SEPARUH DARI PERJALANAN
Bismillahirrahmanirrahiim..
Entri kali ini nak backflash
bagaimana aku boleh lulus professional exam. Sekadar sejarah dalam lipatan
memori betapa besarnya keagungan Ilahi, betapa berkuasanya Dia mengurus
hambaNya.
Peristiwa yang paling pinpoint dalam
memory ialah kisah Kak Wawa seniorku yang sekarang menjadi lecturer PT dekat
KIST. Datang HRPZ untuk visit students dia. Kami inform Pn. Z*** visit nanti.
Dia memberi nasihat yang sangat positif. Dalam banyak kata-katanya, aku ingat:
Shahir (senior up satu level lg) buat
banyak solat hajat, setiap malam,
mohon dengan Allah supaya lulus pro exam. Alhamdulillah, Allah bagi klu padanya
soalan apa yang keluar. Then, A di genggaman. Sewaktu penceritaan itu: hati aku
terdetik, sebab dia baik. Aku tak sebaik itu untuk Allah kabulkan doa.
Dan aku? Seminggu sekali solat
hajatla kot, bermain – main dengan masa.
19/6/2013 Pro Exam.
Dan dipendekkan cerita, aku dapat case
POD 6 weeks distal end radius fracture! Macam tip of fingers je bagi yang dengar,
sebab itu case study aku kan, mula2 dekat HRPZ pun asyik dapat kes tue aje.
Swelling bagai, ROM limited and so
on. Susunan Allah, aku blur. Ikut procedure assessment, tapi aku langsung xdak
confident.
Bila patiet tu sendiri tanya “I am
wondering, why the capillaries was not impaired during the surgery?” ish3,
dapat patient educated, spoke English fluently, Indian, Male.
Cukup syarat untuk aku kelu untuk berclinical reasoning. En. Haidzir pula
respond: answer the question. Dah tak ingat apa aku jawab tapi tak cukup point,
lalu Pn Ida yang tolong jawabkan. Time tu, aku dah down. Macam dah nampak asap
kat depan ni, kabus kelabu mewarnai kehidupan. Huaaaa...
Dan memang benar: Pn Ida suka
treatment yang functional ADL: scrubbing hair, scratch itching skin and so on
la guna tangan tue. Dan dalam kepalaku mencerna: kes senangla ramai student
fail. Siap semua, air mata berguguranla weh. Masuk bilik menunggu, dah penuh
sep pompuan yang mengalir air mata. Keh3. Si Mazura itu saja berhati tegar,
dalam hati siapa tahu sebab dia dapat Pn Z dgn Pn R. Oh, mangai. Kesian depa.
Terkenang kata-kata Diana, sahabatku, bakal doktor yang repeat tahun tiga:
belajar betul2, masa melangkah masuk dewan peperiksaan tue, dah boleh tahu kita
akan lulus ke tidak. Dan, aku tanya pada hati, boleh luluskah kita? Hatiku
berkata: macam tak je. :(
Balik rumah, esoknya dan hari
seterusnya : kami berjalan sakan. Shah Alam, KL, mandi sungai dekat Kalumpang
pastu balik Kuantan. Nampak tak di situ betapa tak takutnya aku dengan Allah?
Ish3. Amalan wajib of course tapi adab tue.. mangkuk hayun: bak kata En Romi.
24/6/2013 last call
Sewaktu aku memerima panggilan dari
Pn. Farhana seperti yang aku pernah bercerita, petangnya, aku telefon umi. Umi
kata : “hebat mana awak sampai Allah nak cubit sikit pun tak boleh? Sebelum ni
tak pernah fail kan? Tengok kawan-kawan awak, ada yang fail sebelum ini, itu
pun belum bersyukur?” Oh tajam. Menusuk kalbu.
Aku katakan pada umi, “umi tak kisah
ke, nanti ore grad lambat, xdapat kerja, tak dapat tolong umi,” Betapa aku ada
masalah hati waktu itu. Umi kata aku suka berfikir benda yang masih di dalam
laut. Pak Cik Ja tu 8 tahun belajar baru jadi cikgu. Cikgu pula bukan sebarang
cikgu, cikgu cemerlang fizik.
Adik perli aku macam ayat umi. Allah
cubit sikit jahnyo. Dia kata: “Tengok Thomas Edison, Albert Eistein, Abraham
Lilcoln semuanya pernah fail.”
