Sunday, September 30, 2012

kematian yang pasti


27 september 2012, 8 malam

Aku mendapat panggilan dari papa, menceritakan ayah cik masuk ICU d hospital taiping dan meninggal dunia after maghrib akibat serangan jantung mengejut. Innalillahi wa inna ilaihirajiiuuunn. Papa ajak teman gi ipoh sebab takde saudara mara yang boleh uruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Peramu, Kuantan. Jadi, dalam pukul 8 (terlepas nak gi dengo d alfurqan), aku pun pergi Jinjang ambil papa and get ready nak gi Ipoh, Meanwhile, tunggu mama,along and mok de dating dari Kuantan. Tiba-tiba dapat panggilan tak payah pergi sebab geng polis dah settlekan, konvoi polis hantar arwah balik kuantan..hem, lagipun mok cik n ayah cik orang besar IPK Ipoh. Tapi..

Kami tidur di R&R temerloh sebab mengantuk sangat, papa tak larat nak drive sekitar 3 pagi and sampai kuantan 5.15 pagi. 8pagi kami keluar ke Masjid Indera mahkota dan konvoi polis dengan siren2 sepanjang perjalanan. Em, istimewanya polis. Adakah sama status VIP di dunia dengan akhirat. EM,, Aku pulang ke Kuantan meninggalkan program iftar dan usrah dengan satu harapan. Agar mereka-mereka ini temui jalan pulang. Dakwah melalui penampilan mungkin sudah memadai.:-( Kerana aku tahu, mereka ingin berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan kemewahan dunia yang menjadikan mereka begitu.

Pengajaran 1- Ramai geng polis sewaktu pengebumian. yang peliknya, wanita memakai jubah hitam dan bercermin mata hitam-em, berkabung memang begitu? Umi kata, better pakai putih. Aku pun tak faham. 

Terfikir, kalau jadi pendakwah, meninggalkan legasi pada ummah, pahala mengalir.. Masa pengkebumian pun kita boleh nilai. Contohnya macam arwah ustaz fadzil nor, pilot pun masuk islam bawa jenazah dia, penuh muslimin dan muslimat datang dan menangisi pemergian lagenda ini..^^ azi kena jadi begini.^^


Pengajaran 2- Kematian sesuatu yang pasti, ijazah yang aku kejar ni masih belum pasti. Arwah meninggalkan semua tanpa sebarang tanda. Aku tengok wajah arwah putih dan cuaca pun mendung je hari tu. Amalan seseorang tu,kita tak tahu, hanya allah yang tahu. Jadi, aku mesti berusaha persiapkan diri. p/s comel je ika pakai tudung, menutupi dada pula tu. Cantik kamu. Jika begitu berterusan kan bagus. Moga Allah campakkan hidayah.:-)

Pengajaran 3- Mama cerita, anak anak arwah tak suka mokcik as stepmother tapi mokcik sangat baik dengan aku. Hanya tahu minta duit je. Em, no comment. Tapi, aku rasa memang tak patut. Umi tak ajar aku begitu. Hidup bukan untuk berdendam, berpaksi fitrah kebaikan, lakukan kebaikan biarpun dikutuk orang. Allah menilai dan memandang apa aku buat.

Pengajaran 4- Nak masuk masjid pakai tudung, keluar masjid tak pakai tudung. Ajaran apakah ini?

Cerita sampingan: Malam majlis tahlil, pak andak menangis. Susah doh nak tengok orang lelaki menangis. Dia dah berubah sejak arwah mok tua meninggal (papa cite la) Tapi mak andak “macam” tak suka sangat aku kot. Dah cukur kening, pandang sebelah mata je orang lain. Hem, terpulang. Moga allah bagi hidayah. Yang nak cite nya, Aiman gaduh dengan anak pak andak –Najmi. Alah, WWF budak2 ape sangat la kan. Aiman dengan sengih sengih kambing dia tu bila aku kata, jangan. Tiba-tiba Najmi nangis. Ha, selok doh. Aku tanya nape Aiman buat Najmi sampai nangis, Aiman dengan slumber badak jawab. “Aiman bagitahu Najmi, dah ko orang UMNO, aku orang PAS, memang patut pun kita gaduh” Hahahaha..Apela adik aku sorang nih. Selok sep kami gelak. Kecil kecil dah pandai. Padahal bukan tahu pon, game Ipad die je dia tahula. Teringat sampai sekarang.^^

Cerita lain.

Balik Kuantan, mama mengamuk angah pergi disko, ada orang report. Angah kata, dia pergi jumpa kawan. Aku percaya dua adik lelaki aku ni, di mana pun bumi dipijak, dia tak terpengaruh. Macam ikan tawar di laut masin.. he.. Tapi aku- di mana bumi dipijak di situ Islam akan tersebar.. Insya Allah, moga istiqamah. Azi Koya.

Ponteng usrah, iftar, Kuliah Thaqafah sem ni. Mengamukla sep Tarbiah. Biarlah, buat keje sebab Allah..^^