Thursday, November 22, 2012

Sanah helwah

Sangat terharu pada kawan2 yang hadir walaupun mereka sangat sibuk.ada yang pent baru pulg dari praktikal di hospital seremban,klang,esok test n so on. Yang best,dapat hadiah.serius,aku xnak sambut pun tapi Allah menggembirakan hati aku melalui sahabat2..^_____*
syukur alhamdulillah..
kerana dia, aku semakin jadi baik. TQ k aini.

kek makan2, sebagai tanda celebrate birthday


nasihat best sahabah untuk azi


aini-


hadiah semua, arini k mas bagi lagi..

saje nak buat kenangan

jue bagi tudung...^___*

lepas ini, macam akan kembali jadi lone ranger je...bersyukur adaa sahabat seperti mereka..

Yang tak bagi hadiah, aku tak minta pun, ini sekadar kenangan terindah sebelum meninggalkan bumi UiTM Puncak Alam..

nanti habis study, azi wish: may allah ease tamat and grad ontime..^______^

Monday, November 19, 2012

MOTIVASI DIRI

"Rindu atau tidak, tugas menuntut ilmu memerlukan pegorbanan perasaan dan fizikal". petikan kata2 ustaz zaharuddin dalam karyanya Diari Musafir "jangan berhenti berlari'.

Ramai kawan2 seperjuangan di sekolah kata aku macam lupa daratan, tetapi hanya allah sahaja tahu apa di hatiku. Untuk mengubah sesuatu, aku perlu korbankan banyak "sesuatu". 
Jarang pulang ke kampung halaman bukan bererti aku lupakan kampung tempat aku membesar, tempat aku belajar erti hidup, tapi misi untuk ummah itu didahulukan.

bacalah ia, sangat menaikkan semangat untuk terus menjadi khalifah Allah.
Ayat kedua yang best- 

ilmu secara teori tidak sama dengan secara praktikal.

Benar, ramai orang pointer tinggi tapi dalam medan kerja yang sebenar, mereka menjadi pasif. Aku semakin yakin, tidak Allah letakkan aku di dalam bidang fisioterapi ini dengan sia-sia. Pasti ada sebabnya. Walaupun aku tahu nasib aku untuk mendapat pointer tinggi sering dikecewakan, tapi rezeki Allah ada di mana-mana. Medan berpersatuan juga penting untuk develop soft skill untuk aku berkomunikasi dengan masyarakat kelak. Sebab itulah aku kena setuju dengan kata2 ini:

STUDY IS NUMBER ONE 
BUT
PREACHING IS NOT NUMBER TWO

Seimbangkan dunia dan akhirat.

* SEMAKIN BERSEMANGAT nak fly sebab mereka cadangkan aku untuk sambung bab massage and manipulation. And I can detect the strongest among my skills. May Allah ease.^_____^

baru sikit baca tapi sangat berguna. Kita kena tahu pemikiran orang hebat hebat supaya kita berusaha untuk menjadi terbaik macam mereka.


Friday, November 16, 2012

selamat pengantin baru, kawan.



Semalam 1 Muharram 1434M jiran sebelah rumah aku-SNF. Family kami panggil aku kakak, untuk dia "kak". Kak kahwin selepas tamat pengajiannya di UTP. Barakallahufikum. Ramailah orang kampung duk cakap baru habis belajar dah nak kahwin, kerja pun belum dapat lagi.

ish3...Inilah orang kampung, geram aku. Apa ingat rezeki tu dari manusiakah? Hei, rezeki itu dari Allah.. Sebab tu hangpa ni takut kalau papa kedana, nak fre semua benda, keberkatan takda, harap duit orang bagi cepat aja..
That's whylah anak2 sekarang tak macam dulu.. Kalau anak buat masalah, marahkan anak2, padahal silap ibu bapa itu.. hem, nak relate dengan banyak perkara, tapi apa yang boleh aku katakan, BACK TO BASIC. Akidah sejahtera, biar clear. Barulah hidup tenang, bersyukur dengan rezeki yang ada.

Ramai orang kampung bertanya pasal aku dah berpunya ke belum.Cikgu-cikgu sekolah rendah datang tanya aku dah "ada" ke. And ada ibu-ibu duk sibuk cerita anak mereka dah berpunya. Ish, macam bangga je. Inilah dunia akhir zaman, yang betul jadi pelik, yang batil jadi betul dan dibangga-banggakan. Allahurobbi. Mesti umi aku rasa tergugat sebab anak dia ini Free In Action. Oh, puhliz, kahwin belum tentu menjamin kebahagiaan kalau belum kahwin pun duk berkepit sana sini... Ko tunggulah azab Allah sebab langgar apa yang Allah larang. Kita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari... Tak usah nak bangga sangat..

