Saturday, March 16, 2013

Jengka made angah

bismillah..

Angah pulang ke rumah..
Omey omey.. hehe..
Sewaktu kami pulang dari Kuantan Parade semalam, achik bertanya kepada angah.

'Angah, cantiknya perempuan ni." sambil menunjukkan gambar lecturemet die kot dalam Canon tu.

Angah replied, " cantik mende, jerawat saje."

Acik kata cantikla.. Angah menjuihkan bibirnya sambil memandu.

(G KP sebab simkad papa sangkut dekat iphone karat aku. Papa bagi handset baru.. exchange dengan papa.. Thank you Allah.. ^___^)

Islam dan teknologi.. dakwah biar kencang!!


Then, aku duk siapkan discussion untuk thesis. Serius pening dengan point muscular endurance. Layan ceramah UAI dengan Ust Haslin dekat Kuantan ritu. Angah tanya- ustaz apa ni kak? Dia suka nyanyi eh?

Aku.. a ah.. best angah..
Aku pun masuk bilik, angah datang.. Kak, copy dalam pendrive eh. Angah nak tengok nanti.

Aku.. eh? okk..

al quran even 1 ayat

ramainya Stadium Darul Makmur!!

 Then, masa tengok TV, kakak, angah dah hafal al mulk 26 ayat. 6 ayat left. ustaz kata baca sebelum tidur.

Oh..

"Angah join psatuan masjid. (xsure apa nama full persatuan dia) Kami kena hafal yasin, al mulk and so on. Yasin dah hafal."

Aku: alhamdulillah.. keep on angah..^___^

Teringat di pondok..
Moga redha Allah mengiringi perjalananmu.. Aku tidak akan menegur jika akidahmu belum sejahtera. Aku hanya menasihati tiangnya..

Jika elok akidah maka eloklah the rest..

duduk tengah panas manjang.. ginilah jadinya..^^

suka belajar pathology pokok. if, aku subjek clinical pathology la killed my result.

kuantan:1549. 16/3


Thursday, March 14, 2013

Jangan berpecah sahabat. :_(

Bismillah..

Selamat sampai di Kuantan. Hari ini mereka promo reummahfication return. Aku duk rumah. takde pahala buat ko. serve u right.

Jujur jujur jujur.

Aku tahu fb itu membunuh masa tapi aku selalu update fb. Tujuannya only one thing! update apa berlaku dengan keluarga besarku di Puncak Alam. Update apa new event, update news and so on.

 Pagi tadi aku buka lagi. Memandangkan mama dah baiki Streamyx, leh update lagi. Unfortunately, kes semalam masih berlaku. Kata kak Aini, mengapa 'dia' yang tak faham? 

aku faham niat kamu.. tapi jangan kemukakan hujah andai tidak mampu untuk pertahankan. :-(


Pagi ini, sungguh aku terkelu.. Perpecahan ini menyakitkan.. Murobbiku diberi cuti rehat gara-gara memikirkan permasalahan ini. Kesian ahli keluarga yang baru menyertai gerabak ini. Mesti mereka terpinga-pinga. Aku tak rasa ini bermula kerana pergi pondok, tapi... can i say... dun't be overwhelm? dun't be too extreme? Islam itu mudah sahabat..

Allah... takutnya.. 

Sahabat, serahkan hal ini kepada ahlinya.. Kita bakal lulusan profesional, belum cukup ahli tentang itu.. Ilmu Allah ini luas..

Hari ini jumaat, shud read al kahf..
teringat ayat last ni.. sering disebut di IKIM.fm



"Katakanlah: ""Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan
sebanyak itu (pula)
""."

kamu... pastikan tahu adab dalam menegur, adab deal with the people who we respect the most.
 ok, stop. today is friday. i've to tidy up my angah's room.. he'll be back soon.
kuantan:0926:15/3/13

 




Wednesday, March 13, 2013

refresh for moment



tudung acik!!


Musafir itu meletihkan
tetapi letih lagi perjuangan ini.

Musafir itu menyeronokkan
tetapi seronok lagi perjuangan ini.

Perjuangan adalah kehidupan seorang musafir di bumi Tuhan..^_^

sori jannah.. nak remind!! tarbiyahmu menyuluh hidupku!




Sin itu dosa

Cerita kita



"Ustaz suka blogger kan?" tanya seorang adik..

Ustaz pon mengiayakan.

