Saturday, August 24, 2013

12 ramadhan




Tazkirah malam ini. 

Ada seorang pemuda. Dia yang paling last masuk syurga. Sewaktu berada di hadapan pintu syurga, dia lihat syurga seakan-akan penuh. Tiada tempat buatnya untuk didiami. 

Dia pun pergi mengadu dengan Allah. “Ya Allah, syurga sudah penuh. Tiada tempat untukku”. Lantas Allah menjawab “Masuklah dulu”. (gitula lebih kurang ayat).

Dia pun kembali ke pintu syurga. Tak jadi masuk juga sebab penuh. 3 kali pemuda itu berulang-alik dari pintu syurga kepada Allah. Allah tetap memberikan jawapan yang sama.

Lastly, pemuda itu pun masuk ke dalam syurga. Terkejut dia tengok. Rupa-rupanya, orang ramai yang dilihatnya itu jauh lagi dihadapannya.

Sebenarnya, kediaman pemuda itu di syurga 10x ganda bumi!! Jauh lagi orang lain di depannya itu.
Besarnya!! Itupun dia dah bangga. Padahal dia duduk di syurga paling bawah.
Haa.. bayangkan kalau syurga orang yang atas2.. Bestnya......

Ha azira, nak masuk syurga? Jadilah ghuroba’. Nih, nak sahur rumah ma pun risau nak pakai tudung ke nak pakai tuala nak cover kepala kot2 depa kata alim sangat. Hek Eleh. Tu belum menda lain. Aurat baru tue. Adehla.. Susahnya... Sebab yang betul itu pelik, maka orang pandang aku pelik. Takpe2, sebab syurga itu manis ^^ Syurga itu best...
Teringat adik tegur masa after main tali skipping, aku nak naik basikal. Adik tegur “kakak, nak gi mana. Tak pakai tudung tuh”. 3x dia duk repeat suruh aku masuk ambil tudung. Padahal nak main depan rumah je tu. Bagus adikku ini. Besar nanti hang jangan jadi macam acik. Padanlah di neraka ramai golongan wanita. Harap, ku bukan dari golongan itu.




stranger^^

11 Ramadhan


Fasa kedua :fasa pengampunan dari Allah.
Hari ini Farhan yang bagi tazkirah. Pasal fasa kedua ramadhan nila. Untuk mendapat keampunan Allah, kena banyakkan istighfar. Tetapi, kita ada penghulu istighfar yang apabila dibaca waktu pagi, Allah ampunkan dosanya sehingga petang. Apabila dibaca waktu petang, Allah ampunkan dosanya sehingga pagi esoknya. Sayyidul istighfar namanya.
Ada dalam mathurat ^^ Allahumma antarabbi ...

Nih:dengarla.. Sejuk hati. Moga Allah ampuni dosa-dosaku yang lalu. Dosa-dosa sebelum hidayah Allah menyapa. L Insya Allah.

sama sama amalkan^^



hometown:TM





UNTITLE



Kampungku ini special. 

Kami solat terawih di surau yang kecil. 

Kami kelantanese menyebutnya “balasoh.” Balasoh yang aku pergi selang sebuah rumah jiran, diimarahkan hanya bila bulan puasa. (berbeza dengan suasana Puncak Alam, Kuantan and tempat aku dah pergi, surau memang selalu diimarahkan walaupun bukan bulan puasa). Hem, menunggu daie yang soleh untuk keamanan kampung ini. Ingat, ini kawasan UMNO. Hik3.

 Azan berkumandang baru aku take ablution dan pergi terawih.Tak ramai yang datang. Tapi meriahlah dengan kanak-kanak yang menjadi suara latar masa sebut “sallallah, wasalamu alaih” tu. Tapi, part yang best, slot tazkirah. Sayang nak tinggal terawih sebab tazkirahnya best! : Short and simple but meaningful.

So, nak sharela ni.
^^

RAMADHAN




9 -10 RAMADHAN

18-19 JULY 13


Lewat tengah hari, aku dan Azwan meninggalkan Kuantan menuju ke Kelantan. Kami singgah di Terengganu, berbuka puasa dan bermalam di sana. Dungun tempatnya, kediaman ibu saudara yang sentiasa bersama walaupun sewaktu “mereka” tidak mempedulikan kami sewaktu kecil dulu. 

Esoknya, kami menuju ke Bukit Payung, kediaman tokki dan tok. Tokki sudah tua. Walaupun masih mampu berjalan, tetapi tokki mengalami hypertension yang tidak terkawal. Mokcik kata tokki dalam bersedih. Rupanya sedih kerana papa sudah lama tidak pulang menjenguk. Mujur kami pulang, terubat rindu sekeping hati yang merindukan anak dan cucunya. Bila aku call papa, menceritakan keadaan tokki, baru kelihatan papa bersungguh mahu pulang. Hem, mohon bila kalian lanjut usia, aku sentiasa memberi perhatian. Tanggungjawab pada ibu bapa:pintu keberkatan kita.

xde kaitan dgn stori mori





Sampai Kelantan ikut highway baru, sekejap saja. 2 jam lebih. Sempat membeli juadah berbuka. Apa punya adik, dia sibuk tengok baju bundle, aku yang beria beli barang rumah. Memang dah tahu, balik nanti confirm banyak barang xde. Umi sibuk dengan kain, rumah confirm macam jualan lelong kain. Sampai rumah : betul! Aiseymen.. Line tenet memang kekura, jadi memang hibernate la duk kampung gak.. Tolong umi kelim kain, letak hook n so on. Sejak bila aku bertambah soft skill.keh3.. Rasa sayang pula dengan kampung ini.^^

Sepupu-sepupu yang bagus:belanja aiskrim+ajar maths+concern  semuanya.



