Saturday, August 24, 2013

12 ramadhan




Tazkirah malam ini. 

Ada seorang pemuda. Dia yang paling last masuk syurga. Sewaktu berada di hadapan pintu syurga, dia lihat syurga seakan-akan penuh. Tiada tempat buatnya untuk didiami. 

Dia pun pergi mengadu dengan Allah. “Ya Allah, syurga sudah penuh. Tiada tempat untukku”. Lantas Allah menjawab “Masuklah dulu”. (gitula lebih kurang ayat).

Dia pun kembali ke pintu syurga. Tak jadi masuk juga sebab penuh. 3 kali pemuda itu berulang-alik dari pintu syurga kepada Allah. Allah tetap memberikan jawapan yang sama.

Lastly, pemuda itu pun masuk ke dalam syurga. Terkejut dia tengok. Rupa-rupanya, orang ramai yang dilihatnya itu jauh lagi dihadapannya.

Sebenarnya, kediaman pemuda itu di syurga 10x ganda bumi!! Jauh lagi orang lain di depannya itu.
Besarnya!! Itupun dia dah bangga. Padahal dia duduk di syurga paling bawah.
Haa.. bayangkan kalau syurga orang yang atas2.. Bestnya......

Ha azira, nak masuk syurga? Jadilah ghuroba’. Nih, nak sahur rumah ma pun risau nak pakai tudung ke nak pakai tuala nak cover kepala kot2 depa kata alim sangat. Hek Eleh. Tu belum menda lain. Aurat baru tue. Adehla.. Susahnya... Sebab yang betul itu pelik, maka orang pandang aku pelik. Takpe2, sebab syurga itu manis ^^ Syurga itu best...
Teringat adik tegur masa after main tali skipping, aku nak naik basikal. Adik tegur “kakak, nak gi mana. Tak pakai tudung tuh”. 3x dia duk repeat suruh aku masuk ambil tudung. Padahal nak main depan rumah je tu. Bagus adikku ini. Besar nanti hang jangan jadi macam acik. Padanlah di neraka ramai golongan wanita. Harap, ku bukan dari golongan itu.




stranger^^

11 Ramadhan


Fasa kedua :fasa pengampunan dari Allah.
Hari ini Farhan yang bagi tazkirah. Pasal fasa kedua ramadhan nila. Untuk mendapat keampunan Allah, kena banyakkan istighfar. Tetapi, kita ada penghulu istighfar yang apabila dibaca waktu pagi, Allah ampunkan dosanya sehingga petang. Apabila dibaca waktu petang, Allah ampunkan dosanya sehingga pagi esoknya. Sayyidul istighfar namanya.
Ada dalam mathurat ^^ Allahumma antarabbi ...

Nih:dengarla.. Sejuk hati. Moga Allah ampuni dosa-dosaku yang lalu. Dosa-dosa sebelum hidayah Allah menyapa. L Insya Allah.

sama sama amalkan^^



hometown:TM





UNTITLE



Kampungku ini special. 

Kami solat terawih di surau yang kecil. 

Kami kelantanese menyebutnya “balasoh.” Balasoh yang aku pergi selang sebuah rumah jiran, diimarahkan hanya bila bulan puasa. (berbeza dengan suasana Puncak Alam, Kuantan and tempat aku dah pergi, surau memang selalu diimarahkan walaupun bukan bulan puasa). Hem, menunggu daie yang soleh untuk keamanan kampung ini. Ingat, ini kawasan UMNO. Hik3.

 Azan berkumandang baru aku take ablution dan pergi terawih.Tak ramai yang datang. Tapi meriahlah dengan kanak-kanak yang menjadi suara latar masa sebut “sallallah, wasalamu alaih” tu. Tapi, part yang best, slot tazkirah. Sayang nak tinggal terawih sebab tazkirahnya best! : Short and simple but meaningful.

So, nak sharela ni.
^^

RAMADHAN




9 -10 RAMADHAN

18-19 JULY 13


Lewat tengah hari, aku dan Azwan meninggalkan Kuantan menuju ke Kelantan. Kami singgah di Terengganu, berbuka puasa dan bermalam di sana. Dungun tempatnya, kediaman ibu saudara yang sentiasa bersama walaupun sewaktu “mereka” tidak mempedulikan kami sewaktu kecil dulu. 

Esoknya, kami menuju ke Bukit Payung, kediaman tokki dan tok. Tokki sudah tua. Walaupun masih mampu berjalan, tetapi tokki mengalami hypertension yang tidak terkawal. Mokcik kata tokki dalam bersedih. Rupanya sedih kerana papa sudah lama tidak pulang menjenguk. Mujur kami pulang, terubat rindu sekeping hati yang merindukan anak dan cucunya. Bila aku call papa, menceritakan keadaan tokki, baru kelihatan papa bersungguh mahu pulang. Hem, mohon bila kalian lanjut usia, aku sentiasa memberi perhatian. Tanggungjawab pada ibu bapa:pintu keberkatan kita.

xde kaitan dgn stori mori





Sampai Kelantan ikut highway baru, sekejap saja. 2 jam lebih. Sempat membeli juadah berbuka. Apa punya adik, dia sibuk tengok baju bundle, aku yang beria beli barang rumah. Memang dah tahu, balik nanti confirm banyak barang xde. Umi sibuk dengan kain, rumah confirm macam jualan lelong kain. Sampai rumah : betul! Aiseymen.. Line tenet memang kekura, jadi memang hibernate la duk kampung gak.. Tolong umi kelim kain, letak hook n so on. Sejak bila aku bertambah soft skill.keh3.. Rasa sayang pula dengan kampung ini.^^

Sepupu-sepupu yang bagus:belanja aiskrim+ajar maths+concern  semuanya.



THIS IS PANTAI TIMUR

Papa anak kelahiran Terengganu

Umi anak kelahiran Kelantan

Aku and siblings were born at Kuantan, Pahang, grew up at here:TM^^