Monday, June 11, 2012

ho ho ho balik kampung

bismillah...^_^

Pulang ke kampung selama 3 hari..sepupuku kahwin...dapat sesuatu input..

kena tegur tak pakai stokin after hujan masa majlis kahwin, fre je ceramah secara halus oleh orang yang biasa biasa saje..Allah memang sayang hambaNYA..hi..*_*

azwan bawa kereta laju giler semata mata risau dekat bukit grik..aku memang tak tidur..kena brainwash dengan azwan tentang pemanduan berhemah, nikmat islam, ceramah fre lagi..

em tarbiyah untuk diri..

allah tutup hijab pemandangan sampai tersesat dekat latar padahal dah berpuluh kali lalu situ, hikmahnya terjumpa mama dekat r&r tapah..kalau tak sesat memang tak jumpa..em^_^

badan manusia memang lemah, jangan terlampau berani dan balik lewat malam, 2 bulan kot mende tu dalam badan..patutlah mimpi binatang jadi manusia la,malas nak baca al quran la and so on..em...^_^

poksu beria benar sep3 puteri umno yang merah segala bagai datng rumah..ish4...aku buat xdengar jo..

em sedikit merapu..

sepupu baru tutup aurat dalam rumah, ada geng..^_^ alhamdulillah...


peringatan bersama:
kalau dah jodoh tak ke mana..
orang baik2 untuk orang baik2..he..
bukti dah ada depan mata..
allah sayang saya..
bila bersendirian, ingatlah allah..
terasa nak menangis masa singgah masjid saujana utama, kupasan akidah islamiyyah karya as syahid imam hassan al banna...

Benarlah, kebenaran itu suatu yang sukar difahami oleh orang yang tenggelam dalam kegelapan.. 

my beloved-youngest sis





cyanide,1427
psb aras 5 





Wednesday, June 6, 2012

Ikhtilat

Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.

Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.

Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari."
(HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."
(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.
Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.


Apa itu ikhtilat?
Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.
Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.

Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.

Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,

Dah makan ke?

Tengah buat apa tu?

Esok nak pakai baju warna apa?

Dah tidur ke?

Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Sabda Rasulullah SAW,

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."

Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.


Ingat pesan Nabi,

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),

Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),

Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),

Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),

Hati itu berhawa dan berangan-angan,

Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.

Allah SWT mengingatkan kita,

"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

Sabda Rasulullah SAW,

"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)

Ustazah Fatimah Syarha :)


- Artikel iluvislam.com
Bismillahirrahmanirrahiimm..

Ingin share sesuatu... Seminggu cuti,balik kuantan^_^ siyes sangat sedih..dunia hari ini makin teruk,rancangan tv entah ape2 je.alih3 adik2ku yang kevil sementot tu turut tpengaruh.em, moga istiqamah dengan jalan ini..

Pulang-iman turun.. Ya allah serius banyak benar tidurnya..rasa malas untuk buat kerja2 penyambung mata rantai perjuangan rasulullah..setan ni memangla..

Cerita dekat acik cerita matrix,kenangan silam untuk dia stop coupling,stop waste the time,stop maksiat hati..alih2, hati aku yang tak terjaga. Hari yang aku brainwash adik kesayangan siap dengan dalil lagi,mama bawa pulang tart telur banyakla juga. Apa tunggu lagi,xsempat adik makan aku dah abes 2 tart. Alih2 teringat sorang 'budak' yang suka tart.Hermmm,syaitan dah cucuk jarum.tension..dah baca alquran,dah bangun malam,still kot!! Ya allah memang diuji..

Datang puncak,cerita dekat bell,ha amek kau kena basuh dengan orang yang lagi muda dari aku..dakwah tak mengenal usia and itu untungnya bersahabat dengan mereka yang soleh..^_^ hihi..

Conclusion:
1)takyahla kata xnak buat kerja dakwah nanti engkau yang rugi,nanti allah gantikan dengan yang lebih baik,kau yang ternganga.
2)bila buat kerja islam masa terisi,dekat dengan allah,setan pon takut,plg penting asyik busy hingga lupa pasal cerita lama itu,kenangan tart telur n so onla..^_^
3)jadi,kau insan tpilih azi,persiapkan diri dulu,sibukkan diri mengenal allah nanti allah kenalkan engkau dengan yang selayaknya.^_^
4)allah dah bagi hidayah,jangan buat2 tak tahu.allah timpa bala baru kau menyesal.ingat, untuk apa kau dicipta?


Em,ali imran 104+110 jawapannya..

Jom,banyak baca alquran, jom kita bakar setan!!!

Monday, June 4, 2012

takutlah akan dosa



Mundurnya umat Islam zaman ini adalah kerana terbelenggu dengan dosa dan maksiat. Dosa bukan lagi satu perkara luar biasa, tetapi menjadi kebiasaan dalam masyarakat hari ini.



Satu ketika dahulu, bilamana Abu Zar Al-Ghifari mengeluarkan kata-kata yang mengutuk Bilal bin Rabah dengan panggilan ‘budak hitam’, setelah ditegur oleh Rasul s.a.w., beliau cepat sekali terasa begitu bersalah sekali dengan apa yang dilakukannya sehingga beliau sendiri meminta Bilal memijak mukanya untuk membalas tindakannya itu kepada Bilal.

Bahkan, zaman itu, susah sekali untuk dijumpai orang yang berzina. Kalau ada yang berzina, mereka datang mengaku kepada Rasul s.a.w. Walaupun sebenarnya, tidak menjadi masalah kalau mereka tidak berjumpa dengan Rasul s.aw. dan bertaubat.


