Tuesday, June 25, 2013

kecewa itu ujian















bismillah..

sekian lama tidak menulis. Aku mendiamkan diri, sangat sibuk dengan status pelajar tahun akhir. Konon. Malangnya, dengan panggilan yang ku terima lewat tengah hari tadi, ia menggugat prinsip hidupku.

Azira Iqlima Binti Razali : u are given a chance for reseat profesional exam next thursday. It will held at Hosp Sungai Buluh, please prepare accomplishly.

:) Innalillahi wainna ilaihi roojiuunn.. :(

Allahurobbi.. Suara Pn Farhana ibarat deru angin yang menyapa pipiku.. Aku sudah jangkakan panggilan itu memandangkan Fahmi telah menerima panggilan "2nd attempt" seusai perbincangan dengan Mr supervisor thesis kami merangkap ketua jabatan. Ila pula terlebih awal mesej tentang panggilan itu. 26 orang fail batch kami..

Hu.. speechless. Balik, tak jadi buat poster. Sebelum asar, nombor syafiq didail. Mahu berbicara dengan umi.

O Allah, hope it diminish my sins!

Kata umi " Allah baru cubit sikit awak, dah putus asa." Umi memberi kata nasihat. Sebelum ini tak pernah sangkut, bersyukurlah berbanding classmate yang lain.

After asar, adik pula menelefon. Ajaibnya, perkataan adik pun sama : "Olohla mung ni kak, Allah cubit sikit jah, jerit supo gapo. Papa n umi tak marah eh, taw doh mu study gano. Kalu sep kami ni yolola."  

Hem, benar, aku tahu. Hidup ini memang permainan. Ibarat roda : kadang2 di atas kadang2 di bawah. Akhirat jua yang abadi. 

Termenung masa depan yang belum pasti. Tapi hari mendatang tetap perlu aku hadapi. Kerana janji Allah itu pasti.

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

Moga aku mengambil pengajaran. Tingkatkan hubungan dengan Allah, moga ia penghapus dosa-dosa lalu. 

Allah mahu kamu dekat dengannya.. Kembalilah kepada Allah wahai diri yang sering alpa..