Saturday, September 14, 2013

Change

aku islam,
aku suka duduk sorang2,
deal with human the most i hate,
aku pentingkan usaha dari hasil,
aku outspoken,
aku agresif,
aku benci org cakap belakang sebab aku suka ckp depan2,
aku suka cakap tak fikir dulu:-(,
xsuka org  sensitif, xde masa nak fikir tentang perasaan,
syaitan akn cucuk mnusia yang berusaha jadi baik melalui perasaan-sedih, kecewa, bad mood n etc
fikir macam laki, akhlak biar jadi pompuan..i'll try ^_^
2010-2011

Peoples keep changing.
Same goes to me.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang ^^
Bersyukur diberi Taufiq n Hidayah
Tarbiyah yang meruntuhkan ego
Tarbiyah megajar mengenal erti kemanusiaan
Tarbiyah mengajar, jagalah hati sesama insan
Tarbiyah membentuk peribadi close to perfection as a muslim
TQ mex aini: always beside. Mengajar erti hidup. Kata-kata dan perbuatannya mengajar cara hidup.

Bukan sekadar mengadah ilmu dunia, ukhrawi jua.

 November 2011: hampir genap 21 tahun aku hidup, aku berjanji dengan Tuhan
Di bawah pokok yang akarnya menjalar mencengkam bumi.
Di atas batu besar, teguh berdiri walau diinjak arus.
Di hadapan sungai tenang mengalirkan air.

Alam menyaksikan
Tangisan penyesalan
Sebelum berjanji ingin menjadi dai'e.
Terpahat di ingatan hingga ajal menjemput.
Peristiwa mengubah hidup aku, amirah dan aini. jua dikjang, adek, ayong,etc


Mencari erti hidup, bukan sekadar memilih sawi di pasar.
Memilih pilihan yang tepat, bukan sekadar membulatkan jawapan objektif dalam paper exam.

persoalannya,kuatkah aku bila berpaut pada pohon yang rapuh?




rawang, selangor

15 Ramadhan



Adik we bagi malam ni. 

Dalam Syurga paling ramai orang miskin. Orang susah yang tak pernah mengeluh dengan kesusahan yang menimpa. Dia menerima seadanya rezeki dari Allah, bukan meminta-minta. 


Dalam neraka paling ramai kaum wanita. Sebab 

1)mulut.            
Aish mulut orang perempuan ni.. Memang tak berhenti. 
Saidina Umar pun kalah dengan mulut (bebelan) isterinya. 
Mulut juga lubang mengumpat. 
Yang sakitnya, cerita taklah gempak mana, tetapi ditokok tambah supaya yang mendengar teruja, rasa best. Hem, nabi pun dalam bergurau tidak mereka2 cerita.

Huh, stop backbiting! Especially, orang kampung ni. Aku dah faham sangat dah.. Sikap concern mereka lebih la “sangat”. Kain  sendiri carik tak sedar. Pastu mulalah mengeluh kenapa hidup dia banyak masalah. Yelah, dah suka buat Allah marah. Ish, nauzubillah. 


 2) Derhaka pada suami.  
  Hari raya menjelang tiba. Minta suami belikan tudung. Suami tanya nak tudung apa. Sekali kata nak Ariani ke Fareeda ke takpe dah. Esoknya, suami bawa pulang tudung bawal je. Maka terdetik di hati isteri “SELAMA AKU HIDUP DENGAN SUAMI AKU NI, AKU TAK PERNAH DAPAT APA-APA PUN,” sekali terdetik begini dalam hati, maka nerakalah tempat isteri. Uish, takutnya. Kena belajar dari sekarang pasal rumah tangga, preparelah wei. 23 tahun sudaa..

hometown TM

14 ramadhan



14 RAMADHAN 1434:Tuesday






Malam ni Farhan lagi:SYUKUR.
Alhamdulillah.^^

Setinggi-tinggi darjat adalah orang yang bersyukur. 

Syukur dengan nikmat yang masih ada. Kita sangat jarang bersyukur dengan nikmat yang ada. Bila hilang nikmat itu baru kita realize, ia telah hilang dari kita. 