Papa okey je. Papa kata, need to
spend some money for kakak if extend. Hailoh macam tahu2 je,duit pun satu hal
kalo extend. Tapi depa kata JPA bagi lagi. Entah.
Hem, itulah yang aku fikir, tak nak
nangis pada mulanya tetapi bila called umi, terasa sesak sikit. Umi tak kisah
kalau aku continue sem depan, umi masih ada kudrat, papa still bagi duit. Hem,
ibu sentiasa menenangkan hati anaknya. Umi suit me, make me comfortable. Maka
hidup aku tenang sikit. After solat asar, aku keluar bilik solat tue, tengok
kak aini duk jenguk bilik solat. Rupanya dia nak solat tetapi agaknya duk
dengar sedu sedan aku nih, dia tak mahu mengganggu. Ujian buat kak aini lagi
hebat dari aku, maka sangat patut k aini boleh lulus! Insya allah.
Balik Kuantan, dengar ceramah dalam
youtube. Barulah aku realize. Selama aku berpraktikal di HRPZ, berapa banyak
tahajud yang aku lakukan? Beria kata solat hajat banyak – banyak, tapi berapa
banyak yang aku buat? Masih rasa comfort dengan kata – kata Ustaz Asyraf
mengenai solat hajat atau bagaimana? Solat sunat dhuha yang dahulunya bila
berpraktikal bukanlah penghalang, apa sudah jadi semester ini? Betapa
pemalasnya aku. Al-quran berapa muka surat sehari aku baca? Sungguh, ia tidak
patut. Memang patut Allah uji. Sebab Allah sayang aku. Kata Dr MAZA, sebab tu
Allah lenyek, penyet biar lumat, dicubitnya aku supaya tidak takabbur, tidak
leka bahawa Allah Maha Berkuasa!! Allah sayang aku, Allah tak nak aku pergi
jauh dariNya.
Baru aku muhasabah diri, apa sebenarnya yang telah aku lakukan
selama ini? Menuntut ilmu ini perit Azira. Susah dahulu senang kemudian. Bukan
mudah.:(
Kata Amy, Aisyah dan yang tahu kisah
ini. En Haizir terkejut aku diberi 2nd attend walhal dia bagi markah
paling tinggi. Dia tak join meeting lecturer sebab dia external. Lalu aku
katakan:
ALLAH YANG MENGIZINKAN SEMUA INI
BERLAKU.
Oh lupa, masa balik Kuantan juga,
papa tahu aku sedih, papa bagi handset. Papa kata, papa dah bayar bil redtone
previously, kakak gunalah nombor tue. Papa sayang, papa tak marah. Kira okeylah
kan.
Next tu, 1/7/13 present poster.
Datang balik Palam, papa bagi kete wish sebab nak print poster. Abes present,
bawa kereta tu balik Kuantan balik. Pinjam sekejap. Nikmat dikongsi bersama.
Cik Aini jadi driver, penuh 8 orang sekali ila dan ummul. Aku struggled study, kawan serumah
katakan, kalau nak mereka jadi model, bagitahu. Diorang tolong. Dan malam exam
tu ada dinner untuk tahun akhir. Kos kami 8 orang je datang. Dekan terkejut. En
romi dan Pn K sedih. Dah nak buat camna, esok pro exam. Tak pelik ke dekan, kos
fisio ni tiap tahun separuh kelas fail? Entoh.
2nd attend, 4/7/13
12 orang yang dapat. Semua buat dekat
Hosp. Sg Buluh. Siapa sangka aku dapat dengan lecturer takda kompromi yang
lulusan Aussie itu. Yang semua orang sudah tahu akan kegemarannya meng’fail’kan
student. Nervous yang bercampur baur. Saat namaku dipanggil, kali ini aku
memang bertawakkal. Kali ini Pn. Z dengan Pn. Farhana. Apalah nasib dapat
dengan Pn Z BIPOLAR DISORDER TUH!
Tak tahu case ape, aunty India juga: sangat
cooperate. Berjodoh betul dengan Indian races nih. Ohoii,aku ingatkan cervical
pny problem sebab taksub sangat dengan spine bila tahu Pn Z suka case pasal
back. Aunty complain pain at neck and right shoulder radiating numbness to middle
finger.. Pn Farhana tegur masa aku nak cek ROM of neck, pn kata focus pada
tempat sakit sahaja sebab xde masa. Rupanya bahu lagi sakit.