"Ustaz pasti melihat gambar-gambar lucah kan?" soal dia lagi dengan renungan tajam.

"Tidak!" balas ustaz. setelah terkaku sejenak.

Anak muda itu terkejut.

"kamu tidak beradab!" anak muda itu lagi tersentak.

"Apa kamu dapat jika saya jawab ya atau saya jawab tidak?"


"Sejak bila kamu kamu diajar untuk bertanya DOSA ORANG LAIN?"

Lantas ustaz berpesan:

Setiap kita melakukan dosa. Dosa daripada perlakuan maksiat, dan mungkar yang bermacam-macam.
Dosa hati yang lalai, lidah tak bertulang, panca indera yang disalahguna, bahkan sikap dan akhlak kita yang menjengkelkan.

DOSA JUGA ADALAH KEAIBAN DAN KEHINAAN!

Tutuplah dosa diri dengan tidak melakukanya dengan terang-terangan dan bisukanlah lidahmu daripada menceritakan dosa dan aib yang engkau lakukan secara sendirian. 



Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutupNya daripada pandangan manusia.

Bodohnya kita apabila mendedahkan  dosa dan aib yang telah ditutupi Allah dengan sitrahNya kepada manusia.

Allah dah tutup aib kita, kenapa kita sibuk membuka pekung di dada?

Apabila Allah ingin menghukum hambaNya, didedahkan keaibannya dan perlakuan jahatnya kepada seluruh manusia, lalu runtuhlah segala maruah diri yang dibina.

Murkanya Allah pada manusia yang membuka aibnya sendiri setelah ditutupiNya.

Doa Rasulullah: "Tuhanku, ampunilh dosa kami, tutupilah keaiban kami, dan janganlah dibiar musuh kami memperlekehkan kami".





 Betullah kata ulama ; jikalau dosa itu berbau, nescaya tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku..

baitunajah:2141: 13/3/13

Monday, March 11, 2013

Ainatul Mardhiah

Ini kisah benar

Aku mendapat panggilan daripada Aina. Sewaktu itu, aku sedang menyemak bacaan As-saff dengan acik. Ain dan Aiman sibuk duk layan Angela dalam ipad.

Aina kata :
"kak azi, ayah ore xdop doh"
terkejut aku..
"ore nak minta tolong. Ambil adik ore di Pekan dan Rompin"
aku kata bereh.
"tapi adik ore lelaki. takpe ke k azi?" dia sempat gelak lagi

Allahurobbi..
aku tanya papa. papa dan mama xsetuju sebab jalan ke sana gelap, bengkang bengkok dan berbukit bukau. aku pun gtaw nana. tengok2 ada orang dah ambil.

terkilan xleh pergi. walaupun haritu lagi duk bincang nak pergi rumah nana..

Aina sangat kuat. dia tidak meraung mempertikaikan takdir walaupun aku rasa dia masih muda untuk semua itu. sebab dia orang beriman. insya Allah.

malam esoknya, dia mesej aku. Hari pertama ayah di alam barzakh.. aku yang menangis, terasa kosong.

aku kagum:
1- Aina imamkan solat jenazah untuk jemaah muslimat
2- 3 round solat jenazah untuk muslimin
petanda husnul khatimah. insya allah.


Ainatul Mardiah 2

Sedikit rentetan kisah kami daripada warga baitunnajah.

Khamis (7/3/2013)
Sebaik sahaja pulang daripada meting lajnah, sekitar jam 7.40pm kak aina menerima panggilan daripada bondanya. Tiba-tiba kedengaran kak aina melaung dengan kuat..UMI…UMI sambil teresak2. Kami terus mengurumuni dia. Dia kata “ayah akak dah takda…”… “ tadi, lepas asar umi akak mintak call dia, akak pun call la,umi bagitau ayah dah tenat.tapi mase tu akak ingat takde ape2…sebab ayah akak memang dah banyak kali demam kuat,sampai menggigil2. So, akak tak terpikir pulak nak cakap dengan ayah akak sebab masa tu nak bersiap2 pergi meting dah…Akak tak sempat cakap dengan ayah akak…”.

