Friday, December 28, 2012

study study exam around the corner!

 Ya allah saat ini, jika benar aku berada di jalan redhaMu, istiqamahkan aku..jika terpesong, luruskan Ya Rabb.

Saat ini, aku sedar aku telah berjanji untuk hidup di bumi ini as daie, khalifah, jundi Mu ya Allah, maka bantulah aku untuk memenuhi janji itu. aku sudah penat menjadi tin kosong, apabila diketuk kuat bunyinya, apabila dibuka tiada isinya.

Saat ini, yakinkan aku ya Allah, qadha dan qadarMu terbaik, tepat pada waktu.
Yakinkan aku Ya Allah, manusia hanya mampu berkata2, manusia hanya tahu melihat hasilnya,
Sedangkan Allah menilai titik usaha, Allah menilai betapa peritnya kamu tahan diuji, Allah melihat betapa sakitnya kamu untuk mengejar redho allah, kerana Allah ingin menaikkan darjat kamu as hamba y dikasihiNya.

Biarkan tohmahan mereka, tak hidup dek dikeji tak mati dek dimaki. Biarkan mereka dengan labu-labu mereka, aku ingin berlari meraih cinta Ilahi.

dia! dia!dia! pemberi semangat dikala aku lemah.


Kembalikan semangatku untuk jihad ilmu di jalanMu..
-aish azizan aumut syahidan-

My dear Azira Iqlima: mari buktikan pada mereka, aku UiTM, aku lebih hebat dari kalian, aku anak kampung, aku lagi terkehadapan dari kalian. aku tahu tidak mungkin untuk itu, sekurangnya aku berusaha mencari kesempurnaan.

Obstetric & Gynaecology, here i come..

cyanide:0111
Usai pulang dari perjuangan yang kelam di pandangan kalian, namun berharap ada nilai di pandangan Tuhan.

Monday, December 24, 2012

baitul muslim?

Considering most of my friends or sahabah are in the final year, cutting across various plans that I've heard,

-some of them will be going to continue with the master level
-some of them want to change their field to religious studies
-some of them wanna be "so-best" physio or regarding their cost taken
but
The most popular, either in real life situation or in my reading or in the fb, i will hear or see about this word : BAITUL MUSLIM.

For me, it is not necessary to tell the peoples surround you,
it is not necessary to talk about this topics everytime,
everyday, every conversation or whatever 'every',
if you are not fix yourself first
if subuh pun subuh gajah
if bangun pun jam 8 pagi
if hablunminallah or hablunminannaas pun entah ape2
and
if the words is not concomitantly with your action.






At taubah:71
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain,

mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya.

Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

aka

The Believers, men and women, are protectors one of another: they enjoin what is just, and forbid what is evil: they observe regular prayers, practise regular charity, and obey Allah and His Messenger. On them will Allah pour His mercy: for Allah is Exalted in power, Wise.





For whatever, you are planning, May Allah ease..

peringatan buat anak kesayangan umi dan papa.^__^

Tuesday, December 4, 2012

MUHASABAH 2

Allah uji lagi.. Ramai adik-adik tak boleh pergi warm up camp...-( stay dekat library sampai kul 11 malam.
K aini sampai, tengok kereta punya belakang, body dia terkeluar, Allahurobbi... Masa lagi nak gi workshop..Esok run research, nak angkat buku untuk booth PRM, cane nie jiha..

Ya Allah Engkau Tuhanku 
Tiada Tuhan selain Engkau 
Engkau ciptakan aku dan aku hambaMu
dan aku berada dalam janjiMu menurut kemampuanku
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
Aku sedari nikmatmu kepadaku
Dan ku sedari akan dosa-dosaku
Ampuni aku...
Ampuni aku...
Ampuni aku...
Kerana tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau... wahai Tuhanku..

K aini tak perasan aku sedih dalam kereta, singgah beli burger, tapi dia belanja aku aiskrim sebab lama tunggu dia habiskan usrah..
Thanx kak aini, relieve sikit sedih ni..
Kerana sedih itu fitrah
Kerana ujian itu tanda rahmat Allah
Aku sedia demi membersihkan diri
yang sekian lama disalut hati hitam...

Allahurobbi..

2357 meja study fasa 3

muhasabah

Kejayaan bukan destinasi, ia sebuah perjalanan.
Apa sahaja keputusan, teruskan perjalanan as hamba Allah yang berusaha.

Pernahkah kita tersilap dalam menilai?
Aku pernah.
Namanya miscommunication..
Ingin jadi pemimpin? Ingin jadi pengikut?
Keduanya memerlukan persefahaman dan BERSANGKA BAIK.
Selidik kedua-dua pihak.
Subhanallah.. Allah tunjukkan aku jalan..
Dua sekawan saling tuding menuding jari. Sebabnya, berebut subjek untuk research.
Apa yang boleh disimpulkan, orang beriman akan mengalah dengan kedegilan orang yang dia sedang berurusan, segalanya telah Allah tentukan. Yang penting, DOA, SABAR, BERSANGKA BAIK.
lawan perasaan, jihad perasaan juga pahala. Aku hanya mendiamkan diri. Tengok-tengok, aku yang dicari untuk menyelesaikan masalah ini. Terkelu sebentar, tidak sangka mereka mencari aku.  moga kalian masih ingat, 

setiap mukmin itu bersaudara..
yeay, setiap mukmin itu bersaudara. Cubit right quadriceps, left quadriceps pun terkesan, kan3?

                                          ^________________________^

Allahurobbi..
Terima kasih Ya Allah mengurniakan aku sahabat2 yang sering mengingatkan.

