Monday, July 15, 2013

March - June 2013


March-June 2013
Clinical Placement : HRPZ 2, KOTA BHARU KELANTAN

Azie + Lala + K.Mas + Fami + Jala

Bukan apa, sekadar berkongsi.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Biasanya, trend keluar clinical, adalah geng xkamcingla, xmasukla and so on. Hem, makin besar, makin banyak gelagat. Macam my classmates juga la kan. Ya Allah, aku tak tahulah sejak membesar nie, perangai aku dah tak macam yang aku list dalam profile picture aku tue.. Maybe sebab.. hem : Hidayah Allah..
Glow in the dark : me!

Syukur bila Allah bagi aku sahabat2 yang sangat bagus. Sebab? remind me, Allah is important than them. So, follow Allah's rule. 

Ha bukan senang nak cari kawan yang solat dulu after abes praktikal, baru balik rumah.
Bukan senang nak cari kawan yang malam jumaat ajak pergi masjid Muhammadi baca yassin sama2
Bukan senang nak cari kawan yang ajak solat berjemaah sama-sama
Bukan senang nak cari kawan yang sudi bagi pinjam duit tanpa banyak persoalan
Bukan senang nak cari kawan yang sangat rajin dan tak pentingkan diri sendiri
Tapi aku senang nak dapat macam tu :dengan izin ALLAH :)
ITULAH k mas dan ila.


Tapi Takdir Allah tiada siapa yang menduga.

Semua yang clinical HRPZ terkandas dalam profesional exam. yes. kami berlima!

K mas extend : kemalangan di Gua Musang semasa pulang after tamat praktikal. Fracture acetabulum tanpa sempat profesional exam. Aku dan Ila yang menangis dalam sendu. Dalam doa dititpkan :moga K mas sekeluarga kuat!
Tapi dia memang kuat!! 
Sebab itu Allah uji dia!!
Masih terkenang bila -my car hitted another car, her reaction :) Allahurobbi ..
                                    - semua bad mood macam tak nak pergi masjid muhammadi ambil gambar dekat situ
                                    - kami sibuk bila last2 clinical tue, k mas keluar sorang2, kadang2 ditemani yuni    
                                        :shopping untuk family dia dan mentuanya.
                                    - Kata2 kak mas yang mengingatkan kita semua kepada Kekuasaan Allah :)
                                    - Paling ingat!! K mas request belikan dia tudung labuh bidang 60"
                                    - Tak minta apa2pun sewaktu birthday dia! Tak macam kawan y lain.tet.

Ila blur masa profesional exam: 2nd attend. 
                                   - Ayat al-quran, zikir munajat, nasyid mesti kedengaran dari laptop mahupun nsetnya.
                                   - Sangat lembut dalam berkata2 :sebab tu aku buli dia! :)
                                   - Sangat pemurah. Selalu belikan makanan untuk anak2 kak na.
                                   - Rajin masak. Pendek kata : solehah! moga mendapat suami soleh, sahabatku :)

Fahmi : straight forward and outspoken. Baru kenal budak nih. Bagus jer dia nih. Nak isteri macam Pn Wiza. Bertudung labuh. semua mereka put Allah inside ^___^

Fahmi dan Jala pun 2nd attend macam kami. Tak nak ingat dah! Jika ingat, di setiap doa : rasa tusukan pisau menekan dada  :( Sangat menyakitkan.
Masih di ingatan, Ila menangis call xleh buat, Ila menangis sewaktu berdoa after solat berjemaah sama2, Fahmi terguling megeluh panjang dalam HPG bila dapat call itu. Status jala dalam fb. Sungguh, ia sangat kejam!


amek dari status lala
Apapun, itu semua dengan izin allah.. Bila ingat Allah, aku redha.

Kalau tidak kerana kegagalan ini, tidaklah aku makin dekat dengan Dia.

Mungkin tiba masa aku berada di atas : aku akan ingat kegagalan ini. At least :tersenyum.
Terima kasihla my lecturers semua yer.

Teringat cerita Boonga Studio

"Why do you want be a teacher?"
"Because I HATE ALL MY TEACHERS!!"

Same goes to me.






istana :)

at least:ada kenangan di sini

k mas yang masih tersenyum :)
kenduri kawen ^___^


depan masjid muhammadi :istana jahar

Lala dan tademark kelantan
masjid beijing rantau panjang


Semoga kak mas cepat sembuh! Semoga k mas dapat baby.

