Ainatul Mardiah 2
Sedikit rentetan kisah kami daripada warga baitunnajah.
Khamis (7/3/2013)
Sebaik sahaja pulang daripada meting lajnah, sekitar jam 7.40pm kak
aina menerima panggilan daripada bondanya. Tiba-tiba kedengaran kak aina
melaung dengan kuat..UMI…UMI sambil teresak2. Kami terus mengurumuni
dia. Dia kata “ayah akak dah takda…”… “ tadi, lepas asar umi akak mintak
call dia, akak pun call la,umi bagitau ayah dah tenat.tapi mase tu akak
ingat takde ape2…sebab ayah akak memang dah banyak kali demam
kuat,sampai menggigil2. So, akak tak terpikir pulak nak cakap dengan
ayah akak sebab masa tu nak bersiap2 pergi meting dah…Akak tak sempat
cakap dengan ayah akak…”.
Kami terus decide untuk bergerak ke
johor dengan 2 kereta sebab nak ambil adik2 kak aina lagi. Ana yang
pandu kereta kak aina dan Siti pulak drive kereta ana bertemankan 2
orang lagi housemate yang boleh drive, senang sikit bleh gilir2 drive
kereta bila penat. Kami tiba di Endau,mersing Johor jam 4 pagi setelah
singgah di uia pj,stesen um, ukm dan berhenti beberapa kali tukar
driver. Kami takdelah drive laju sangat tapi memang constant 100km/j
sebab jalan memang lengang tapi sangat gelap & berliku2.
Kak aina sangat kuat dan tabah masa perjalanan dari palam ke uia ade
jugak dia menangis. Dia kata “akak tak boleh menangis depan adik2
akak…”. Ana jawab “takpe kak…akak nangisla banyak2 sekarang. Akak kene
kuat sebab akak anak sulung”. Dan itu jugalah ungkapan Umi kak aina bila
kami tiba di mersing. Umi kak aina tambah lagi “ Kak long jangan
sedih,ayah pergi senang sangat…dia sempat edar harakah lagi hari ni. Kak
long dah banyak sangat tolong ayah cuti haritu…”. Untuk pengetahuan
sahabt, sebab itu jugalah kak aina tak pergi pondok haritu. Cuti sem
yang lepas dia siap buat solat istikharoh sama ada nak pergi pondok atau
balik johor. Cuti hari tu, kak ainalah yang uruskan adik2 dia pergi
sekolah dan ulang-alik hantar ayah dia check-up pergi hospital lagipun
arwah memang ada kencing manis dan baru lepas operate mata September
lepas.
Ana teringat kata kak aina dalam kereta “Umi akak
tenang je bagitau akak tadi. Saudara2 akak pun kata umi tenang je kat
rumah”. Kami lihat sendiri umi kak aina sangat tenang dan redha dengan
pemergian arwah sebab dia kata arwah memang dah lama sakit…dan arwah
sendiri pesan kat umi kak aina utk belajar uruskan keluarga sendiri dah.
Tidak sekali pun ana lihat umi kak aina menitiskan air mata. Arwah
sendiri sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat melakukan tugasnya
mengedarkan Harakah ke rumah-rumah pelanggan sekitar rumahnya demi
memastikan kemenangan PR kali ini, berteman umi kak aina yang drive
kereta sebab arwah memang tak boleh drive sejak operate hari tu. Arwah
sendiri dah ambil cuti 2 hari sebab rasa tak sihat tapi dia tetap
lakukan tugas2 jemaah. Orang sekeliling tak sangka arwah akan pergi hari
tu sebab mereka lihat arwah kesana-kemari dengan motornya. Memang
betul, cuma petang tu baru arwah start sakit tenat. Malam tu diceritakan
oleh seorang makcik yang kami sempat singgah dirumahnya sebelum pulang
ke KL, ramai sangat sahabat Jemaah dan orang kampong ziarah arwah.
Jumaat (8/3/2013)
Bermula pukul 8, semua orang bersiap-siap untuk memandikan jenazah
& tahlil arwah kerana arwah akan dikebumikan sekitar jam 10.30pagi.
Solat jenazah muslimat sendiri diimamkan sendiri oleh kak aina. Adapun
dari muslimin pula ana dengar dari makcik tu jugak sampai 3kali round
solat jenazah. Setiap kali round, hampir 40 orang Jemaah memenuhi saff.
Begitulah keberkatan yang allah berikan kepada arwah. Makcik tu jugak
kata arwah dah tinggalkan anak2 yang soleh/ah belaka, bukan macam orang
lain, ada yang tinggalkan dlm keadaan anaknya mat rempit dll. Allah,
kami muhasabah seketika.
Cuma bila tiba saat nak tutup muka
arwah sebelum keluar dari perkarangan rumahnya, adik kak aina yang
paling bongsu menangis teresak2 sambil dipeluk oleh kak aina.semua
saudara mara juga memujuk anak kecil itu. Pagi itu sebelum arwah
dimandikan, kami sempat tanya mana adik kak aina, dia cakap tengah duduk
tepi kepala arwah sambil baca alfatihah. Adik2 kecil kak aina kelihatan
faham dengan pemergian ayah mereka tapi dalam hati kanak2 siapa yang
tahu… Bila ditanya sayang ayah…dia kata sayang,bila dikatakan ayah dah
takda dia mengangguk. Kasihan sungguh pada adik2 kak aina. Sebelum kami
pulang, kami sempat melihat adik2 kak aina kembali bermain2 dengan
riangnya bersama kanak2 yg lain. Kak aina pulak sibuk berbincang bersama
uminya serta saudara2 yang lain. Bertapa tenanga mereka sekeluarga
Kami bertolak pulang dari mersing tepat jam 3 setelah singgah makan
tengahari di rumah makcik yang ana mention kat atas. Niat asal sekadar
nak memenuhi undangan…tapi terpaksa tunggu depa masak dan makan
tengahari pulak. Sepanjang kami tunggu hamper 2jam lebih kat rumah
makcik tu, macam2 cerita kami dengar tentang arwah dari makcik tu sambil
bermain2 dengan cucunya seramai 3 orang yang dua daripadanya masih
dengan uniform Pasti mereka. Makcik tu cerita arwah sangat committed
dengan kerja2 jemaah. Ana berdoa kepada allah, semoga Allah beri
kemenangan kepada PR di johor berkat adanya pejuang agama seperti
mereka. Kami tiba di baitunnajah sekitar jam 11.20 malam setelah
berhenti 2 kali untuk solat jamak asar dan s.maghrib sambil pening2 cari
jalan balik. Dalam kereta ketika kami di KL, kami terima panggilan dari
kak aina…dia tanya kami sampai kat mana dah. Bila kami tanya keadaan
adiknya,jawabnya ok. Adik kak aina siap cakap lagi “Kakak ni… bila cakap
pasal ayah mesti mata merah…”.
Setakat itu sahaja bingkisan
kami dari baitunnajah. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2
yang beriman. Doakan semoga kak aina sekeluarga kuat dan terus tabah
meneruskan kehidupan mereka.
walaupun mereka sememangnya sangat kuat….Wallahhu’alam
titipan amal..:-(
No comments:
Post a Comment