Sungguh aku percaya, jika kita mengejar akhirat, dunia yang datang mengejar kita.

TETAPI

Jika kita mengejar dunia, akhirat lari berciciran meninggalkan kita..


Antara adik kesayangan, w/pun yang degil, belum matang tapi tempat meluahkan perasaan, pandai memberi semangat untuk meneruskan kehidupan. Bakal menjadi kebanggaan umi, Insya Allah..


Sebagai contoh, slot aerobik tadi, say hi pada aku, tanya komen aku.
Masya ALLAH, Thank you Allah..  


psb perpustakaan tun abdul razak 2016:
studying biostatistic, menyiapkan mini research, Chi Square analysis..^^


Thursday, November 22, 2012

Sanah helwah

Sangat terharu pada kawan2 yang hadir walaupun mereka sangat sibuk.ada yang pent baru pulg dari praktikal di hospital seremban,klang,esok test n so on. Yang best,dapat hadiah.serius,aku xnak sambut pun tapi Allah menggembirakan hati aku melalui sahabat2..^_____*
syukur alhamdulillah..
kerana dia, aku semakin jadi baik. TQ k aini.

kek makan2, sebagai tanda celebrate birthday


nasihat best sahabah untuk azi


aini-


hadiah semua, arini k mas bagi lagi..

saje nak buat kenangan

jue bagi tudung...^___*

lepas ini, macam akan kembali jadi lone ranger je...bersyukur adaa sahabat seperti mereka..

Yang tak bagi hadiah, aku tak minta pun, ini sekadar kenangan terindah sebelum meninggalkan bumi UiTM Puncak Alam..

nanti habis study, azi wish: may allah ease tamat and grad ontime..^______^

Monday, November 19, 2012

MOTIVASI DIRI

"Rindu atau tidak, tugas menuntut ilmu memerlukan pegorbanan perasaan dan fizikal". petikan kata2 ustaz zaharuddin dalam karyanya Diari Musafir "jangan berhenti berlari'.

Ramai kawan2 seperjuangan di sekolah kata aku macam lupa daratan, tetapi hanya allah sahaja tahu apa di hatiku. Untuk mengubah sesuatu, aku perlu korbankan banyak "sesuatu". 
Jarang pulang ke kampung halaman bukan bererti aku lupakan kampung tempat aku membesar, tempat aku belajar erti hidup, tapi misi untuk ummah itu didahulukan.

bacalah ia, sangat menaikkan semangat untuk terus menjadi khalifah Allah.
Ayat kedua yang best- 

ilmu secara teori tidak sama dengan secara praktikal.

Benar, ramai orang pointer tinggi tapi dalam medan kerja yang sebenar, mereka menjadi pasif. Aku semakin yakin, tidak Allah letakkan aku di dalam bidang fisioterapi ini dengan sia-sia. Pasti ada sebabnya. Walaupun aku tahu nasib aku untuk mendapat pointer tinggi sering dikecewakan, tapi rezeki Allah ada di mana-mana. Medan berpersatuan juga penting untuk develop soft skill untuk aku berkomunikasi dengan masyarakat kelak. Sebab itulah aku kena setuju dengan kata2 ini:

STUDY IS NUMBER ONE 
BUT
PREACHING IS NOT NUMBER TWO

Seimbangkan dunia dan akhirat.

* SEMAKIN BERSEMANGAT nak fly sebab mereka cadangkan aku untuk sambung bab massage and manipulation. And I can detect the strongest among my skills. May Allah ease.^_____^

baru sikit baca tapi sangat berguna. Kita kena tahu pemikiran orang hebat hebat supaya kita berusaha untuk menjadi terbaik macam mereka.


Friday, November 16, 2012

selamat pengantin baru, kawan.



Semalam 1 Muharram 1434M jiran sebelah rumah aku-SNF. Family kami panggil aku kakak, untuk dia "kak". Kak kahwin selepas tamat pengajiannya di UTP. Barakallahufikum. Ramailah orang kampung duk cakap baru habis belajar dah nak kahwin, kerja pun belum dapat lagi.

ish3...Inilah orang kampung, geram aku. Apa ingat rezeki tu dari manusiakah? Hei, rezeki itu dari Allah.. Sebab tu hangpa ni takut kalau papa kedana, nak fre semua benda, keberkatan takda, harap duit orang bagi cepat aja..
That's whylah anak2 sekarang tak macam dulu.. Kalau anak buat masalah, marahkan anak2, padahal silap ibu bapa itu.. hem, nak relate dengan banyak perkara, tapi apa yang boleh aku katakan, BACK TO BASIC. Akidah sejahtera, biar clear. Barulah hidup tenang, bersyukur dengan rezeki yang ada.

Ramai orang kampung bertanya pasal aku dah berpunya ke belum.Cikgu-cikgu sekolah rendah datang tanya aku dah "ada" ke. And ada ibu-ibu duk sibuk cerita anak mereka dah berpunya. Ish, macam bangga je. Inilah dunia akhir zaman, yang betul jadi pelik, yang batil jadi betul dan dibangga-banggakan. Allahurobbi. Mesti umi aku rasa tergugat sebab anak dia ini Free In Action. Oh, puhliz, kahwin belum tentu menjamin kebahagiaan kalau belum kahwin pun duk berkepit sana sini... Ko tunggulah azab Allah sebab langgar apa yang Allah larang. Kita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari... Tak usah nak bangga sangat..