Terima kasih Allah kurniakan saya sahabat yang solehah.

Mehnah dan tribulasi sama2 : suka duka pahit manis bersama. saat presentation + saat kena soal + saat kena kutuk dengan ayat yang cun :bengap, lembap + saat one of us ada problem =kita share and hadap sama2 ^__^
Kalian menyempurnakan sebahagian perjalananku sebagai musafir senja.. ^___^



Living room 2010
                            






Sunday, July 14, 2013

Despicable me 2

4-5 ramadhan

^___^

Sudah lama berberbincang pasal tengok wayang dengan housemate. Bagi k aini, dia tak berminat. Bagi ju, depends on niat. Bagi aku: 1st :NIAT. kalo nak spend time dengan family, sinopsis dia xde y islam larang :i'm on.
Ramailah pula nanti kata aku buat ajaran sendiri, apepun. it's depend on them. aku prefer cara aku.

Masih di ingatan first time tengok cerita upin dan ipin pengembaraan bermula, dekat alor star konon nak release stress masa di kolej mara kuala nerang :)
2nd time masa mula-mula masuk uni, angah yang ajak bersama adik2, cerita ape dah. lupa. megamall kuantan. Lepas tue, rasa macam xde keperluan sebab aku dah jatuh hati pada usrah n related.

and now.. request dari twins nak tengok despicable me 2. Adik-adikku ini perlukan bimbingan. Contranya kalian dengan aku di umur kalian. :( Niatku, i'm flexible, even masa mula2 adik kata : kitorang takut nak ajak kakak gi tengok wayang, kakak kan ala-ala muslim sikit. 
hailoh... muslimah la adek.

Papa belebe bulan puasa pergi panggung. Tapi kami pergi after terawih. tiket midnight. Kami berlima:aku, angah, acik, abang dan adik. :) except azwan yang merayap dekat TC. well, this is my family. angah belikan tiket, popcorn + beverage.  Maka, tepat pukul 12 malam, cerita pun bermula. Aku expect tertidur dalam panggung tapi haish, cerah pula mata ini. Sampai pukul 2 pagi di rumah, terus shut down except those 2 guys. Sedar2 dah sahur. ^_____^

Ia ada mesej yang sangat bermakna, sebagaimana cerita Teduhan Kasih :mengingatkan aku tentang kehidupan. Sebagaimana Gru sayangkan familynya dan meninggalkan kejahatan, begitu juga aku: sayangkan family aku dan keluarkan mereka dari ...



a big family : close family



bedroom 0103


berpaut

Terkenang 10 tahun dahulu.
Compare dengan aku sekarang.

Tarbiyah - Siasah - Dakwah
Menemukan aku dengan kalian


Benar
Bersendirian itu merugikan

Kerana kita musafir senja
Tiba masa kembalilah kita

pray for next destination -->

Emo terkenang saat bersama kalian, bagaimana akan datang?
Mungkin saya akan slowly disappear from being part of their life,
dan lama2, nama saya hanya dalam lipatan sejarah..
life's must go on. keep going you all. you are right on track!
credit to + big clap to
kak teh:acik:angah:adik:etc

They are GIFTED!
They are :
ENDOWED WITH GREAT NATURAL ABILITY

sori!! miss antum.

from zero to hero

peace mesir-syria-palestine-etc


0031 bedroom

Tuesday, July 9, 2013

Yang mengajar di depan itu Pengarah Celcom!

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!!

1 Ramadhan 1434H

Semalam adalah malam pertama solat terawih bagi puasa kali ini. Macam ramadhan lepas, ada slot tazkirah selepas 4 rakaat.

"Ha! Siapa kata Pahang diharamkan buat tazkirah masa solat terawih?"
"Sebab: mufti pahang kata ;memanglah takleh tazkirah masa solat terawih, lepas solat bolehla.."
aishla mufti pahang.. Ingat main2 agaknya..

Tirai pemisah muslimin dan muslimat pun dibuka.Aishla dalam hati : Kalau dulu aku memang malu duduk line depan, tapi sekarang dah stone cold hearted dah. No malu-malu. Aku sudah tua..

Ustaz di depan pun mengajar. Cerita pasal ketibaan Ramadhan.
Berapa ramai orang yang kita kenal, pada Ramadhan lepas masih sempat bersama kita, tetapi kali ini mereka telah meninggalkan kita. Em, mungkin ini Ramadhan terakhir. Padatkan ia dengan pesta ibadah!!

