Tuesday, July 22, 2014

U41:physio


Bercerita tentang interview,
Bukanlah aku menaruh harapan tinggi
Tapi
Harapan ibu digalas di bahu ini
Ingin melihat anak yang dididik
Menjadi insan

Physio dan tudung labuh sering menjadi isu. Tidak adakah physio perempuan yang hebat dan islamik? Mungkin islamik dan muslimah itu berbeza. :-(

Air mata takhenti,teringat kata2 umi
Sewaktu melawatnya di Rawang

"Umi ajar anak2 umi kuat,capok mana2 pun buleh bdikari. Bo lah duk jerik. Umi xsey tgok awok jerik doh kak"

Apakan daya,air mata dan doa sahaja menemaniku. Lone ranger. Itu trademark dari dulu.

Malam tu,terpijak jarum. Dalam. Darah memancut keluar. Sambil meletakkan ais di tapak kaki, Ku katakan pada umi "allah nk ampun dosa la tu. toksoh cito ko kak ta,nati dy kato ore tebolah"

Lantas umi berkata

"Sian ko kakak la, sedih sokmo"

Hidup susah tak mengapalah,asal hati tenang dengan yang Maha Kuasa.

Apabila allah cintakan seseorang, Dia akan fahamkan orang itu dengan agama.

Moga diri ini masih berpegang dengan tali Allah.



Tamat iv: kuantan.22-7-14