Sekarang ini, prioriti aku belajar..
Mencongak diri mampukah aku untuk menjejakkan kaki di bumi Texas.. Texas Chiropractic College. Sambil nak cari jalan penyelesaian kepada scoliosis aku ni..

C shape, Right Scoliosis: Aku tak nafikan ramai orang ada mechanical back pain tapi tak tahu solusi. Aku ada big mission, lebih besar dari kahwin.


Rabbiyassir wala tuassir. Permudahkan aku Ya Allah walaupun aku tahu  aku tidak hebat untuk itu.. Tapi kun fayakun Allah tak mustahil kan? ^____^ Let's pray..

Jodoh itu ketentuan, tak perlu untuk aku cari, yang penting persiapkan diri untuk jadi ibu mithali. Insya Allah..


Kepada my beloved jiran sebelah:

1) Kamu yang mengajar aku meutup aurat di luar dan dalam rumah
2) Kamu yang mengajar aku kepentingan usrah
3) Kamu penyuntik semangatku hingga tahap sekarang (sebab kamu bersekolah di sekolah hebat, aku budak kampung)
4) Kamu banyak memperkenalkan aku mencintai ilmu
5) Kamu inspirasi aku untuk menjadi insan yang cerdik dan solehah

Harap kamu sentiasa dalam redhaNya walau kamu tidak pernah tahu apa yang aku sangat sayang dan kagumi kamu, walau kamu tak jemput aku untuk majlis itu, walau kamu marah umi aku sebab tersalah jahit baju yang diberi oleh insan yang sekarang sudah jadi suami kamu, walau kita sekarang semakin renggang, kamu sahabat aku hingga syurga. Insya Allah......



Tuesday, November 13, 2012

Pmulaan Semester 7

Tidur untuk kelas pertama:-( semester baru
Belajr reproductive system pun aku tidur,budak lelaki gelak2.
Sedikit putus asa dalam journey ini..
Let's replenish azi..^^

Ogos 2012

Hari pertama ramadhan,aku hafal surah al anfal 2:
14 ramadhan:mmg mudh igt bulan islam bila dalam ramadhan^^
Hem,ini kisah benar,merentasi asam garam kehidupan..Hati sedih bercampur sayu mengenangkan seperti asiah mpertahankan akidah dikelilingi kezaliman especially firaun.Allah Almighty. The JUstice will be appear.. Allah Allah Allah

The true story is..
Hari ini result exam keluar,3.09-really sad!air mata tak berhenti bergenang. Ingin dicerita kisah hidup buat teladan. Pointer ni kalau naik xpe tapi kalau turun serius sush nak naik.y aku pelik,cgpa maintain sem leps,xnaik.Ya Allah dugaan apakah ini?em nak relate dgn surah tu.
Aku seharian asyik berfikir mengapa result aku d degree sebegini teruk?mane kcemerlangan y lalu?melihat kawan2 y fly sana fly sini,dpt praktikl kt london,cipta vitamin u org kwasyiokar,kenapa allah letakkan aku di fisioterapi?
Sangat sedih dengan lecturer muda who is easily failing the student without any profesional reason.serius!!aku tengok CI bagi A praktikal exam 8jam kredit,tp result keluar B+.betapa jauh pointer beza..aku yakin kawan2 aku yang lain lagila..hem..Shud be i'm not interest with physio,but positive thinking, kata 'insan' itu y mmg aku dh jatuh thiqah pada dy(apepn ambil y dikata bkn pndg pd y bkata) mnusia diciptakan untuk manusia. Allah tahu yang terbaik.
Sangat terkilan dengan kebaikan JPA,pgorbnan umi menjahit siang malam,pgorbnan papa dgn kereta bertukar jenis,role model u siblings, tapi inilah realiti kehidupan. Inilah pjuangan kmunck aku as a human i wonder tp xsemudh itu.

Tinggalkan sbentar pasal result,risau dengan pandangan keluarga.
Kata umi "patutlah result turun,kuat sangat berpersatuan"
"Em warak sangat ni knape?rimas tgk org pkai tudung dlm rumah"

Cabaran cabaran cabaran
Dugaan dugaan dugaan

Ke mana arah hidup?

Bismillahirrahmanirrahim..

After all sort of things happened into my life, I need to "islah". 

Beberapa hari lagi usiaku bakal menjangkau "22" tahun.. OMG, setelah dua tahun aku menerima tarbiyah (bermula dari saat usiaku hampir menginjak 20 tahun sehingga hari ini), jujur aku katakan, aku tidak tahu apa yang telah aku sumbangkan untuk islam. :_(

1) Slave of Him
- Fikiranku masih melilau entah ke mana.
- Sering lalai mengingatiMu
- Sering melanggar sunnatullah untuk mencapai syariatullah. That's why lah aku tak dapat apa yang aku
   nak.:-(

2) An Ummah of Rasuluullah S.A.W.
- Umat ini makin melupakanMu, tapi aku sekadar memandang kosong.
- Aku masih tidak mampu melaksanakan semua sunnahmu 
- Aku mengharap syafaatmu tapi aku tidak berusaha untuk mendapatkannya.
- Aku tahu study is number one but preaching is not number two but still aku takleh seimbangkannya.(hari ni  aku test exercise for elderly-focus on keseimbangan badan. Badan aku seimbang without fall tp otak aku ni..allahurobbi..)

