Dari kecil hingga besar, aku tidak pernah ada binatang peliharaan. Seingat aku, Azwan je yang beria membela hamster. Itu pun, setelah seminggu - hamster syahid.. kui3..
Semalam, sewaktu menaiki kereta untuk pulang ke Kuantan, kotak printer HP aku berada di seat belakang dengan Aiman. Adik tanya Aiman apakah itu.. Lantas Aiman menjawab : KUCING. :) Sambil tersengih.
Lantas aku berkata : "Eh aiman, awak dah gosok gigi? wah putihnya dari sebelum ini."
Aiman tersengih dipuji, kemudian aiman kata, tengoklah kucing ini.. 2ekor sedang tidur nyenyak di dalam kotak.
Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuantan, perbualan si kembar berkisar tentang kucing itu.
" Kakak dia kuat tidur! Dari tadi tidur. Macam angah!"
"Kita panggil dia angah!"
"Adik dia gigi putih, tak macam gigi aiman"
"Gigi Aiman banyak marjerin, buat malu dengan adik kucing nih!"
(adik panggil marjerin pada tahi gigi..kih4)
"Kita bagi nama mini dan mickey"
"Mana boleh, dua-dua betina"
"Bagi mini dan kitti je lah"
"Boleh sajjeee!!!"
Malamnya, semua ahli keluarga kami bertumpu pada kitty dan mini.
Hem, kerana kucing, rumah kami meriah. Adik dan aiman sibuk duk cari bakul nak letak kucing. Kucing melompat keluar dari bakul, cepat aje diorang berlari menangkap kucing itu.
Papa sibuk bercakap dengan kucing.
"Eh, masuk balik dalam rumah!" laung papa. Aku pelik kenapa papa marah. Lor, bercakap dengan kucing rupanya. :)
Mama menjerit tiba-tiba. Kami ingatkan apa. Sekali mama berkata, " kucing ni belit dekat kaki mama". :)
Pagi tadi Azwan mandikan dia. Dalam bilik air, dengar azwan membebel sorang-sorang sambil tergelak2..
Hem, aku cubalah nak peluk kucing tu macam yang depa buat tu. Wah, seronok juga. I feel great!
Rasa macam relieve stress..
Patutlah nabi sayang kucing..
Balik dari Tunas Manja, aku lihat papa dan mama belikan whiskies. Untunglah kau kucing.
kucing kami warna kuning! |
Nabi menekankan di dalam beberapa
hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk
berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan
bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya,
bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk
melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri
dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi
oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk
bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna
untuk membersihkan kulit.
Fakta tentang kucing!!!
Telah dilakukan berbagai penyelidikan
terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit,
punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada
bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan.
Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu.
Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam
mulut dan lidahnya.
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman
dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan
kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam
tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui
jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai
dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak
mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh
membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam
bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan
Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika
mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan
bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan
air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah
berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah
bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling
di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan
Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas
menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam
bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju
bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air
tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing
tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai
kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan
rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih
At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah
semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah
sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya
setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah
seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah
melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian
yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda,
“Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat
Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi,
Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah
Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih.
Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini,
telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun
yang lalu.
Ace ce ce. Mentang~mentangla siap mandi, sombong ye... |
Kerana kucing, hormone endorphin aku release hari ini.. :)
1352:bilik acik
No comments:
Post a Comment