Kami terus decide untuk bergerak ke johor dengan 2 kereta sebab nak ambil adik2 kak aina lagi. Ana yang pandu kereta kak aina dan Siti pulak drive kereta ana bertemankan 2 orang lagi housemate yang boleh drive, senang sikit bleh gilir2 drive kereta bila penat. Kami tiba di Endau,mersing Johor jam 4 pagi setelah singgah di uia pj,stesen um, ukm dan berhenti beberapa kali tukar driver. Kami takdelah drive laju sangat tapi memang constant 100km/j sebab jalan memang lengang tapi sangat gelap & berliku2.

Kak aina sangat kuat dan tabah masa perjalanan dari palam ke uia ade jugak dia menangis. Dia kata “akak tak boleh menangis depan adik2 akak…”. Ana jawab “takpe kak…akak nangisla banyak2 sekarang. Akak kene kuat sebab akak anak sulung”. Dan itu jugalah ungkapan Umi kak aina bila kami tiba di mersing. Umi kak aina tambah lagi “ Kak long jangan sedih,ayah pergi senang sangat…dia sempat edar harakah lagi hari ni. Kak long dah banyak sangat tolong ayah cuti haritu…”. Untuk pengetahuan sahabt, sebab itu jugalah kak aina tak pergi pondok haritu. Cuti sem yang lepas dia siap buat solat istikharoh sama ada nak pergi pondok atau balik johor. Cuti hari tu, kak ainalah yang uruskan adik2 dia pergi sekolah dan ulang-alik hantar ayah dia check-up pergi hospital lagipun arwah memang ada kencing manis dan baru lepas operate mata September lepas.

Ana teringat kata kak aina dalam kereta “Umi akak tenang je bagitau akak tadi. Saudara2 akak pun kata umi tenang je kat rumah”. Kami lihat sendiri umi kak aina sangat tenang dan redha dengan pemergian arwah sebab dia kata arwah memang dah lama sakit…dan arwah sendiri pesan kat umi kak aina utk belajar uruskan keluarga sendiri dah. Tidak sekali pun ana lihat umi kak aina menitiskan air mata. Arwah sendiri sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat melakukan tugasnya mengedarkan Harakah ke rumah-rumah pelanggan sekitar rumahnya demi memastikan kemenangan PR kali ini, berteman umi kak aina yang drive kereta sebab arwah memang tak boleh drive sejak operate hari tu. Arwah sendiri dah ambil cuti 2 hari sebab rasa tak sihat tapi dia tetap lakukan tugas2 jemaah. Orang sekeliling tak sangka arwah akan pergi hari tu sebab mereka lihat arwah kesana-kemari dengan motornya. Memang betul, cuma petang tu baru arwah start sakit tenat. Malam tu diceritakan oleh seorang makcik yang kami sempat singgah dirumahnya sebelum pulang ke KL, ramai sangat sahabat Jemaah dan orang kampong ziarah arwah.

Jumaat (8/3/2013)
Bermula pukul 8, semua orang bersiap-siap untuk memandikan jenazah & tahlil arwah kerana arwah akan dikebumikan sekitar jam 10.30pagi. Solat jenazah muslimat sendiri diimamkan sendiri oleh kak aina. Adapun dari muslimin pula ana dengar dari makcik tu jugak sampai 3kali round solat jenazah. Setiap kali round, hampir 40 orang Jemaah memenuhi saff. Begitulah keberkatan yang allah berikan kepada arwah. Makcik tu jugak kata arwah dah tinggalkan anak2 yang soleh/ah belaka, bukan macam orang lain, ada yang tinggalkan dlm keadaan anaknya mat rempit dll. Allah, kami muhasabah seketika.

Cuma bila tiba saat nak tutup muka arwah sebelum keluar dari perkarangan rumahnya, adik kak aina yang paling bongsu menangis teresak2 sambil dipeluk oleh kak aina.semua saudara mara juga memujuk anak kecil itu. Pagi itu sebelum arwah dimandikan, kami sempat tanya mana adik kak aina, dia cakap tengah duduk tepi kepala arwah sambil baca alfatihah. Adik2 kecil kak aina kelihatan faham dengan pemergian ayah mereka tapi dalam hati kanak2 siapa yang tahu… Bila ditanya sayang ayah…dia kata sayang,bila dikatakan ayah dah takda dia mengangguk. Kasihan sungguh pada adik2 kak aina. Sebelum kami pulang, kami sempat melihat adik2 kak aina kembali bermain2 dengan riangnya bersama kanak2 yg lain. Kak aina pulak sibuk berbincang bersama uminya serta saudara2 yang lain. Bertapa tenanga mereka sekeluarga