Contoh: nikmat kaki boleh jalan jauh. Bila sakit, melambatkan pergerakan. Hah, baru duk sebut “Allah, sakitnya” Baru ingat Allah. Ish3.
Syukur dengan musibah menimpa. Ada 4 peringkat penerimaan manusia terhadap musibah yang menimpa. 
1) Mengeluh. Kenapa aku. Kenapa tidak si A. Si A lagi teruk dari aku. Mengapa mesti saat ini. Banyaklah mengapa dia tuh.
2) Redha. Dia redha saja dengan apa yang berlaku. Dia tahu sedang diuji.
3) Sabar. Sabar dengan ujian yang menimpa., nanti musibah ini akan hilang seiring dengan peredaran masa.
4) Peringkat tertinggi. SYUKUR. Jarang orang level ni. Termasuklah aku. Hem, teringat penerimaan aku waktu fail exam. Redha and sabar je. Tu pun, adehla.. Tak cukup bersyukur rupanya aku nie. Allahurobbi..
Kisah Ummu Salamah yang kematian Abu Salamah. Ummu Salamah kata takde dah orang sebaik Abu Salamah.  Nabi ajar baca la haulawaquwwata illa billahiladzim yil aziim. Ya Allah berikan aku pahala dengan musibah ini dan berikan aku lebih baik dari ini. Sekali nabi yang melamar Ummu Salamah. 

Ha, tengok, berkat sabar dan syukur. Deep story baca sendirilah ye.^^ Macam semua orang dah tahu cerita nim.


hometown:tm

13 Ramadhan




Tazkirah pasal istiqamah.^^ by farhan.








Buatlah amalan walaupun sedikit. Asalkan berpanjangan. Namanya istiqamah. IM Fakhrul pernah kata, musuh kepada istiqamah ialah:PUTUS ASA. 
Kisah Perdana Menteri Israel yang dulu tu. Dia menghadiri satu persidangan tertutup yang membincangkan rancangan untuk menjatuhkan umat islam. Setiap orang yang menghadiri persidangan itu hendaklah menyimpan rahsia ini daripada tangan orang islam. Bimbang rancangan tak menjadi. 
Pelbagai strategi dilakukan termasuklah suntikan alpa melalui hiburan, dressing, LAMAN SOSIAL!, pemakanan and so on lah. (Panas hati aku dengar perancangan depa. Apa ingat hampa hebat sangat. Allah tahu apa dalam hatimu, n Allah jaga agamaNya. Wek ^^) 
Usai perbincangan tertutup, PM Israel menghadiri pula persidangan terbuka. Sewaktu dia berucap, dia mendedahkan strategi yang dibincangkan tadi. Lantas, Personal Assistant dia pun cuit, kata: “Tuan, bukankah tuan telah berjanji untuk tidak mendedahkan rahsia ini?”
He replied: “aku tak kisah jika rahsia ini didedahkan pada orang islam sebab ORANG ISLAM MALAS MEMBACA. Kalau dia membaca pun, dia tak mampu lakukan apa-apa sebab mereka puak yang lemah. Kalau mereka lawan kita pun, mereka takkan sampai penghujung, sebab UMAT ISLAM TIDAK ISTIQAMAH.!! Huk3. Terkena atas batang hidung. 

True!!! Kalau zaman matriks and ke bawah, aku ada buku NILAM tu, memang tak muat nak tulis list buku aku baca. Tapi di uni ni, sibuk baca fb. Ish3. Waste time. Eii, buat malu je jadi orang islam kau nih azira. Teringat buku haraki tak baca dua lagi. Kata nak berjuang. Konon. Em, muhasabah sebentar. 

Nasib baik di kampungku ini tenet ngek. Salah satu advantage. Boleh khatam Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w. yang dah setahun berhabuk dalam almari.Ish3.
Terkenang cerita Nabi Yusuf yang mengubah dirinya sebelum mengubah sebuah kerajaan. Dia terpinggir gara-gara saudaranya yang dengki padanya, dfitnah gara-gara Zulaikha, rela dipenjara dari memenuhi ajakan (surah yusuf 33), akhirnya menjadi bendaharawan yang mampu mengubah masyarakat.   
 Em, bacalah surah Yusuf dan tafisrnya ye.^^


hometown:TM