Sekarang ini, prioriti aku belajar..
Mencongak diri mampukah aku untuk menjejakkan kaki di bumi Texas.. Texas Chiropractic College. Sambil nak cari jalan penyelesaian kepada scoliosis aku ni..

C shape, Right Scoliosis: Aku tak nafikan ramai orang ada mechanical back pain tapi tak tahu solusi. Aku ada big mission, lebih besar dari kahwin.


Rabbiyassir wala tuassir. Permudahkan aku Ya Allah walaupun aku tahu  aku tidak hebat untuk itu.. Tapi kun fayakun Allah tak mustahil kan? ^____^ Let's pray..

Jodoh itu ketentuan, tak perlu untuk aku cari, yang penting persiapkan diri untuk jadi ibu mithali. Insya Allah..


Kepada my beloved jiran sebelah:

1) Kamu yang mengajar aku meutup aurat di luar dan dalam rumah
2) Kamu yang mengajar aku kepentingan usrah
3) Kamu penyuntik semangatku hingga tahap sekarang (sebab kamu bersekolah di sekolah hebat, aku budak kampung)
4) Kamu banyak memperkenalkan aku mencintai ilmu
5) Kamu inspirasi aku untuk menjadi insan yang cerdik dan solehah

Harap kamu sentiasa dalam redhaNya walau kamu tidak pernah tahu apa yang aku sangat sayang dan kagumi kamu, walau kamu tak jemput aku untuk majlis itu, walau kamu marah umi aku sebab tersalah jahit baju yang diberi oleh insan yang sekarang sudah jadi suami kamu, walau kita sekarang semakin renggang, kamu sahabat aku hingga syurga. Insya Allah......



Tuesday, November 13, 2012

Pmulaan Semester 7

Tidur untuk kelas pertama:-( semester baru
Belajr reproductive system pun aku tidur,budak lelaki gelak2.
Sedikit putus asa dalam journey ini..
Let's replenish azi..^^

Ogos 2012

Hari pertama ramadhan,aku hafal surah al anfal 2:
14 ramadhan:mmg mudh igt bulan islam bila dalam ramadhan^^
Hem,ini kisah benar,merentasi asam garam kehidupan..Hati sedih bercampur sayu mengenangkan seperti asiah mpertahankan akidah dikelilingi kezaliman especially firaun.Allah Almighty. The JUstice will be appear.. Allah Allah Allah

The true story is..
Hari ini result exam keluar,3.09-really sad!air mata tak berhenti bergenang. Ingin dicerita kisah hidup buat teladan. Pointer ni kalau naik xpe tapi kalau turun serius sush nak naik.y aku pelik,cgpa maintain sem leps,xnaik.Ya Allah dugaan apakah ini?em nak relate dgn surah tu.
Aku seharian asyik berfikir mengapa result aku d degree sebegini teruk?mane kcemerlangan y lalu?melihat kawan2 y fly sana fly sini,dpt praktikl kt london,cipta vitamin u org kwasyiokar,kenapa allah letakkan aku di fisioterapi?
Sangat sedih dengan lecturer muda who is easily failing the student without any profesional reason.serius!!aku tengok CI bagi A praktikal exam 8jam kredit,tp result keluar B+.betapa jauh pointer beza..aku yakin kawan2 aku yang lain lagila..hem..Shud be i'm not interest with physio,but positive thinking, kata 'insan' itu y mmg aku dh jatuh thiqah pada dy(apepn ambil y dikata bkn pndg pd y bkata) mnusia diciptakan untuk manusia. Allah tahu yang terbaik.
Sangat terkilan dengan kebaikan JPA,pgorbnan umi menjahit siang malam,pgorbnan papa dgn kereta bertukar jenis,role model u siblings, tapi inilah realiti kehidupan. Inilah pjuangan kmunck aku as a human i wonder tp xsemudh itu.

Tinggalkan sbentar pasal result,risau dengan pandangan keluarga.
Kata umi "patutlah result turun,kuat sangat berpersatuan"
"Em warak sangat ni knape?rimas tgk org pkai tudung dlm rumah"

Cabaran cabaran cabaran
Dugaan dugaan dugaan

Ke mana arah hidup?

Bismillahirrahmanirrahim..

After all sort of things happened into my life, I need to "islah". 