3) Fisioterapi
- Tahun akhir dah aku ni rupanya tapi ilmu macam tak tahun akhir pun.
- Seringkali aku memikirkan benarkah ini pilihan atau memang ketentuan.
- Aku suka bidang ni tapi ketidak "cerdik" an aku menyebabkan aku berfikir berkali- kali
- Umi and papa mengharapkan aku tapi aku duk lagha
- Actually and seriously aku ulat buku, dulu  berjam2 aku study dengan khusyuknya tapi sistem ini  menjadikan aku begini. Asyik asigmen sahaja tiada masa aku dengan buku.
- Apapun aku yakin, biarlah tak dapat kerja yang dicita-citakan, at least aku boleh merawat ahli keluarga.

- Ramai orang kata keje fisio ni juz urut2 orang or ajar exercise je. Orang tak tahu keseluruhan fisio. Stop insulting, start asking. if tak, takdenya kawan2 yang pointer tinggi di matriks duk repeat paper yang kami ambil. Orang bersalin, orang tua, kanak2 hyperactive, sakit melibatkan musculoskeletal, neuro, respiratory, kami juga yang treat kalian. bukan untuk orang yang sihat shj.

Walaupun aku tidak cemerlang, mohon Allah masih sudi tunjukkan jalan . Asalkan aku jadi orang beriman.

That's why lah Allah kata mengapa kamu kata kamu beriman  tapi bila diuji kau angkat kaki.
Tapi aku still tak boleh terima kenapa 4 TAHUN ini aku masih di tahap ini.:_(

Aku takut hadapi masa hadapan tapi aku tak ragu-ragu dengan rezeki Tuhan.


4) Masyarakat dan semua

-Jujur juga aku kata, aku paling benci deal dengan manusia tapi Allah tarbiyah aku menjadi ketua untuk  sekumpulan manusia dan aku kena bercampur juga dengan manusia. Reason: sebab aku dai'e bukan tin kosong yang kuat bunyinya apabila diketuk tapi apabila dibuka, kosong isinya.
- Aku takut, orang sekeliling memandang tinggi akan status "mahasiswa"ku tapi macam Allah pandang sebelah mata kat aku sebab aku degil.

5) Bakal suami dan anak-anakku
- Aku masih berusaha untuk mempersiapkan diri untuk menjadi rujukan/idola/solehah n so on untuk kalian. - - Aku berusaha untuk menjaga diri sebab Allah kata perempuan yang baik untuk lelaki yang baik n vise versa. So aku tak nak nanti dapat suami yang ntah ape2.
- Aku yakin anak yang solehah dan bijak bermula dari pembinaan diri aku as mother of them dari sekarang bukan sewaktu dalam kandungan. So, serius aku tak berminat nak kenal dengan mana-mana lelaki sebab aku memang tak reti jaga ikhtilat. So, cukup sekadar yang ada depan mata hadap je, yang takde kaitan jangan cari pasal.


Dulu ada senior kata aku kahwin umur 21(guna yang rantai ape ntah-yang khurafat tuh-) tapi tak betul pun,aku dah nak masuk 22. So ianya tidak benar sama sekali maka aku stop searching, start preparing. Pastikan bakal suami bukan manusia yang aku kenal. Insya Allah. (harapan akula, kot yang kenal.itu namanya jodoh)

target seterusnya-25 tahun. Mood gatal aku dah habis, aku nak serius cari ilmu, buat harta untuk agama.

Post yang next, aku taknak sibuk pasal diri tapi aku sibuk nak tambah pahala.Insya Allah.

Selamat menyambut aWAL mUHARAM. JOM ISLAHKAN DIRI DEMI ALLAH DAN RASULULLAH.



aku dah penat jadi racun perosak, aku nak jadi budak baik sebab Aku dah tua untuk itu.

tak nak cyanide, boleh terima magnet, nak jadi ARALE CHAN eh bukan juga. ni hah nak jadi

Ordinary Student Extraordinary Muslimah (OSEM)
may Allah ease.

14/11/2012
0253 -MEJA STUDY rumah sewa puncak Alam

Tuesday, October 2, 2012

serius,allah sayang azi


Akan sampai satu masa kita akan memikirkan semula apa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan yang singkat ini. Sudah tentu banyak perkara-perkara bodoh yang kita lakukan. Tak mengapa, memang itu yang perlu kita lakukan.

Proses pembelajaran.

Selagi bernafas kita akan terus melalui jalan beranjau. Kita akan bertemu dengan pelbagai watak. Akan ada watak yang membantu mengindahkan perjalanan kita. Namun ramai juga yang hanya menjadi duri.
...

Itu pun tak mengapa kerana jika tidak tiada cerita kehidupan kita ini.

Teruslah berjalan.. Kehadapan.. Jangan toleh belakang lagi..

Sunday, September 30, 2012

kematian yang pasti


27 september 2012, 8 malam

Aku mendapat panggilan dari papa, menceritakan ayah cik masuk ICU d hospital taiping dan meninggal dunia after maghrib akibat serangan jantung mengejut. Innalillahi wa inna ilaihirajiiuuunn. Papa ajak teman gi ipoh sebab takde saudara mara yang boleh uruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Peramu, Kuantan. Jadi, dalam pukul 8 (terlepas nak gi dengo d alfurqan), aku pun pergi Jinjang ambil papa and get ready nak gi Ipoh, Meanwhile, tunggu mama,along and mok de dating dari Kuantan. Tiba-tiba dapat panggilan tak payah pergi sebab geng polis dah settlekan, konvoi polis hantar arwah balik kuantan..hem, lagipun mok cik n ayah cik orang besar IPK Ipoh. Tapi..

