Thursday, November 28, 2013

Duhai anakku,
jangan terlalu kecewa dengan dunia.

 
taken from:Kuliah maghrib tuan guru Dato' Tn Ibrahim Tn Man
Inderasempurna; Kuantan.
28/11/13

Eh ayong pulak post: macam taw2 je: ini gmbar ayong bg:


Melihat kesungguhan beribadah, selepas isya', sosok inilah antara yang terakhir memberikan salam usai solat sunat sedangkan tadi, dialah yang sedang memberikan ceramah di hadapan.

Melihat seorang ibu muda yang lambat memulakan solat jemaah kerana menguruskan anaknya yang masih kecil.

Sebelum kahwin atau dah kahwin tapi belum ada anak : beramal ibadat double triple sekalipun kerana selepas itu; nak solat pon susah; anak nangis dan sebagainya.




sanah helwah




1) An-Nahl:ayat 70

Dan Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada); kemudian Dia menyempurnakan tempoh umur kamu; (maka ada di antara kamu yang disegerakan matinya) dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah (peringkat tua kebudak-budakan), sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
 2)Ar-rum:20
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Dia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.

Shah Alam-i-city & Hawa Resort, Janda Baik

19-22November 2013.
lewat updet:

19 November: Berpagi-pagian mengemas rumah
Mama perlu outstation to shah alam. 
Kami all girl's siblings : acik+adik + me teman mama. 
Maka check in di Alami Garden Hotel, seksyen 13. paling dekat dengan tempat mama kena pergi. 
Petang: shopping. 

20 November: Palam+ met Aina and Huda. Terubat rindu. Terkejut dengan kematian kakak huda: maka saya masih berfikir tentang kematian. Tak sempat berlama-lama di Palam kerana menghantar huda ke shah alam untuk pulang ke Kuala Lipis.
Night: i-city : terkenang kenangan dengan angah_acik_kak teh_adek. PRM Palam is awesome.

slight change than before.^^

baru ada. adik&achik.

cold

-5 degree celcius








Tepat 12 malam : buka fb : arwah adik Ammar.
http://www.youtube.com/watch?v=wbS1OZK-Gfk
                                 & 

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

Tear. Allahuakbar!! What have I done? 23 years old.
Sanah Helwah Azira Iqlima.

Ayat terkesan Ustaz Hasrizal: mungkin Allah ambil nyawa adik ammar kerana Allah tahu dia tidak mampu menghadapi dunia hari ini! Turki Uthmaniyyah dan sejarah. Siapa peduli? semuanya mengejar title. Doktor, Engineer, Lawyer? Tidak bagi adik ini. Saya hanya membaca, tanpa meneliti. Dia? allahurobbi!!

Iye, umat islam semakin jauhhhh.. Islam sekadar nama, sekadar atas IC.

Tidak mengharap untuk celebrate. Sebab saya rasa belum cukup tanaman saya untuk dituai di sana. Angka dua menghampiri 3, masa berlalu meninggalkan kita, saya pula masih terkapai-kapai mengejar dunia. Ignore or face it. I chose the second one. Plan dalam kepala mula mendongak. Allah, Terima kasih atas nikmat ini.!___________^



Dan dan dan.. ALLAH SANGAT BAIKKKK!!!!!!

21 November 13: check out. mula mengorak langkah balik Kuantan.

Di Genting Sempah: mama bertanya tentang Janda Baik! Itu impian saya selepas SPM. impian yang tertangguh lima tahun lalu!! Ingatkan will be going dengan papa la kan. Sekali, mama terus masuk simpang Janda Baik: google tempat ini : tersesat sana sini: google yang tidak efektif :p terjumpalah ; ; ; ;

HAWA RESORT, JANDA BAIK, here i am.





Tanya pakcik tue, ada bilik kosong untuk hari ini?
Jawapannya:" hari ini, 60 bilik kosong."
Kami terpinga-pinga.
Tergelak bila pakcik tue kata, kosong semua.
Maknanya, we were the only one, renting the chamber! Kami pilih bilik dengan gembiranya. Macam best je! Memang best pon.

Air sungai mengadap bilik.
Memang bilik strategik.
Nama bilik: buluh bersebelahan bilik manggis.
Depan tue ada TV, buaian, gazebo, tempat masak2, air sungai yang bunyinya menenangkan hati.