Tetapi, kerana iman yang ada pada diri mereka, menyebabkan mereka rasa diri mereka begitu berdosa sekali, sehingga meminta Rasul s.a.w. menghukum mereka.


KITA, DI MANAKAH HILANGNYA SENSITIF TERHADAP DOSA

Saidina Umar adalah antara para sahabat Nabi yang cukup berhati-hati dalam memelihara dirinya dan rakyatnya daripada dosa.

Suatu kisah yang sangat maaruf dalam kalangan kita, ketikamana Saidina Umar mengadakan lawatan secara senyap untuk melihat keadaan hidup rakyatnya pada waktu malam. Bila tiba di sebuah rumah, didapatinya ada seorang wanita sedang masak sambil anak-anaknya menangis teresak-esak menanti penuh kelaparan akibat sudah tidak makan beberapa hari.
Rupa-rupanya, suami kepada wanita itu adalah salah seorang tentera yang dihantar oleh Saidina Umar dalam sebuah peperangan. Saidina Umar berasa sangat berdosa kerana membiarkan keluarga itu dalam keadaan begitu. Sehingga beliau sendiri yang mengangkat barang makanan dari gedung makanan untuk diberikan kepada wanita itu.


Tak cukup dengan itu, beliau meminta lagi daripada wanita itu agar tidak mendakwanya di akhirat atas kesilapannya itu.
Sensitifnya beliau dengan dosa. Bahkan ketika beliau menghantar satu batalion tentera Islam untuk berperang, beliau telah berpesan kepada panglimanya, iaitu Saad bin Abi Waqas :

“Aku memerintahkan kamu dan mereka yang bersama-sama dengan kamu supaya menjauhkan diri dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh, jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi bagi orang-orang Islam.”


Maka, dengan kerja kerasnya Umar dan para sahabat Nabi menjaga diri mereka daripada dosa, apa yang telah Allah anugerahkan untuk mereka di zaman itu?


Allah tundukkan dunia di tangan mereka.
Allah tundukkan dunia di tangan mereka.






KETIKA DUNIA MENGUASAI JIWA KITA

Berbeza pula dengan kita hari ini. Ketika dua kuasa besar ditundukkan di bawah pemerintahan Umar, kita pula hari ini terpaksa tunduk kepada jahiliah yang menjadi kuasa besar dunia.

Kita terpaksa tunduk dalam banyak aspek. Dalam gaya hidup, ramainya antara kita yang berkiblatkan Barat. Apa-apa sahaja ideologi baru yang diasaskan oleh Barat, cepat sahaja tersebar dan meresap ke dalam budaya hidup masyarakat Islam.

Ketika Barat menghalalkan cinta dengan berpegangan tangan, berpelukan sebelum kahwin, masyarakat kita pun melihat itu adalah suatu yang baik juga.
Ketika Barat merayakan Valentine sebagai hari kekasih sedunia, sebahagian umat Islam terkinja-kinja ikut merayakannya yang tanpa sedar telah mengundang dosa.

Kita lemah kerana dosa-dosa dan maksiat yang mengiringi kita.Kalau suatu ketika dulu, Allah tundukkan dunia ini untuk generasi awal Islam, tetapi hari ini Allah membiarkan kita tunduk kepada dunia kerana jiwa kita telah dikuasainya.

Bagaimana mungkin kita mampu menguasai dunia, sedangkan kita pun sama sahaja dengan orang yang bukan Islam, tidak berhati-hati dalam menjaga diri daripada dosa.


Mereka bermaksiat dalam keadaan mereka yang tidak Islam, tetapi kita bermaksiat dalam keadaan kita telah menerima Islam. Manakah yang lebih teruk antara kita dengan mereka?

Sudah tentulah kita.

Sebab itulah, Allah menyekat dunia ini daripada berada di bawah genggaman kita kerana bilamana kita tidak berusaha menjaga diri daripada dosa, kita sebenarnya menjadi lebih teruk dari mereka.

PENUTUP : RISAU DAN TAKUTLAH DENGAN DOSA

Tentera-tentera pemanah dalam Perang Uhud yang mengingkari perintah Rasul s.a.w. dengan turun dari bukit Uhud itupun telah mengakibatkan Allah menguji mereka dengan sedikit kekalahan dalam perang itu, bagaimanakah kita yang lebih besar dosa dan maksiat kita kepada Allah?

Telitinya para sahabat Nabi s.a.w. dalam menjaga diri mereka daripada dosa, tetapi longgarnya kita di zaman sekarang dalam memandang dosa.

Memang tidak dinafikan kita semua tidak akan terlepas dari dosa. Tetapi, bukan mudah-mudah begitu sahaja untuk kita terjatuh dalam dosa. Sebab itu Allah kurniakan akal dan hati kepada kita supaya kita berfikir dan menilai baik buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Teliti dan rasa Allah sentiasa ada memerhatikan kita. Itu yang perlu dalam diri.
Bila kita ringan-ringan dengan dosa, maka Allah nanti akan ringan-ringankan jalan kita ke neraka. Tetapi bila kita teliti menjaga diri daripada dosa, maka pastinya Allah akan mudahkan jalan menuju syurga.

Risau dan takutlah dengan dosa.

Kerana dosalah, kaum Ad dan Tsamud dibinasakan.Kerana dosa jugalah, Allah menghukum bani Israel menjadi kera.Kerana dosa jugalah, Allah menghilangkan rasa gerun dari musuh kita terhadap kita.

Bangunlah dari kehinaan dan bersihkan diri dari kotoran dosa !

renungan buat diri yang macam makin nak lagha.. :-(

cyanide, 1427 bilik study psb aras 5