Kami tidur di R&R temerloh sebab mengantuk sangat, papa tak larat nak drive sekitar 3 pagi and sampai kuantan 5.15 pagi. 8pagi kami keluar ke Masjid Indera mahkota dan konvoi polis dengan siren2 sepanjang perjalanan. Em, istimewanya polis. Adakah sama status VIP di dunia dengan akhirat. EM,, Aku pulang ke Kuantan meninggalkan program iftar dan usrah dengan satu harapan. Agar mereka-mereka ini temui jalan pulang. Dakwah melalui penampilan mungkin sudah memadai.:-( Kerana aku tahu, mereka ingin berubah tetapi tidak tahu bagaimana dan kemewahan dunia yang menjadikan mereka begitu.

Pengajaran 1- Ramai geng polis sewaktu pengebumian. yang peliknya, wanita memakai jubah hitam dan bercermin mata hitam-em, berkabung memang begitu? Umi kata, better pakai putih. Aku pun tak faham. 

Terfikir, kalau jadi pendakwah, meninggalkan legasi pada ummah, pahala mengalir.. Masa pengkebumian pun kita boleh nilai. Contohnya macam arwah ustaz fadzil nor, pilot pun masuk islam bawa jenazah dia, penuh muslimin dan muslimat datang dan menangisi pemergian lagenda ini..^^ azi kena jadi begini.^^


Pengajaran 2- Kematian sesuatu yang pasti, ijazah yang aku kejar ni masih belum pasti. Arwah meninggalkan semua tanpa sebarang tanda. Aku tengok wajah arwah putih dan cuaca pun mendung je hari tu. Amalan seseorang tu,kita tak tahu, hanya allah yang tahu. Jadi, aku mesti berusaha persiapkan diri. p/s comel je ika pakai tudung, menutupi dada pula tu. Cantik kamu. Jika begitu berterusan kan bagus. Moga Allah campakkan hidayah.:-)

Pengajaran 3- Mama cerita, anak anak arwah tak suka mokcik as stepmother tapi mokcik sangat baik dengan aku. Hanya tahu minta duit je. Em, no comment. Tapi, aku rasa memang tak patut. Umi tak ajar aku begitu. Hidup bukan untuk berdendam, berpaksi fitrah kebaikan, lakukan kebaikan biarpun dikutuk orang. Allah menilai dan memandang apa aku buat.

Pengajaran 4- Nak masuk masjid pakai tudung, keluar masjid tak pakai tudung. Ajaran apakah ini?

Cerita sampingan: Malam majlis tahlil, pak andak menangis. Susah doh nak tengok orang lelaki menangis. Dia dah berubah sejak arwah mok tua meninggal (papa cite la) Tapi mak andak “macam” tak suka sangat aku kot. Dah cukur kening, pandang sebelah mata je orang lain. Hem, terpulang. Moga allah bagi hidayah. Yang nak cite nya, Aiman gaduh dengan anak pak andak –Najmi. Alah, WWF budak2 ape sangat la kan. Aiman dengan sengih sengih kambing dia tu bila aku kata, jangan. Tiba-tiba Najmi nangis. Ha, selok doh. Aku tanya nape Aiman buat Najmi sampai nangis, Aiman dengan slumber badak jawab. “Aiman bagitahu Najmi, dah ko orang UMNO, aku orang PAS, memang patut pun kita gaduh” Hahahaha..Apela adik aku sorang nih. Selok sep kami gelak. Kecil kecil dah pandai. Padahal bukan tahu pon, game Ipad die je dia tahula. Teringat sampai sekarang.^^

Cerita lain.

Balik Kuantan, mama mengamuk angah pergi disko, ada orang report. Angah kata, dia pergi jumpa kawan. Aku percaya dua adik lelaki aku ni, di mana pun bumi dipijak, dia tak terpengaruh. Macam ikan tawar di laut masin.. he.. Tapi aku- di mana bumi dipijak di situ Islam akan tersebar.. Insya Allah, moga istiqamah. Azi Koya.

Ponteng usrah, iftar, Kuliah Thaqafah sem ni. Mengamukla sep Tarbiah. Biarlah, buat keje sebab Allah..^^



Tuesday, August 7, 2012

hidup so sweet

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
 Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

Benar al ankabut :2 Do men think that they will be left alone and saying, We believe, and not be tried?

Diamkan aku Ya Allah dari bercakap tentang kelebihan yang Kau pinjamkan kepadaku

Sabarkan aku Ya Allah dengan sikap keluargaku yang pandai bercakap tapi marah pula bila kita nak berubah :-(
 
Susahkan aku Ya Allah dengan tarbiyahmu agar aku tidak mudah terpedaya dengan kesenangan dunia
 
Dugalah aku Ya Allah mengikut kesanggupanku supaya air mata mengalir menagih redhaMU

Ikhlaskan aku Ya Allah dengan perjuangan ilmu dan dakwah ini biarpun pedih untuk aku menerima..

Biarlah kawan2 memperlekehkan usahaku- kata mereka "kenapa dulu hebat dengan akedemik tapi di universiti, makin labuh tudung makin tidak outperform"- ikhlas ikhlas ikhlas sabar sabar sabar sabar
Tawakkalkan aku dengan pergantungan yang kuat kepadaMu melalui ujian yang perit ini... akedemik vs papa vs umi vs mama vs siblings vs saudara vs sahabat seperjuangan vs tarbiyah vs dakwah vs siasah..