Semua kemudahan ada di sini. Memang sesuai untuk family day: program tamrin: program motivasi and related. Ada tempat futsal, ada taman burung, orang bandar yang tak pernah tengok angsa, burung merak :ia ada di sini , em, dari segi bilik -ada bentuk dorm, ada katil single, katil queen or king, untuk VIP and so on. tetapi harganya berbeza. Em tak reti nak explain panjang lebar tetapi ini laman webnya http://hawaresort.com/

Dan kenangan yang kelakar; tempat itu kan kami conquer, masa mandi tue, batu2 dalam sungai tu pun macam licinla kot  sebab beberapa hari tak disentuh (mungkin) agak licin dan menggelikan bila bersentuhan. Menjerit si adik ingatkan something weird la kan. Main - main tue, tetiba: ada kelibat si kecil berpakaian putih 2 orang melepasi jambatan muka pintu masuk resort, kemudian ada lagi 2 orang.
Mama pun bertanya; dari mana pula pak-pak imam ni, siap lalu lalang dua tiga kali berdekatan kami. Ke... tet.. seramlah konon. Terpengaruh cerita drama melayu yang entahpape..

Siap mandi, kami pergi makan. Baru tahu, di sini banyak sekolah tahfiz. Malamnya : kami bersembang. Reciting al-quran bawah gazebo menghadap sungai ... subhanallah!!! damainya...

Indah sungguh ciptaan Rabb.. Datang sini:rasa apa yang saya rasa.

waktu malam, sangat sejuk. Mama and acik takleh tidur sebab takut; kami semua perempuan dan hanya kami yang menginap di situ. Hem, saya: kisah apa. Allah ada.


depan bilik je

bilik strategik: buluh

sebelah bilik kami; depannya ada buai, depan buai ada sungai

depan bilik manggis__

depan blik manggis:sungai. dekat je.


Albert Einstein

calmness..^^



ujung tue, dewan dia. besar juga, ada aircond.

TV, dewan makan, infront bilik kami.


belakang:bilik lagi. katil queen.

depan pejabat urusan

angsa.^^






Dipendekkan cerita;
Esoknya kami main spiderweb, climbing tali ape entahnye nama dia, panjat sana panjat sini - pergi makan.  Tak sesuai untuk ditunjukkan di sini gambar kami je ada. Xde view yang kosong.

selepas bersarapan, tanya makcik kedai kat mana resort yang ada kena cross jambatan untuk masuk ke situ. Kereta kena park dekat luar. Mama pernah datang and mama kata tempat tu cantik juga. So selepas dapat petanya, kami pun pergilah untuk melihat tempatnya. Mana tahu nanti nak datang lagi. Al-Sakinah Eco Resort namanya.
 

Mama pelik sebab ada budak2 berkopiah sedang berlatih silat dan main badminton. Sebelum ni xde pon. Senang nak kata; sedang beriadah. Bertanya pada pakcik dekat rumah besar juga, dekat mana al-sakinah, dia kata dekat sebelah tu. Lalu tepi bangunan sekolah tahfiz tu. Oh.. adik2 sekolah tahfiz rupanya...

 Kami pun lalu tepi padang kecil tempat adik-adik (bakal ulama insya allah) tue, bising mereka. Saya terdengar mereka jerit sesama mereka ' jangan tengok, jangan tengok' Hik8.. Sebab acik kot baya mereka. Si acik ni pula, hem faham2 la pakaian dia. Hah, adik-adik tahfiz, jangan hilang hafazan kalian sudahlah yer..:^___^:

Pergi belakang, subhanallah!! Lawa+besar+cantik+aman dan damai bangunan tu. Rupanya rumah pakcik sebelah tu yang kami tanya pun tersangatla indahnyee...

jambatan memisahkan jalan dan tempat tu

kini dah jadi kediaman adik2 tahfiz

Al-sakinah : ^^


suasana kat belakang la ni: tapi cantikkan..
 tak salah nak kaya: if menyumbang saham akhirat.^^
ni bahagian belakang. dah dekat gunung.


Dan yang paling tersentap: Al-sakinah Eco Resort yang dahulunya untuk pengunjung menyewa telah bertukar menjadi sekolah tahfiz. Apa namanya dah lupa. Oh, maaf adik2: kami tanpa minta izin memasuki sekolah kalian..