Kami bertolak pulang dari mersing tepat jam 3 setelah singgah makan tengahari di rumah makcik yang ana mention kat atas. Niat asal sekadar nak memenuhi undangan…tapi terpaksa tunggu depa masak dan makan tengahari pulak. Sepanjang kami tunggu hamper 2jam lebih kat rumah makcik tu, macam2 cerita kami dengar tentang arwah dari makcik tu sambil bermain2 dengan cucunya seramai 3 orang yang dua daripadanya masih dengan uniform Pasti mereka. Makcik tu cerita arwah sangat committed dengan kerja2 jemaah. Ana berdoa kepada allah, semoga Allah beri kemenangan kepada PR di johor berkat adanya pejuang agama seperti mereka. Kami tiba di baitunnajah sekitar jam 11.20 malam setelah berhenti 2 kali untuk solat jamak asar dan s.maghrib sambil pening2 cari jalan balik. Dalam kereta ketika kami di KL, kami terima panggilan dari kak aina…dia tanya kami sampai kat mana dah. Bila kami tanya keadaan adiknya,jawabnya ok. Adik kak aina siap cakap lagi “Kakak ni… bila cakap pasal ayah mesti mata merah…”.

Setakat itu sahaja bingkisan kami dari baitunnajah. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Doakan semoga kak aina sekeluarga kuat dan terus tabah meneruskan kehidupan mereka.
walaupun mereka sememangnya sangat kuat….Wallahhu’alam
 
titipan amal..:-(

My AWESOME family

Bismillah..
Sekian lama tidak menulis. Hidup yang terumbang- ambing apabila semakin hari semakin akan meninggalkan gerabak ini, aku mesti menaiki gerabak lain supaya kereta api ini tidak terlepas. Ya Allah, pahitnya mujahadah ini. Bimbangnya akan istilah 'futur' dengan kemalasan yang bermaharajalela..

Aku sedang menghabiskan masa untuk mereka memandangkan aku akan pulang ke kelantan untuk jangka masa yang lama.. Doaku mengiringi kalian, masih tinggi harapanku untuk melihat kalian mengambil islam kaffah. Tiada yang mustahil jika Allah mengkehendaki. Allahuakbar!!


My 1st abang..
Azrul Hisyam + beloved kakak ipar- Azerin Farina + si kecil Adam y rambutnya sangat havoc.

see..
cumel kan adam.. huhu..allahumma faqqihhu fiddiin buat adam. 

masih begini my abg boy..


2- Azira Iqlima (me^__^)

dengan Ani Zahidah^^ pemberi kekuatan u kebergantunganku hnya padaNya
3- Azwan Ridzwan: pelajar tahun 1, Ijazah Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga Universiti Malaysia Sabah.
# poyos
#people surrounding seem doesn't like him bcz of his weird attitude, but i know him well.
#dapat mike, mmg xleh bagi orang lain bercakap. very talkative. ^^
#disayangi family, pandai jaga hati orang tua
gambar paling aku suka. even takdela handsome mana pun.
banyaknya puji budak ini. em, kamu jauh di sana. mana tahu kan..

4- my beloved angah
 Asyraful : Diploma Pengurusan Ladang & Agroteknologi semester 2, UiTM Jengka Pahang
# tak peramah mana pun
# low profile
# caring
# suka tidur lambat sebab study tapi xperform pun..xpe, Allah nilai usaha, manusia je sibuk duk nilai hasil.
#concern pasal aku

gambar lama: masa dekat kepong, tunggu papa settlekan keje.
5- Aisyah
Tingkatan 3, SMK Bukit Rangin, Kuantan, Pahang
# aku tak tahulah dengan budak ni
#suka bergambar
#dah start hormone remaja dia tu
#suka twitter + kamera macam azwan juga
acik perasan

 6- Putera Aiman
standard 3, SK Sungai Isap, Kuantan Pahang
#very talkative
#suka aorta banyak
# turun kelas sebab banyak main game
#tapi suka berbahas pasal fikrah papa
#kelakor
peace aiman

7- last. Puteri Ain : kembarnya Aiman. suka buat Aiman nangis. lagi rajin daripada Aiman.
    maintain the highest dalam kelas.
perangai lebih kurang Aiman. bila balik, suka tidur dengan aku.. sweet..
singapore.......

itulah adik beradikku.. muka pon lebih kurang except lesung pipit aku x macam depa..hehe..