Masa tula aku baru teringat sepanjang
minggu itu aku banyak terbaca journal rotator cuff injury dengan shoulder
impingement. Allahuakbar!!! Siapa kata Allah tolong Si Shahir sahaja. Allah itu
adillah azira. Most of soalan theory aku boleh jawab. Yang paling diingat Pn Z
tanya origin, insertion and action SITS muscles. Aku apa lagi, confident la
menjawabnya. Dah origin dia semua empat muscles tu dekat greater tubercle. Aku
g jawab greater trochanter. Tertukar. Pn Farhana betulkan. Eh, greater
trochanter dekat femur la ngek. Dalam hatila.
Banyakla Si Pn Z tu tanya. Ada ke
patut dia suh bagi treatment without equipments, dalam muscle strength dah
grade 4. Hem, dekat treatment aku memang fed up, apela yang dia ni nak
sebenarnya. Dalam hati je la. ULTT dia lain dgn Pn L ajar. Aku sibuk duk cerita
pasal muscle control, isometric training beria pula nak dengar. Nak dengar yang
dalam buku Petty kesayangan dia tu, buat apo eh. Geramla jugak. Pn Farhana
sedaya upaya membantu. Dalam muscle length dia duk repeat ayat “are you sure”
masa aku buat untuk scalene, SCM dengan supraspinatus. Balik tue, Mizah kata
dia pernah kena, padahal Pn Z tak ingat. Habis tuu, aku belek buku Petty tu,
betul je aku buat. Takpelah, at least banyak juga aku belajar. Nak cek joint
integrity jangan distract joint. Aku gi buat treatment join mob dah. Salah tue.
ROM kan full..
Malas nak fikir, balik aku menangis. Fikir
jugak. Dalam kepala, hailah, kesiannya umi kena tunggu satu sem lagi baru boleh
tengok aku grad. Petang tu terbaca An-Nahl:41: Sabar dan bertawakkal. Allah
sedang berbicara denganmu Azira. Allah yang pegang hati Z dan Pn Farhana.
Terkenang aunty yang baik hati,
miskin tetapi ketiga-tiga anaknya educated. Buat master, Doctor and the rest is
history la. Concealed. Oh, ayat aunty tue: “biasala tue exam. DON’T BE SAD. I
KNOW, YOUR GOD WILL HELP YOU. PRAY TO YOUR GOD FOR THE SAKE OF YOURSELF AND I
PRAY TO MY GOD TO HELP YOU”. DIA SENYUM.:)
Ha, percaya tak?? Aku memang touching
sangat sangat sangat..
Esoknya, aku pelik. Kenapa pulaklah
bahu aku ni sakit. Aku pun teringat. Kalau aku urut orang, badan aku sakit,
orang tu akan hilang sakitnya sebab dah berpindah padaku. Nak percaya, percaya,
tak nak sudah. Sebab tu mek selalu pesan baca ayat quran dulu sebelum pegang
orang. Tiba-tiba aku tanya hati : boleh
lulus ke? Hati jawab: macam insya allah je. Aku pun sengih sorang sorang dalam
toilet.
Petangnya itu, aku call umi. Jawapan
umi? “Serahkan pada allah.”
Jawapan adik? “mataaun ghurur: dunia
ini perhiasan yang menipu”.
Balik kuantan? Mama kata mama pun fail
satu paper. Haila, alhamdulillahla kalian menyokong.
Dan selepas itu, solat hajatku di
setiap penghujung maghrib, kekadang selepas zohor, kekadang selepas dhuha,
kekadang waktu larut malam.
Bangun sepertiga malam? Tak usah cerita. Sebab
takut pada Allah, aku skip jarang-jarang tahajud, taubat and so on tue.
Alquran
4 muka surat selepas solat tiap-tiap waktu. Kadang-kadang sikit, tapi baca
juga. Kan lepas tu bulan puasa, macam ada banyak masa lapang.
Aku jaga akhlak, lower my gaze,
cover my aurah dan sebagainya.
Doa? Ohoii.. air
mata mengalir setiap kali berdoa. Aku beritahu Allah, aku nak lulus, biarlah
aku tak excellent. Aku tak sanggup dah nak tempuhi perasaan pro exam buat kali
ketiga. At least: kesiankan umi yang alone membesarkan aku. Macam2 aku duk
bercerita dengan allah. Masa berdoa, sungguh, hati terasa seperti dicucuk2,
dihiris2, disiat2 oleh pisau yang tajam setiap kali masuk part doa pasal exam.
