27 september 2012, 8 malam
Aku mendapat panggilan dari papa,
menceritakan ayah cik masuk ICU d hospital taiping dan meninggal dunia after
maghrib akibat serangan jantung mengejut. Innalillahi wa inna ilaihirajiiuuunn.
Papa ajak teman gi ipoh sebab takde saudara mara yang boleh uruskan jenazah
untuk dibawa pulang ke Peramu, Kuantan. Jadi, dalam pukul 8 (terlepas nak gi
dengo d alfurqan), aku pun pergi Jinjang ambil papa and get ready nak gi Ipoh,
Meanwhile, tunggu mama,along and mok de dating dari Kuantan. Tiba-tiba dapat
panggilan tak payah pergi sebab geng polis dah settlekan, konvoi polis hantar
arwah balik kuantan..hem, lagipun mok cik n ayah cik orang besar IPK Ipoh.
Tapi..
Kami tidur di R&R temerloh
sebab mengantuk sangat, papa tak larat nak drive sekitar 3 pagi and sampai
kuantan 5.15 pagi. 8pagi kami keluar ke Masjid Indera mahkota dan konvoi polis
dengan siren2 sepanjang perjalanan. Em, istimewanya polis. Adakah sama status VIP di dunia dengan akhirat. EM,, Aku pulang ke
Kuantan meninggalkan program iftar dan usrah dengan satu harapan. Agar
mereka-mereka ini temui jalan pulang. Dakwah melalui penampilan mungkin sudah
memadai.:-( Kerana aku tahu, mereka ingin berubah tetapi tidak tahu bagaimana
dan kemewahan dunia yang menjadikan mereka begitu.
Pengajaran 1- Ramai geng polis
sewaktu pengebumian. yang peliknya, wanita memakai jubah hitam dan bercermin
mata hitam-em, berkabung memang begitu? Umi kata, better pakai putih. Aku pun
tak faham.
Terfikir, kalau jadi pendakwah,
meninggalkan legasi pada ummah, pahala mengalir.. Masa pengkebumian pun kita
boleh nilai. Contohnya macam arwah ustaz fadzil nor, pilot pun masuk islam bawa
jenazah dia, penuh muslimin dan muslimat datang dan menangisi pemergian lagenda
ini..^^ azi kena jadi begini.^^
Pengajaran 2- Kematian sesuatu yang
pasti, ijazah yang aku kejar ni masih belum pasti. Arwah meninggalkan semua
tanpa sebarang tanda. Aku tengok wajah arwah putih dan cuaca pun mendung je
hari tu. Amalan seseorang tu,kita tak tahu, hanya allah yang tahu. Jadi, aku
mesti berusaha persiapkan diri. p/s comel je ika pakai tudung, menutupi dada
pula tu. Cantik kamu. Jika begitu berterusan kan bagus. Moga Allah campakkan
hidayah.:-)
Pengajaran 3- Mama cerita, anak
anak arwah tak suka mokcik as stepmother tapi mokcik sangat baik dengan aku.
Hanya tahu minta duit je. Em, no comment. Tapi, aku rasa memang tak patut. Umi tak
ajar aku begitu. Hidup bukan untuk berdendam, berpaksi fitrah kebaikan, lakukan
kebaikan biarpun dikutuk orang. Allah menilai dan memandang apa aku buat.
Pengajaran 4- Nak masuk masjid
pakai tudung, keluar masjid tak pakai tudung. Ajaran apakah ini?
Cerita sampingan: Malam majlis
tahlil, pak andak menangis. Susah doh nak tengok orang lelaki menangis. Dia dah
berubah sejak arwah mok tua meninggal (papa cite la) Tapi mak andak “macam” tak
suka sangat aku kot. Dah cukur kening, pandang sebelah mata je orang lain. Hem,
terpulang. Moga allah bagi hidayah. Yang nak cite nya, Aiman gaduh dengan anak
pak andak –Najmi. Alah, WWF budak2 ape sangat la kan. Aiman dengan sengih
sengih kambing dia tu bila aku kata, jangan. Tiba-tiba Najmi nangis. Ha, selok
doh. Aku tanya nape Aiman buat Najmi sampai nangis, Aiman dengan slumber badak jawab.
“Aiman bagitahu Najmi, dah ko orang UMNO, aku orang PAS, memang patut pun kita
gaduh” Hahahaha..Apela adik aku sorang nih. Selok sep kami gelak. Kecil kecil
dah pandai. Padahal bukan tahu pon, game Ipad die je dia tahula. Teringat
sampai sekarang.^^
Cerita lain.
Balik Kuantan, mama mengamuk angah
pergi disko, ada orang report. Angah kata, dia pergi jumpa kawan. Aku percaya
dua adik lelaki aku ni, di mana pun bumi dipijak, dia tak terpengaruh. Macam
ikan tawar di laut masin.. he.. Tapi aku- di mana bumi dipijak di situ Islam
akan tersebar.. Insya Allah, moga istiqamah. Azi Koya.
Ponteng usrah, iftar, Kuliah
Thaqafah sem ni. Mengamukla sep Tarbiah. Biarlah, buat keje sebab Allah..^^
No comments:
Post a Comment