Redhailah aku dengan ketentuanmu...

aku beriman dengan qadha dan qadha'mu

Monday, June 11, 2012

ho ho ho balik kampung

bismillah...^_^

Pulang ke kampung selama 3 hari..sepupuku kahwin...dapat sesuatu input..

kena tegur tak pakai stokin after hujan masa majlis kahwin, fre je ceramah secara halus oleh orang yang biasa biasa saje..Allah memang sayang hambaNYA..hi..*_*

azwan bawa kereta laju giler semata mata risau dekat bukit grik..aku memang tak tidur..kena brainwash dengan azwan tentang pemanduan berhemah, nikmat islam, ceramah fre lagi..

em tarbiyah untuk diri..

allah tutup hijab pemandangan sampai tersesat dekat latar padahal dah berpuluh kali lalu situ, hikmahnya terjumpa mama dekat r&r tapah..kalau tak sesat memang tak jumpa..em^_^

badan manusia memang lemah, jangan terlampau berani dan balik lewat malam, 2 bulan kot mende tu dalam badan..patutlah mimpi binatang jadi manusia la,malas nak baca al quran la and so on..em...^_^

poksu beria benar sep3 puteri umno yang merah segala bagai datng rumah..ish4...aku buat xdengar jo..

em sedikit merapu..

sepupu baru tutup aurat dalam rumah, ada geng..^_^ alhamdulillah...


peringatan bersama:
kalau dah jodoh tak ke mana..
orang baik2 untuk orang baik2..he..
bukti dah ada depan mata..
allah sayang saya..
bila bersendirian, ingatlah allah..
terasa nak menangis masa singgah masjid saujana utama, kupasan akidah islamiyyah karya as syahid imam hassan al banna...

Benarlah, kebenaran itu suatu yang sukar difahami oleh orang yang tenggelam dalam kegelapan.. 

my beloved-youngest sis





cyanide,1427
psb aras 5 





Wednesday, June 6, 2012

Ikhtilat

Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.

Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari."
(HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."
(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.


Apa itu ikhtilat?
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.

Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,

Dah makan ke?

Tengah buat apa tu?

Esok nak pakai baju warna apa?

Dah tidur ke?

Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Sabda Rasulullah SAW,

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."

Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.


Ingat pesan Nabi,

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),

Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),

Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),

Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),

Hati itu berhawa dan berangan-angan,

Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.

Allah SWT mengingatkan kita,

"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

Sabda Rasulullah SAW,

"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)

Ustazah Fatimah Syarha :)


- Artikel iluvislam.com
Bismillahirrahmanirrahiimm..

Ingin share sesuatu... Seminggu cuti,balik kuantan^_^ siyes sangat sedih..dunia hari ini makin teruk,rancangan tv entah ape2 je.alih3 adik2ku yang kevil sementot tu turut tpengaruh.em, moga istiqamah dengan jalan ini..

Pulang-iman turun.. Ya allah serius banyak benar tidurnya..rasa malas untuk buat kerja2 penyambung mata rantai perjuangan rasulullah..setan ni memangla..

Cerita dekat acik cerita matrix,kenangan silam untuk dia stop coupling,stop waste the time,stop maksiat hati..alih2, hati aku yang tak terjaga. Hari yang aku brainwash adik kesayangan siap dengan dalil lagi,mama bawa pulang tart telur banyakla juga. Apa tunggu lagi,xsempat adik makan aku dah abes 2 tart. Alih2 teringat sorang 'budak' yang suka tart.Hermmm,syaitan dah cucuk jarum.tension..dah baca alquran,dah bangun malam,still kot!! Ya allah memang diuji..

Datang puncak,cerita dekat bell,ha amek kau kena basuh dengan orang yang lagi muda dari aku..dakwah tak mengenal usia and itu untungnya bersahabat dengan mereka yang soleh..^_^ hihi..

Conclusion:
1)takyahla kata xnak buat kerja dakwah nanti engkau yang rugi,nanti allah gantikan dengan yang lebih baik,kau yang ternganga.
2)bila buat kerja islam masa terisi,dekat dengan allah,setan pon takut,plg penting asyik busy hingga lupa pasal cerita lama itu,kenangan tart telur n so onla..^_^
3)jadi,kau insan tpilih azi,persiapkan diri dulu,sibukkan diri mengenal allah nanti allah kenalkan engkau dengan yang selayaknya.^_^
4)allah dah bagi hidayah,jangan buat2 tak tahu.allah timpa bala baru kau menyesal.ingat, untuk apa kau dicipta?


Em,ali imran 104+110 jawapannya..

Jom,banyak baca alquran, jom kita bakar setan!!!

Monday, June 4, 2012

takutlah akan dosa



Mundurnya umat Islam zaman ini adalah kerana terbelenggu dengan dosa dan maksiat. Dosa bukan lagi satu perkara luar biasa, tetapi menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.



Satu ketika dahulu, bilamana Abu Zar Al-Ghifari mengeluarkan kata-kata yang mengutuk Bilal bin Rabah dengan panggilan ‘budak hitam’, setelah ditegur oleh Rasul s.a.w., beliau cepat sekali terasa begitu bersalah sekali dengan apa yang dilakukannya sehingga beliau sendiri meminta Bilal memijak mukanya untuk membalas tindakannya itu kepada Bilal.

Bahkan, zaman itu, susah sekali untuk dijumpai orang yang berzina. Kalau ada yang berzina, mereka datang mengaku kepada Rasul s.a.w. Walaupun sebenarnya, tidak menjadi masalah kalau mereka tidak berjumpa dengan Rasul s.aw. dan bertaubat.


Tetapi, kerana iman yang ada pada diri mereka, menyebabkan mereka rasa diri mereka begitu berdosa sekali, sehingga meminta Rasul s.a.w. menghukum mereka.


KITA, DI MANAKAH HILANGNYA SENSITIF TERHADAP DOSA

Saidina Umar adalah antara para sahabat Nabi yang cukup berhati-hati dalam memelihara dirinya dan rakyatnya daripada dosa.

