Tuesday, February 28, 2012

aku tak punya apa-apa..

Moga Allah merahmati kalian..




Az- Zumar
49: Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata " Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kepintaranku". Sebenarnya, ITU ADALAH UJIAN, tetapi mereka tidak mengetahui..



52: Dan tidaklah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki (bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki)? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) BAGI KAUM YANG BERIMAN.


54: dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong...


Miss Azy belum cek result..tapi saya amat terkilan dengan mereka yang merasa diri "pandai" lalu dengan senangnya memarahi orang ..Ajarlah dengan sopan dan berturutan, jangan malukannya wahai sahabatku..  



* puan suruh cari kenapa patient neuro from flaccid became spastic? err...

cyanide 2150

Saturday, February 25, 2012

jangan risau apa orang kata

Ada satu situasi yang berlaku pagi tadi semasa saya ingin ke majlis perkahwinan orang yang antara saya admire. Enio aka k.cik.hehe..sungguh anggun kamu hari ini..santun lembut penuh pekerti. tapi.... Sewaktu ingin pergi, adu satu kekonfiusan dalam diri. Nak pakai tudung L or XL? Dalam hati risau mereka terkejut dengan perubahan yang telah dibuat memandangkan sudah lama tak berjumpa. Ku tanya pendapat seorang sahabat, the answer was:" behave" em,,, still risau, lantas disarung L kemudiaan XL. Mata hati mengatakan XL. Pandai syaitan memainkan peranan..:-( Saya berjaya hari ini..ngee.. Janganlah risau dengan apa yang orang kata... Sebenarnya kita tidak perlu untuk menyebabkan diri kita sangat risau bagaimana orang lain memandang kita tetapi kita harus memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri. Kalau kita benar-benar meyakini bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya. Namun elokkan sekiranya kita cuba untuk menjelaskan kenapa kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka mahu mendengar atau berbincang dengan cara yang terbuka. Kalau mereka menolak cara hidup atau amal kebaikan kita yang berlandaskan syariat ini, maka itu pilihan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik mungkin disamping berdoa supaya Allah membuka hati-hati mereka agar mereka jua diberikan petunjuk. Jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar ini kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, ekstrimis, anti-sosial dan sebagainya. Kita perlu meletakkan fokus dan mengambil berat terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah swt. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin). Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).
Seorang pecinta kebaikan seharusnya beristiqamah dengan akhlak dan amalan yang baik sehingga kemurnian peribadinya terserlah kepada persekitarannya. Perilakunya yang tegas dengan kebenaran boleh menjadi pintu kepada hidayah Allah swt walaupun beliau mungkin berhadapan dengan rintangan daripada persekitarannya. Kita hanyanya berusaha yang terbaik sedangkan hasilnya adalah ketentuan yang bakal diberikan Allah di satu masa kelak. Adalah menjadi resam dalam perjuangan hidup bahawa setiap amalan dan seruan kebaikan pasti mendapat tentangan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong". (Surah al-Furqan: ayat 31). Jadi, kita perlu bersama dengn istiqamah mendidik diri bagi merasai bahawa kita menitik-beratkan pandangan Allah tetapi bukan apa yang orang lain kata terhadap diri kita. Saudaraku... Teruskanlah perjuangan di mana jua anda berada dan sibukkanlah dirimu dengan amalan yang bermanfaat buat umat ini. Janganlah risau dengan apa yang orang kata tetapi kita harus risau dengan apa yang Allah kata. cyanide 2355

tudung saya

Tudung. Tudung. Tudung.
Ya, bermacam-macam rupa yang boleh kita lihat sekarang kerana semuanya mahu mengikut peredaran fesyen semasa. Ada yang belitnya dari kiri ke kanan, ke atas ke bawah, disilangnya ke sana, ke mari. Cantik! Namun kebanyakannya tidak mengikut syariat. Saya dahulu salah seorang dari yang gemarkan fesyen-fesyen lilit-lilit pusing-pusing itu semua. Perempuan mana yang tak mahu kelihatan cantik menarik! di matrix saya suka tudung 4 segi yang corak2..saya mmg liat nak iron, so my mom yang suggest. Jadi, cikgu mudah kenal saya sebab tudung saya. Orang pun senang nak aim saya. ngeee, teringat zaman itu.. Dulu, saya selalu berkata "Baik pakai macam biasa, macam kebanyakan orang lain pakai. Nanti bertudung labuh, tak boleh nak gila-gila!" Namun jauh di sudut hati, ada satu rasa yang bergetar – ada sesuatu yang menarik tentang tudung labuh.
Allah sayang saya. Amat sayang. Allah bukakan mata saya, untuk melihat betapa indahnya, betapa selamatnya bertudung labuh. Allah kenalkan saya dengan insan-insan bertudung labuh, yang masih lagi gila-gila, namun terbatas pergaulan mereka, yang terjaga tatasusila. Saya mula perlahan-lahan, dari tudung yang berbagai fesyen itu, saya tutupkan dada. Masih dengan tudung biasa! Dalam hati, "OK, cukup dah ni". Namun masih sentiasa bermohon pada Allah supaya dilimpahi hidayah-Nya. Kemudian, pakai yang melepasi bahu banyak sikit. Waktu itu, saya dan seorang sahabat turut berhijrah ke arah kebaikan. Masih tidak ada kekuatan untuk bertudung labuh. Allah masing sayang saya, terlalu sayang. Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lebih mudah, lebih selesa untuk saya solat, kerana aurat saya sudah terjaga! Tidak perlu lagi telekung-telekung berbau kurang selesa apabila ingin solat di mall or surau2 kecil. Saya seorang yang akan hilang rasa hormat pada lelaki-lelaki yang bersiul-siul pada perempuan di tepi-tepi jalan, yang lalu di hadapan mereka. Sangat tidak hormat! Tetapi Allah tunjuk pada saya, apabila bertudung labuh, lelaki-lelaki itu tidak berani buat begitu. Saya nekad. Dengan hanya dua helai tudung berbidang 60" yang my mom jahitkan, saya sarungkan. Terasa betapa Allah sayang saya. Saya rasa sangat selamat dalam dakapan tudung labuh, yang satu masa dulu saya pandang hanya sebelah mata. Saya sekarang cuba untuk bertudung labuh,(jika bukan sewaktu belajar fisio) tetapi masih gila-gila! Bertudung labuh bukan bererti saya alim. Saya juga masih tercari-cari cahaya. Tetapi tudung labuh itu membantu saya, dalam gila-gila, saya ingat untuk menjaga batas-batas, tatasusila. Yang mendekatkan saya pada cahaya, bukan gelita. Saya malu untuk buat perkara sia-sia, malu jika saya dipandang manusia lain sepertimana saya memandang perempuan bertudung labuh yang "perangai tak serupa tudung" suatu masa dulu. Tudung labuh itu bukan tanda seseorang itu alim, tetapi itu pelindungnya dari perkara-perkara yang tidak baik. Moga dari kerana tudung, hati saya juga terjaga, akhlak saya dipelihara, akidah saya makin teguh pada-Nya.
cyanide coming 2310

new opening

peliknye...blog lame muncul kembali? em, allah bersama sangkaan hambanya.. dunia di hujung jari akhirat di hati..
pray for calmness...