Sangat tersentap: beruntungya pemilik resort ini: hartanya digunakan untuk jalan Islam..

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal dan saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” (QS al-Kahfi: 46).

“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami mencatat amal yang telah mereka kerjakan (di dnia) serta bekas-bekas (yang) mereka (tinggalkan)” (QS Yaasiin: 12).


Allahurobbiiii.... Legasi apakah yang akan saya tinggalkan untuk umat ini supaya pahalanya tetap mengalir walaupun saya sudah dimamah bumi...

Tengah hari: bertolak pulang ke Kuantan.. Allah suruh berfikir di hari jadi saya..
Dan.
Saya mula mengorak langkah baru. Cubaan baru.


Kuantan1657






Tuesday, November 26, 2013

Bonda

Terkadang, bagaimana kita hari ini disebabkan bagaimana bonda dan ayahanda kita sebelum ini.


bonda terchenta^^

kerana doa umi!! ini untuk umi.^^

beloved papa.^_____^

12 november 2013:
Dan saya masih meneliti, dari sudut mana kebaikan bonda sehingga allah begitu sayang pada saya. Saya tahu jawapannya. 

Allah pelihara saya dari cinta tidak bersyariat yang pernah mereka lalui dahulu.

Kata umi: hanya saya!! Hanya saya yang mampu memandikan jenazahnya suatu masa nanti. 

Terkejut pula dengan kata2 mama maghrib tadi: jika mama mati: kakak lah yang lead uruskan jenazah mama. If papa, aiman lah(baru balik janda baik:aiman setuju nak masuk sekolah tahfiz di sana.:-) )

Tersentap seketika. Saya: broken family tapi allah menjaga saya!
Masih mood arwah adik ahmad ammar: sungguh saya cemburu.saya mahu mengikuti jejak kamu.^^ biiznillah..^__^

Mood excited mahu mengadap ketua nisa' kuantan. Erk, ilmu saya xde bintang pn.



Sekampung datang semasa konvo.^^ Bila kita baik: Allah hadirkan rasa cinta pada orang sekeliling kita untuk hadir memberikan cinta kepada kita. Bila kita ikhlas: Allah hadirkan rasa suka orang di sekitar pada kita. Macam arwah adik Ammar yang insya allah husnul khatimah.

kuantan:2145


Friday, November 22, 2013

Bunga saya sudah layu

19 november:pagi itu bersiap2 untuk kami bermusafir ke shah alam sebab mama kursus di sana.

Saya menyempatkan diri membuka balutan bunga yang sudah seminggu menggunakan air yang sama. Oh,banyak yang sudah layu dan mati.

Sebelum buka.

Setelah buka. Bunga ros sudah bertukar warna dan bau.



Proses filter.

Bunga putih entah apa namanya:pun sadaqallahul adzim.

Ini je ler yang tinggal..^^

Saya nak buang tetiba mama jerit dari tingkap jangan buang bunga tu,sepatutnya terbalikkan dia,then jemur biar kering,nanti boleh buat potpori.

Oh. Bunga dan Hayat.

Safely check in: alami Garden Hotel. Seksyen 13.^^ baru taw jalan setelah selalu jalan2 di shah alam.
Shoping dengan mama,oh bersabarlah my ankles.

Macam biasa2 je.

Allahu. Allah Maha BEsar!! Tq allah beri saya ruang ini.

Saturday, November 16, 2013

Derapan Hati

Pertama, buat teman seperjuangan yang masih berhempas pulas berpraktikal, moga allah gerakkan hati lecturer kita bagi semua yang masih sangkut  untuk lulus profesional exam ya! Grad bulan 5 nanti ye. Terasa sebak melihat gambar sewaktu berjubah itu.

