9 -10
RAMADHAN
18-19 JULY
13
Lewat tengah hari, aku dan Azwan meninggalkan Kuantan menuju
ke Kelantan. Kami singgah di Terengganu, berbuka puasa dan bermalam di sana.
Dungun tempatnya, kediaman ibu saudara yang sentiasa bersama walaupun sewaktu “mereka”
tidak mempedulikan kami sewaktu kecil dulu.
Esoknya, kami menuju ke Bukit Payung, kediaman tokki dan tok.
Tokki sudah tua. Walaupun masih mampu berjalan, tetapi tokki mengalami
hypertension yang tidak terkawal. Mokcik kata tokki dalam bersedih. Rupanya
sedih kerana papa sudah lama tidak pulang menjenguk. Mujur kami pulang, terubat
rindu sekeping hati yang merindukan anak dan cucunya. Bila aku call papa,
menceritakan keadaan tokki, baru kelihatan papa bersungguh mahu pulang. Hem, mohon
bila kalian lanjut usia, aku sentiasa memberi perhatian. Tanggungjawab pada ibu bapa:pintu keberkatan kita.
xde kaitan dgn stori mori |
Sepupu-sepupu yang bagus:belanja aiskrim+ajar
maths+concern semuanya.
THIS IS PANTAI TIMUR
Papa anak kelahiran Terengganu
Umi anak kelahiran Kelantan
Aku and siblings were born at Kuantan, Pahang, grew up at here:TM^^
No comments:
Post a Comment