THIS IS PANTAI TIMUR

Papa anak kelahiran Terengganu

Umi anak kelahiran Kelantan

Aku and siblings were born at Kuantan, Pahang, grew up at here:TM^^

Monday, July 15, 2013

March - June 2013


March-June 2013
Clinical Placement : HRPZ 2, KOTA BHARU KELANTAN

Azie + Lala + K.Mas + Fami + Jala

Bukan apa, sekadar berkongsi.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Biasanya, trend keluar clinical, adalah geng xkamcingla, xmasukla and so on. Hem, makin besar, makin banyak gelagat. Macam my classmates juga la kan. Ya Allah, aku tak tahulah sejak membesar nie, perangai aku dah tak macam yang aku list dalam profile picture aku tue.. Maybe sebab.. hem : Hidayah Allah..
Glow in the dark : me!

Syukur bila Allah bagi aku sahabat2 yang sangat bagus. Sebab? remind me, Allah is important than them. So, follow Allah's rule. 

Ha bukan senang nak cari kawan yang solat dulu after abes praktikal, baru balik rumah.
Bukan senang nak cari kawan yang malam jumaat ajak pergi masjid Muhammadi baca yassin sama2
Bukan senang nak cari kawan yang ajak solat berjemaah sama-sama
Bukan senang nak cari kawan yang sudi bagi pinjam duit tanpa banyak persoalan
Bukan senang nak cari kawan yang sangat rajin dan tak pentingkan diri sendiri
Tapi aku senang nak dapat macam tu :dengan izin ALLAH :)
ITULAH k mas dan ila.


Tapi Takdir Allah tiada siapa yang menduga.

Semua yang clinical HRPZ terkandas dalam profesional exam. yes. kami berlima!

K mas extend : kemalangan di Gua Musang semasa pulang after tamat praktikal. Fracture acetabulum tanpa sempat profesional exam. Aku dan Ila yang menangis dalam sendu. Dalam doa dititpkan :moga K mas sekeluarga kuat!
Tapi dia memang kuat!! 
Sebab itu Allah uji dia!!
Masih terkenang bila -my car hitted another car, her reaction :) Allahurobbi ..
                                    - semua bad mood macam tak nak pergi masjid muhammadi ambil gambar dekat situ
                                    - kami sibuk bila last2 clinical tue, k mas keluar sorang2, kadang2 ditemani yuni    
                                        :shopping untuk family dia dan mentuanya.
                                    - Kata2 kak mas yang mengingatkan kita semua kepada Kekuasaan Allah :)
                                    - Paling ingat!! K mas request belikan dia tudung labuh bidang 60"
                                    - Tak minta apa2pun sewaktu birthday dia! Tak macam kawan y lain.tet.

Ila blur masa profesional exam: 2nd attend. 
                                   - Ayat al-quran, zikir munajat, nasyid mesti kedengaran dari laptop mahupun nsetnya.
                                   - Sangat lembut dalam berkata2 :sebab tu aku buli dia! :)
                                   - Sangat pemurah. Selalu belikan makanan untuk anak2 kak na.
                                   - Rajin masak. Pendek kata : solehah! moga mendapat suami soleh, sahabatku :)

Fahmi : straight forward and outspoken. Baru kenal budak nih. Bagus jer dia nih. Nak isteri macam Pn Wiza. Bertudung labuh. semua mereka put Allah inside ^___^

Fahmi dan Jala pun 2nd attend macam kami. Tak nak ingat dah! Jika ingat, di setiap doa : rasa tusukan pisau menekan dada  :( Sangat menyakitkan.
Masih di ingatan, Ila menangis call xleh buat, Ila menangis sewaktu berdoa after solat berjemaah sama2, Fahmi terguling megeluh panjang dalam HPG bila dapat call itu. Status jala dalam fb. Sungguh, ia sangat kejam!


amek dari status lala
Apapun, itu semua dengan izin allah.. Bila ingat Allah, aku redha.

Kalau tidak kerana kegagalan ini, tidaklah aku makin dekat dengan Dia.

Mungkin tiba masa aku berada di atas : aku akan ingat kegagalan ini. At least :tersenyum.
Terima kasihla my lecturers semua yer.

Teringat cerita Boonga Studio

"Why do you want be a teacher?"
"Because I HATE ALL MY TEACHERS!!"

Same goes to me.






istana :)

at least:ada kenangan di sini

k mas yang masih tersenyum :)
kenduri kawen ^___^


depan masjid muhammadi :istana jahar

Lala dan tademark kelantan
masjid beijing rantau panjang


Semoga kak mas cepat sembuh! Semoga k mas dapat baby.

Terima kasih Allah kurniakan saya sahabat yang solehah.

Mehnah dan tribulasi sama2 : suka duka pahit manis bersama. saat presentation + saat kena soal + saat kena kutuk dengan ayat yang cun :bengap, lembap + saat one of us ada problem =kita share and hadap sama2 ^__^
Kalian menyempurnakan sebahagian perjalananku sebagai musafir senja.. ^___^



Living room 2010