Saya kehilangan sayap kiri. Insan yang bersama-sama susah senang bersama saya sedang berpraktikal, saya pula tidak berminat untuk bergembira di hari itu. Buat kamu, orang kanan saya, Hospital Ipoh sedang berbangga kerana punya fisio yang sebenarnya sangat hebat di situ.Sepatutnya kamu berada di sebelah saya sewaktu dalam susunan kerusi itu, bukan kumbang yang sederet itu. Nama kita kan kepalanya sama, huruf A. :p



dumbell trained saya hari2




Sewaktu konvo yang lepas, saya menerima 3 jambak bunga dan 2 bear. Saya pon enggak mengerti kenapa bila konvo mesti ada mende itu. 2 jambak itu, bunga hidup. Pemberian sepupu2 saya. First time, keno caro ko bungo buat saya, saya tersenyum sendirian.  terkenang lirik,

cintakan bunga akan layu
cintakan manusia akan mati
cintakan Allah kekal abadi. ^^

Dan setiap hari, saya memerhati,bilakah masanya bunga ros ini akan berkembang mekar, menyebarkan wanginya. 

Yang saya lihat, ia semakin layu. Berapa lama lagi harus saya menjaganya? Dan saya berfikir banyak perkara. 

Cintakan dunia ibaratnya seperti bunga, tiba masa, ia hancur ia mati. 

Dan saya penat dengan larian ini, izinkan saya berhenti seketika, untuk saya menghela nafas, sebelum menyambung semula larian.

Mendengar ceramah Dr. MAZA, berapa ramai orang punya rumah besar, kereta mewah, tetapi jauh dari Allah. Hatinya gundah gulana. Saya rasa, saya tahu jawapannya.

Saya berfikir lagi, apa guna punya anak, jika ia membawa ayah dan saudara lelakinya akan melepasi malaikat Malik tiba masa nanti. Oh, saudara perempuanku..:(

Saya berfikir lagi, beginikah kehidupan orang bandar, gadget setiap hari, tidak jemukah?

Dan saya berfikir lagi, tidak dayuskah saya apabila sekadar melihat keluarga saya dihiasi kenikmatan sementara ini?  

Saya tidak punya ayat 'power' dalam menyampaikan dakwah. 
Saya tidak punya 'kuasa' untuk mengubah mereka.
Saya tidak punya 'kekuatan' untuk melawan. 
Saya tidak punya 'kudrat' untuk membangkang.

Yang saya punya hanyalah kesabaran dan doa. Walaupun kekadang, saya hampir berputus asa, terkenang kembali saat2 saya kencang bergerak kerja di kampus. Saya berbicara dengan Allah. Luluhnya hati ini punya keluarga yang akarnya tidak mencengkam bumi.Sekurang- kurangnya, Allah pilih saya di jalan ini. Syukurlah.

Doakan doa saya teman.^^ Saya juga ingin bersama mereka di syurga.

Saya rindukan rumah kayu saya, walaupun teratak kami paling teruk, tetapi penghuninya punya aura yang tersendiri. Itulah umi saya. Tapi, teratak itu, bukan milik kami lagi. Kelate yang ku rindui, kehidupan di tempat sana lagi kekal. Kami perlu berhijrah. Kesian kami.

Itulah kehidupan. Mataaun ghurur... Mataauunn dunya..







Saya punya Allah, sebaik-baik pergantungan. Saya punya sahabat solehah untuk dijadikan tauladan. Saya punya iman untuk menunjuki jalan. ^^





Kuantan, 0035

Sunday, November 10, 2013

Cinta Suci Zahrana

Apa gunanya gelar sarjana setinggi langit, jika belum menikah?. 
Untuk apa menikah, jika mendapat pasangan yang tidak seiman, yang tidak sayang pada keluarga, yang tidak bisa menjadi imam di dalam keluarga. 
Begitulah pesan dalam novel “Cinta Suci Zahrana” karya Habiburrhman El-Shirazi yang diangkat menjadi filem penuh inspirasi. 
"Sebut namaNya, dekat padaNya, serahkan seluruh urusan padaNya. Cinta dan hidup hanyalah pd Allah". 
Itulah pegangan Zahrana dlm mjejak cinta suci hanya untuk mengharap redha Allah. Nantikan ROW esok, tayangan filem islami. Cinta Suci Zahrana. cnp PRM  page.
I've watched it. It worth. 



bila tengok, baru teringat pernah baca novel ini.!

 
Jangan simpan seseorang dalam hati,
Hati itu berbolak-balik sifatnya,
Simpanlah seseorang dalam doa,
kerana doa tercatat di langit selamanya..
- Ustaz Haron
 
Acik.^^Kuantan:2325