Mama pun cuit aku. "Kakak, awak ingat tak yang kita pergi rumah Dato' yang tengah mengajar dekat depan ni?"

Aku pun mengerutkan dahi. "Bila?"

Mama replied, "Oh, awak takde masa tu. Ha, inilah Dato' Sulaiman. Pengarah Celcom cover Pantai Timur." 

Dalam hati aku teringat cerita papa. Dato' pernah berbual dengan papa. Antara point yang aku ingat sampai sekarang :

-Dato' majukan celcom, untung tu bagi dekat masjid2 dan surau2 area Kuantan. Especially surau yang kami datang tu sebab dia orang kuat surau tu.

-Dato' low profile :xnampak macam pengarah pon.
 Dan semalam aku menyaksikan, penampilan dia tak macam pengarah pun. Macam pakcik2 kampung yang lain..kui3.

-Point sentap is Dato' fikrah kita. :) Sumbangan untuk PAS mesti ada dari beliau!!

-Dato' orang Kelantan! Patutlah cakap kelate pekat! -copong la-make la-maghi belako buko poso- hi..

Hem sungguh make me inspired. Aish.

Pastu antara input sewaktu tazkirah semalam yang buat aku senyum memanjang:
- Confident dengan apa yang kita buat. Even orang tak suka xpe! Asal Allah suka!
- Walaupun kerajaan malaysia tak suka, xpe. Asal kerajaan Allah suka!
- Alah setakat kena masuk ISA, dia tak tahu lagi ISA Allah macam mana!
Huu.. sentap weh!

Apepun, nak wish happy ramadhan jo..



1133:livingroom

Sunday, July 7, 2013

CAT is kucing

Dari kecil hingga besar, aku tidak pernah ada binatang peliharaan. Seingat aku, Azwan je yang beria membela hamster. Itu pun, setelah seminggu - hamster syahid.. kui3..

Semalam, sewaktu menaiki kereta untuk pulang ke Kuantan, kotak printer HP aku berada di seat belakang dengan Aiman. Adik tanya Aiman apakah itu.. Lantas Aiman menjawab : KUCING. :) Sambil tersengih. 

Lantas aku berkata : "Eh aiman, awak dah gosok gigi? wah putihnya dari sebelum ini."
Aiman tersengih dipuji, kemudian aiman kata, tengoklah kucing ini.. 2ekor sedang tidur nyenyak di dalam kotak.

Sepanjang perjalanan dari KL ke Kuantan, perbualan si kembar  berkisar tentang kucing itu. 

" Kakak dia kuat tidur! Dari tadi tidur. Macam angah!"
"Kita panggil dia angah!"

"Adik dia gigi putih, tak macam gigi aiman"
"Gigi Aiman banyak marjerin, buat malu dengan adik kucing nih!"
(adik panggil marjerin pada tahi gigi..kih4)

"Kita bagi nama mini dan mickey"
"Mana boleh, dua-dua betina"
"Bagi mini dan kitti je lah"
"Boleh sajjeee!!!"

Malamnya, semua ahli keluarga kami bertumpu pada kitty dan mini.

Hem, kerana kucing, rumah kami meriah. Adik dan aiman sibuk duk cari bakul nak letak kucing. Kucing melompat keluar dari bakul, cepat aje diorang berlari menangkap kucing itu. 

Papa sibuk bercakap dengan kucing.
"Eh, masuk balik dalam rumah!" laung papa. Aku pelik kenapa papa marah. Lor, bercakap dengan kucing rupanya. :)

Mama menjerit tiba-tiba. Kami ingatkan apa. Sekali mama berkata, " kucing ni belit dekat kaki mama". :)

Pagi tadi Azwan mandikan dia. Dalam bilik air, dengar azwan membebel sorang-sorang sambil tergelak2..

Hem, aku cubalah nak peluk kucing tu macam yang depa buat tu. Wah, seronok juga. I feel great!
Rasa macam relieve stress..

Patutlah nabi sayang kucing..

Balik dari Tunas Manja, aku lihat papa dan mama belikan whiskies. Untunglah kau kucing.


kucing kami warna kuning!
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Fakta tentang kucing!!!

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.


Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.



Kuman enterobacter yang tidak merbahaya

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Photo: Ace ce ce. Mentang~mentangla siap mandi, sombong ye...
Ace ce ce. Mentang~mentangla siap mandi, sombong ye...


Kerana kucing, hormone endorphin aku release hari ini.. :)

1352:bilik acik