Sakitnya menunggu, Peritnya kegagalan, lukanya seperti sukar untuk sembuh.
Aku
turut berdoa allah bukakan hati lecturers PT.
Aku kekadang still persoalkan, kenapa
aku dalam bidang ini andai penghujungnya, kegagalan yang aku terima? Kenapa aku
tak pilih geologi yang menjadi punca aku ambil geografi sewaktu SPM dahulu? Aku
buntu, aku bercerita dengan Allah..
Teman serumah kesian melihatkan aku. Yela,
aku sorang je 2nd attend dalam rumah kami. Selok po gapo, ayat
Kelantan. Memikirkan JPA, takut kot2 kena warning.
Bukan nak riya’, nak berkongsi
bagaimana Allah mengatur skrip hidupku ini.
Kita inginkan kejayaan
Allah takdirkan kegagalan
Kita inginkan pertemuan
Allah takdirkan perpisahan
Manis yang kita impikan
Pahit menjadi kenyataan.
Kenapa? Kerana Allah tahu yang terbaik buat kita.
Al-baqarah:218 tuee.. Ujian Allah umpama rotan ibu kepada anaknya yang degil.
Ibu rotan sebab sayang, Allah lebih lagi.^^
Dalam masa tue, ujian Encik gali
minyak, duit tak cukup bayar tol, travel tiga kali jumaat berturut2 aku berada
di Tol Gombak-Kuantan and so on. Masa ni jugakla Allah uji.
Balik Kelantan, terawih, tolong umi
klim tepi baju, stress dengan behaviour budak sekolah psikologi yang tak macam
student uni itu, baju praktikal yang dulu, kasut, tudung semuanya elok dalam
wardrobe. Bersedia untuk menyambung pengajian. Orang lain 4 tahun. Aku mungkin
lebih. Mimpi? Tak usah cerita. Mimpikan fail, mimpikan Pn Z bagi lulus, mimpi
bukit, mimpi duit syiling. Umi bagi jawapan +ve. Mek pon sama. Legala sikit.
3/8/2013 ---------- 25 Ramadhan 1434
Lepas sahur, sekitar 5.15 pagi aku
tengok handset. 3 missed call dari nombor mak Amy. Call balik, mak Amy angkat.
Katanya:” makcik tak boleh tidur zi. Ko dah tengok keputusan?”
Memang belumla, dah Kelantan nih,
mana ada line tenet. Aku suh amy tengokkan. Suara Amy yang pasrah dalam
kesedihan.. Aku memang redha weh! Sekali, amy call
"Azi kau lulus!!!"
Grade C. Iyela dah 2nd
attend hanya layak untuk grade itu walaupun hebat tang mana pun masa exam tue. Aku sujud syukur. Umi turut sujud syukur.
Allahu akbar.. Besarnya kekuasaanmu Ya Allah. Dengan izin Allah, aku lulus
weiiii... Terima kasih ya allah walaupun Fisio UiTM sangat kejam!!
Selepas itu, aku melihat umi
bergenang air matanya di hadapan mesin jahit yang setia menemaninya sejak kami
menetap di Kelantan. Aku pula yang sedih. Teringat iklan Petronas yang mak dia
menjahit, anak dia tidur. Macam akulah tuh.
Kata umi:” masa kakak call umi kata
kena ulang exam tue, umi kata begini pada allah. Ya Allah, bakpolah Mu tak bagi
anak aku lulus, aku letih dah jahit baju,”
Oh, doa seorang insan bergelar ibu.
Nazar mesti ditunaikan – puasa 3 hari
+ buat makan.
Dan barulah aku dapat tahu, dalam 6
orang pro exam 1st time dgn Pn Z, Noh sorang yang dapat 2nd
attend. Dalam 3 orang yang 2nd attend, hanya aku seorang yang lulus.
Terima kasih Ya Allah.
Sakitnya semata mata untuk meraih
perhiasan yang menipu ini. Sekeping ijazah yang bernama kertas.
xde mood langsung nak naik pentas terima 'kertas' itu. em, umi punya pasal. go on jela.
(bunyi macam putus asa je : Allah murka weh!)
0301 Gombak
No comments:
Post a Comment