even dad's bubble and nag worsen than mom, dad still the best dad i ever had. Insulin injection by IM: gift for dad from God. I think. The HINT.
Even i'm struggling hard to cope within this house and surrounding, still unable being compared with TM.

Usual with own habit:dun't disturb my corner,i'll not disturb yours. In here, no such thing. Everybody is busying with their own gadget, forget the real job why we are HERE.


How regret and deep saddest i feel. God,show me the way.


Living room:0031


Tuesday, March 11, 2014

exposed


 nervous!! huahhh..
kadang-kadang, takut.
Thiviya bercerita tentang tiga gereja yang berbeza. Jesus,Madam Mary,Both.
Oh, Nabi Isa,Mariam,keduanya.
Dia teruja pergi gereja last week.
Dia berpuasa selama40 hari untuk pergi ke Filipina.
Aku senyum dan meraikan ceritanya.
Ya Allah,tetapkan akudengan Islam.

Risau nak cerita pada umi, takut nanti umi misunderstand.
Dapat interview Subang Jaya, Dr chinese,terus tak bagi pergi.

Inilah masanya aku memulakan langkah. Shud be.
May Allah ease.
Pray for MH370.
Dua hari lalu,tafsiralquranyang aku baca menerangkan tentang angin yang Allah hentikan,dan kapal statik di situ.
Tak berani nak ulas lebih,nanti kena tegur. Biar masa berbicara.

Tak jadi resign bulan ini. Teruskan kayuhan, azie.^__^




 Kuantan:004
Be careful w my heart.



Wednesday, February 12, 2014

Idola

Jika dahulu bersama sahabat
Kali ini bersama keluarga

Jika di kelate ada tn guru nik aziz
Kali ini di kuantan ada tn guru dato' ibrahim tuan man.

Berdiri atas kaki sendiri,
Jangan jadi so melayu: jadi islam la weii.

Gambar tak berapa terang.^^
With papa and aiman yang baring sambil main psp.
Orang sebelah lagi best,anak dia siapkan kerja sekolah sepanjang ceramah. 2 lagi anak sedang tidur. Baitul haraki yang sebenar.^^ reality.


Balai purnama.Kg chendering,permatang badak.
2356

Tuesday, February 11, 2014

Zzzzz

Tiada siapa yang akan mengerti jika dia tidak mengalami sama seperti kita alami kan?

Ya Allah, aku yakin akan janjiMu.

jika benar di dunia ini aku akan sentiasa mengalami kesukaran dan keperitan,
Aku akan teruskan kayuhan ini,
Kayuh dan terus berkayuh,
Tapi,
Izinkan aku bersenang lenang di akhirat kelak.
Jangan ya allah,Engkau membiarkan keperitan yang berlaku di sini turut berlaku di sana.
Aku exhausted,tapi ku ingat kata-kata itu:
Dunia tempat bercucuk tanam, akhirat tempat tuaian.
Dan, tak mengapa tiada rehat di dunia, nanti rehatlah di syurga.
Ameenn...:-(

Kerja 6 hari seminggu memaksaku mengabaikan banyak perkara.
Keletihan menjalar di segenap penjuru badan.
Baru ku tahu, peritnya mencari wang buat bekalan.

Allah allah allah.