Suatu kisah yang sangat maaruf dalam kalangan kita, ketikamana Saidina Umar mengadakan lawatan secara senyap untuk melihat keadaan hidup rakyatnya pada waktu malam. Bila tiba di sebuah rumah, didapatinya ada seorang wanita sedang masak sambil anak-anaknya menangis teresak-esak menanti penuh kelaparan akibat sudah tidak makan beberapa hari.
Rupa-rupanya, suami kepada wanita itu adalah salah seorang tentera yang dihantar oleh Saidina Umar dalam sebuah peperangan. Saidina Umar berasa sangat berdosa kerana membiarkan keluarga itu dalam keadaan begitu. Sehingga beliau sendiri yang mengangkat barang makanan dari gedung makanan untuk diberikan kepada wanita itu.


Tak cukup dengan itu, beliau meminta lagi daripada wanita itu agar tidak mendakwanya di akhirat atas kesilapannya itu.
Sensitifnya beliau dengan dosa. Bahkan ketika beliau menghantar satu batalion tentera Islam untuk berperang, beliau telah berpesan kepada panglimanya, iaitu Saad bin Abi Waqas :

“Aku memerintahkan kamu dan mereka yang bersama-sama dengan kamu supaya menjauhkan diri dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi bagi orang-orang Islam.”


Maka, dengan kerja kerasnya Umar dan para sahabat Nabi menjaga diri mereka daripada dosa, apa yang telah Allah anugerahkan untuk mereka di zaman itu?


Allah tundukkan dunia di tangan mereka.
Allah tundukkan dunia di tangan mereka.






KETIKA DUNIA MENGUASAI JIWA KITA

Berbeza pula dengan kita hari ini. Ketika dua kuasa besar ditundukkan di bawah pemerintahan Umar, kita pula hari ini terpaksa tunduk kepada jahiliah yang menjadi kuasa besar dunia.

Kita terpaksa tunduk dalam banyak aspek. Dalam gaya hidup, ramainya antara kita yang berkiblatkan Barat. Apa-apa sahaja ideologi baru yang diasaskan oleh Barat, cepat sahaja tersebar dan meresap ke dalam budaya hidup masyarakat Islam.

Ketika Barat menghalalkan cinta dengan berpegangan tangan, berpelukan sebelum kahwin, masyarakat kita pun melihat itu adalah suatu yang baik juga.
Ketika Barat merayakan Valentine sebagai hari kekasih sedunia, sebahagian umat Islam terkinja-kinja ikut merayakannya yang tanpa sedar telah mengundang dosa.

Kita lemah kerana dosa-dosa dan maksiat yang mengiringi kita.Kalau suatu ketika dulu, Allah tundukkan dunia ini untuk generasi awal Islam, tetapi hari ini Allah membiarkan kita tunduk kepada dunia kerana jiwa kita telah dikuasainya.

Bagaimana mungkin kita mampu menguasai dunia, sedangkan kita pun sama sahaja dengan orang yang bukan Islam, tidak berhati-hati dalam menjaga diri daripada dosa.


Mereka bermaksiat dalam keadaan mereka yang tidak Islam, tetapi kita bermaksiat dalam keadaan kita telah menerima Islam. Manakah yang lebih teruk antara kita dengan mereka?

Sudah tentulah kita.

Sebab itulah, Allah menyekat dunia ini daripada berada di bawah genggaman kita kerana bilamana kita tidak berusaha menjaga diri daripada dosa, kita sebenarnya menjadi lebih teruk dari mereka.

PENUTUP : RISAU DAN TAKUTLAH DENGAN DOSA

Tentera-tentera pemanah dalam Perang Uhud yang mengingkari perintah Rasul s.a.w. dengan turun dari bukit Uhud itupun telah mengakibatkan Allah menguji mereka dengan sedikit kekalahan dalam perang itu, bagaimanakah kita yang lebih besar dosa dan maksiat kita kepada Allah?

Telitinya para sahabat Nabi s.a.w. dalam menjaga diri mereka daripada dosa, tetapi longgarnya kita di zaman sekarang dalam memandang dosa.

Memang tidak dinafikan kita semua tidak akan terlepas dari dosa. Tetapi, bukan mudah-mudah begitu sahaja untuk kita terjatuh dalam dosa. Sebab itu Allah kurniakan akal dan hati kepada kita supaya kita berfikir dan menilai baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Teliti dan rasa Allah sentiasa ada memerhatikan kita. Itu yang perlu dalam diri.
Bila kita ringan-ringan dengan dosa, maka Allah nanti akan ringan-ringankan jalan kita ke neraka. Tetapi bila kita teliti menjaga diri daripada dosa, maka pastinya Allah akan mudahkan jalan menuju syurga.

Risau dan takutlah dengan dosa.

Kerana dosalah, kaum Ad dan Tsamud dibinasakan.Kerana dosa jugalah, Allah menghukum bani Israel menjadi kera.Kerana dosa jugalah, Allah menghilangkan rasa gerun dari musuh kita terhadap kita.

Bangunlah dari kehinaan dan bersihkan diri dari kotoran dosa !

renungan buat diri yang macam makin nak lagha.. :-(

cyanide, 1427 bilik study psb aras 5

Thursday, May 24, 2012

dakwat kehidupan

bismillahirrahmanirrahiimm...