Beberapa hari lagi usiaku bakal menjangkau "22" tahun.. OMG, setelah dua tahun aku menerima tarbiyah (bermula dari saat usiaku hampir menginjak 20 tahun sehingga hari ini), jujur aku katakan, aku tidak tahu apa yang telah aku sumbangkan untuk islam. :_(

1) Slave of Him
- Fikiranku masih melilau entah ke mana.
- Sering lalai mengingatiMu
- Sering melanggar sunnatullah untuk mencapai syariatullah. That's why lah aku tak dapat apa yang aku
   nak.:-(

2) An Ummah of Rasuluullah S.A.W.
- Umat ini makin melupakanMu, tapi aku sekadar memandang kosong.
- Aku masih tidak mampu melaksanakan semua sunnahmu 
- Aku mengharap syafaatmu tapi aku tidak berusaha untuk mendapatkannya.
- Aku tahu study is number one but preaching is not number two but still aku takleh seimbangkannya.(hari ni  aku test exercise for elderly-focus on keseimbangan badan. Badan aku seimbang without fall tp otak aku ni..allahurobbi..)

3) Fisioterapi
- Tahun akhir dah aku ni rupanya tapi ilmu macam tak tahun akhir pun.
- Seringkali aku memikirkan benarkah ini pilihan atau memang ketentuan.
- Aku suka bidang ni tapi ketidak "cerdik" an aku menyebabkan aku berfikir berkali- kali
- Umi and papa mengharapkan aku tapi aku duk lagha
- Actually and seriously aku ulat buku, dulu  berjam2 aku study dengan khusyuknya tapi sistem ini  menjadikan aku begini. Asyik asigmen sahaja tiada masa aku dengan buku.
- Apapun aku yakin, biarlah tak dapat kerja yang dicita-citakan, at least aku boleh merawat ahli keluarga.

- Ramai orang kata keje fisio ni juz urut2 orang or ajar exercise je. Orang tak tahu keseluruhan fisio. Stop insulting, start asking. if tak, takdenya kawan2 yang pointer tinggi di matriks duk repeat paper yang kami ambil. Orang bersalin, orang tua, kanak2 hyperactive, sakit melibatkan musculoskeletal, neuro, respiratory, kami juga yang treat kalian. bukan untuk orang yang sihat shj.

Walaupun aku tidak cemerlang, mohon Allah masih sudi tunjukkan jalan . Asalkan aku jadi orang beriman.

That's why lah Allah kata mengapa kamu kata kamu beriman  tapi bila diuji kau angkat kaki.
Tapi aku still tak boleh terima kenapa 4 TAHUN ini aku masih di tahap ini.:_(

Aku takut hadapi masa hadapan tapi aku tak ragu-ragu dengan rezeki Tuhan.


4) Masyarakat dan semua

-Jujur juga aku kata, aku paling benci deal dengan manusia tapi Allah tarbiyah aku menjadi ketua untuk  sekumpulan manusia dan aku kena bercampur juga dengan manusia. Reason: sebab aku dai'e bukan tin kosong yang kuat bunyinya apabila diketuk tapi apabila dibuka, kosong isinya.
- Aku takut, orang sekeliling memandang tinggi akan status "mahasiswa"ku tapi macam Allah pandang sebelah mata kat aku sebab aku degil.

5) Bakal suami dan anak-anakku
- Aku masih berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menjadi rujukan/idola/solehah n so on untuk kalian. - - Aku berusaha untuk menjaga diri sebab Allah kata perempuan yang baik untuk lelaki yang baik n vise versa. So aku tak nak nanti dapat suami yang ntah ape2.
- Aku yakin anak yang solehah dan bijak bermula dari pembinaan diri aku as mother of them dari sekarang bukan sewaktu dalam kandungan. So, serius aku tak berminat nak kenal dengan mana-mana lelaki sebab aku memang tak reti jaga ikhtilat. So, cukup sekadar yang ada depan mata hadap je, yang takde kaitan jangan cari pasal.


Dulu ada senior kata aku kahwin umur 21(guna yang rantai ape ntah-yang khurafat tuh-) tapi tak betul pun,aku dah nak masuk 22. So ianya tidak benar sama sekali maka aku stop searching, start preparing. Pastikan bakal suami bukan manusia yang aku kenal. Insya Allah. (harapan akula, kot yang kenal.itu namanya jodoh)

target seterusnya-25 tahun. Mood gatal aku dah habis, aku nak serius cari ilmu, buat harta untuk agama.

Post yang next, aku taknak sibuk pasal diri tapi aku sibuk nak tambah pahala.Insya Allah.

Selamat menyambut aWAL mUHARAM. JOM ISLAHKAN DIRI DEMI ALLAH DAN RASULULLAH.



aku dah penat jadi racun perosak, aku nak jadi budak baik sebab Aku dah tua untuk itu.

tak nak cyanide, boleh terima magnet, nak jadi ARALE CHAN eh bukan juga. ni hah nak jadi

Ordinary Student Extraordinary Muslimah (OSEM)
may Allah ease.

14/11/2012
0253 -MEJA STUDY rumah sewa puncak Alam