Tuesday, November 5, 2013

KHAULAH AL- AZWAR versi HUA MULAN




1/11/13: 2200-0000 

Aku belajar banyak perkara. Pada mulanya kisah ini bukanlah menarik. Bila mengenangkan Syafiq dan Azwan peminat setia cerita ala-ala kungfu TV2 penghujung dingin malam, aku pun dengan relanya sudi meminjamkan mata dan telinga untuk cerita ini. 

Cerita perang, Hua Mulan took her aged father's place in the army. She fought for twelve years and gained high merit as a jeneral, but she refused any reward and retired to her hometown instead. Nobody knew she was a woman except a guy. That guy was a prince, future king to be. Hem, ala cerita perang sekalipun mesti terselit pasal cinta kan. No wonderla..

Mulan yang menyangka pada mulanya buah hatinya telah pergi meninggalkannya, hilang semangat untuk meneruskan perjuangan. Lama kelamaan dia realized tujuan sebenar dia di medan perang. Tup2, Perang akhir tu waktu dia dah down, ternampak Si putera raja itu yang turut sama ingin pertahankan negara mereka. Dia gembira. Setelah modus operandis didedahkan kepada musuh, aku terkenangkan Abdullah Bin Ubai versi sirah rasulullah. Rancangan gagal, putera raja dijadikan tebusan. Hua Mulan yang selamatkan. Bila dah selamat, Puteri negeri tu pula kena kahwin dengan putera tue. Mulan sedar siapa dia. Pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang tersangat tua. Before kahwin, Putera datang melawat kira macam farewell day lah.  Sob3. cite jiwang, ilek ah.



Apapun, yakini qadha’ dan qadar Tuhan: ku punya doa sebagai senjata. Buat kamu yang jauh di mata : CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI.^^



Saat berperang, aku terfikir, bagaimana nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat2 berperang? Di tengah padang pasir seperti inikah? Ribut pasir yang melanda, debu-debu bertebaran, kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Kehilangan ahli keluarga tanpa sebarang pesan. Merindui anak- anak dan isteri di kampung halaman. Semuanya kerana satu tujuan. 
 
Dan, kisah Hua Mulan mengenangkan aku seorang srikandi islam yang mungkin jarang didengar tetapi indah untuk diteladani. Aku jua ingin seperti itu: KHAULAH AL AZWAR: merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing lagi. Skill dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. 

Dalam perang Yarmuk, beliau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. 
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
 Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Dan cerita selanjutnya tue ada juga.

Cumanya: bila tengok Hua Mulan, aku terkenang cerita Khaulah al-Azwar yang diceritakan oleh Ayong sewaktu slot Lajnah Tarbiyah dan kisah Rasululullah menyebarkan dakwah, meluaskan kuasa! Itu dipanggil politik.. ^^

Girls power.

tkenang post nana & ct p naik kuda dalam fb.^^


0117:01.11.13:Tmn Melewar, Gombak




Bear some load or more?



Optimisme yang Penuh Senyum dan Lapang Dada

Banyak aktivis dakwah mengukur keterlibatan orang lain dalam kancah dakwah dengan standard-standard yang sempit dan terbatas. Seseorang yang tidak mahu mencurahkan semua potensi, waktu, dan hartanya, dianggap sebagai cacat. Di antara mereka ada yang menuduh saudaranya tidak mengetahui problematika kehidupan sosial yang pelik, yang tengah dihadapi umat saat ini. 

Ketika seorang akh atau ukhti masih berstatus sebagai mahasiswa, ia memiliki waktu untuk dakwah yang relatif banyak, namun sumbangan dananya relatif sedikit. 

Setelah lulus dan menjadi pegawai, ia memberikan sumbangan dana lebih besar, tetapi memiliki waktu luang lebih sempit untuk dakwah. 

Ketika ia menikah, nilai harta dan waktu baginya menjadi berkurang. 

Bahkan, ketika punya anak, ia tidak dapat memenuhi tugas-tugasnya selain menurut kemampuannya. 

Dalam pandangan para aktivis dakwah, sering dipersepsi bahawa setiap orang harus mencurahkan segala sesuatu yang dimilikinya, padahal Allah berfirman, 
 
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan)
yang dikerjakannya." (Al-Baqarah: 286)

BERLAPANG DADALAH KALIAN..^^ 
Yang penting, dun't stop at the top, dun't run at the plateu stage. Aku bimbang, kamu letih.



Dakwah itu melalui senyuman
Dakwah itu melalui salam
Dakwah itu melalui pertolongan
Dakwah itu dari merangkak sehingga berlari kencang tahapnya.

Slowly...
Silently...
step by step
keep on track^^
Jangan fikir dakwah itu beban
kerana dakwah itu CINTA


BS, RWG.

Penyambung mata rantai:Sg Limau



Perjuangan itu suatu rantaian
Berkayuh susah lenguh dan payah
Peluh menitis bagai mutiara kejora
Sebak nafas penat mengayuh
Pada laluan beronak lekuk dan lumpur
Namun rantai terus berkayuh

Ustaz Azizan antara rantaian itu
Berkayuh bersungguh di Darul Aman
Kadang rantai disekat kayu
Oleh tangan yang berminyak hitam
Hingga kayuhan goyah bergegar
Jatuh di tepian pohon limau
Kayu tersekat di letak lembut
Lantas rantai berkayuh lagi

Takdir hadir langkah terhenti
Kaki mengayuh hilanglah seru
Lalu berhenti segala kayuhan
Terdampar kifarah sedih keramah
Sehinggalah  dirgahayu datang merayu
Diusung ribuan tangis tak merintih
Apakah kayuhan terhenti sudah
Rantai tak berkayuh...sunyi seketika

Tiba-tiba terdengar bunyi rantai
Membangunkan sekalian yang tidur
Siapa yang hadir menyambung kayuhan
Seorang ustaz yang masih muda
Sedang mengayuh rantaian perjuangan
Ustaz Azam nama rantaian itu
Takbir menyambut rantaian bersambung
Lalu rantai berkayuh lagi

cnp
Lobaiman Namsor Liamsi

tahniah dan takziah ustaz.^^

Kuantan:1117