Semalam last usrah bersama ustaz A. Em, sangat terasa kerana hampir setahun dapat naqib yang sangat critical thinking, soalan yang keluar seringkali tak dijangka and the answer macam kita tahu tapi ada cerita di sebaliknya..itulah yang boleh ana katakan mengenai naqib yang mantap ni..Harap2 boleh jadi seperti itu ^_^..
Usrah yang belajar banyak perkara tentang islam...^_^ kena jadi mukmin bukan muslim..

Apapun, perjuangan mesti diteruskan, kupasan last- mesti jadi proactive bukan reactive, nak jadi pemimpin mesti sabar + kawal marah + bersangka baik n etc.. nanti akan dikupas..

Cuma nak share:





Sedekah merupakan amalan yang amat dianjurkan di dalam Islam. Islam menganjurkannya bukan sahaja untuk mengimbangkan jurang golongan miskin dan kaya di dalam masyarakat semata-mata, malah lebih dari itu ia mendidik keyakinan dan pegangan aqidah umatnya akan kekuasaan Allah swt.

Manusia pada kebiasaannya merasa sayang untuk memberi sesuatu tanpa menerima sebarang pulangan, kerana merasa sayang pada apa yang dimiliki. Namun dalam aqidah Islam, yang memberi dan mencukupkan itu adalah Allah. Segala yang dimiliki dalam tangan adalah hak mutlak Allah, dipinjamkan dan diamanahkan kepada manusia untuk mengurusnya, maka menjadi hak Allah untuk menarik kembali, menambah, malah mengurangi segala itu.

Maka, asas yang paling penting dalam amalan bersedekah adalah keyakinan ini, sedekah yang dilakukan tanpa menjadikan keyakinan ini sebagai asas boleh bertukar sia-sia. Bagi mereka yang bersedekah ikhlas kerana Allah swt, Allah menjanjikan balasan berlipat ganda sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran;

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuah tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:261)


Terdapat satu silap faham yang amat meluas dalam masyarakat Islam pada hari ini, iaitu menganggap sedekah hanya pada menginfakkan harta berbentuk material atau sesuatu yang bernilai (tangible). Ini adalah salah faham dalam mentakrifkan harta dalam Islam.

Harta di dalam Islam ditakrifkan sebagai sebarang kelebihan, kepunyaan, ilmu dan lain-lain yang berada dalam possession (penguasaan) kita. Ia boleh ditakrifkan sebagai wang, barangan, masa, idea, pertolongan, tenaga, senyuman dan pelbagai lagi. Titik persamaan dalam segala ini ialah ia memudahkan, menyenangkan, menenangkan manusia lain yang menerimanya.

Apabila Allah berjanji untuk melipatgandakan segala yang diberikan ikhlas keranaNya, balasan Allah itu boleh datang dalam pelbagai bentuk jua, ia boleh jadi masa yang amat berkat, membolehkan kita menyelesaikan segala urusan dengan baik. Boleh juga hadir dalam bentuk bantuan-bantuan manusia lain di saat kita kesusahan, dipertemukan dengan orang-orang yang baik dan ikhlas dan pelbagai lagi.

Agak pelik apabila manusia yang memberi sumbangan dengan wang mengharap simpanannya dilipatgandakan, mengharap gajinya dinaikkan majikan dan pelbagai lagi. Hal ini berlaku apabila seseorang mengaggap wang dan material yang menjamin kemudahan hidupnya, kecukupan itu adalah dari Allah, bukan tingginya harta simpanan kita

“Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), serta mendustakan (pahala) yang terbaik, maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan). Dan hartanya tidak bermanfaat baginya apabila dia telah binasa.” (al-Lail:8-10)

Di antara tanda-tanda orang yang memberi sedekah tanpa ikhlas hatinya kepada Allah swt adalah mereka ini memberi dan mengungkit-ungkit akan pemberian itu.

‘Kau dulu kalau aku tak tolong, apa jadi sekarang?’

‘Dulu, kalau aku tak buat pinjaman untuk ubah suai rumah ni, macam tongkang pecah lah jawabnya.’

‘Itu semua idea aku tu, kalau tak projek kau ni takkan berjaya punya.’

‘ Kau dulu waktu kau tiada kerja, aku tolong kau, macam ini kau balas kat aku?’

Kata-kata seperti di atas itu umpama menuntut balasan dari manusia akan segala yang diberikan kepada mereka. Maka sedekah mereka di waktu itu bukan lagi di atas niat kerana Allah, matlamat untuk memperkuatkan keyakinan kepada Allah itu sudah tiada, keyakinan bahawa segala kelebihan yang dimiliki di waktu itu kerana Allah telah hilang.
Allah mengingatkan kita;

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al Baqarah:264)

Amalan sedekah mestilah didasari di atas keyakinan yang mutlak bahawa yang akan mebalas ini adalah Allah dan hanya Allah. Apa balasan yang akan diterima serahkan sahaja kepada Allah, jadikan sedekah itu sebagai latihan untuk meyakini kemurahan rezeki dari Allah swt.

“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (al Baqarah:265)
Kesimpulan dari apa yang dibincangkan di sini ialah;

1. Memberi mesti ikhlas kerana Allah, iaitu membina keyakinan terhadap keberkatan rezeki.
2. Sedekah bermatlamat bukan semata untuk kestabilan sosial, tetapi juga dalam melatih hati dan menetapkan aqidah dengan lebih kuat.
3. Sedekah tidak terhad kepada harta material semata, sedekah adalah amalan yang boleh diamalkan semua orang walau tidak berharta.
4. Jangan sesekali merosakkan sedekah dengan mengungkitnya, cukup berharap balasan Allah semata.

copied by my naqib:
cyanide fasa3 p.alam
1851