Monday, October 28, 2013

HALF



SEPARUH DARI PERJALANAN

Bismillahirrahmanirrahiim..

Entri kali ini nak backflash bagaimana aku boleh lulus professional exam. Sekadar sejarah dalam lipatan memori betapa besarnya keagungan Ilahi, betapa berkuasanya Dia mengurus hambaNya.

Peristiwa yang paling pinpoint dalam memory ialah kisah Kak Wawa seniorku yang sekarang menjadi lecturer PT dekat KIST. Datang HRPZ untuk visit students dia. Kami inform Pn. Z*** visit nanti. Dia memberi nasihat yang sangat positif. Dalam banyak kata-katanya, aku ingat: 

Shahir (senior up satu level lg) buat banyak solat hajat, setiap malam, mohon dengan Allah supaya lulus pro exam. Alhamdulillah, Allah bagi klu padanya soalan apa yang keluar. Then, A di genggaman. Sewaktu penceritaan itu: hati aku terdetik, sebab dia baik. Aku tak sebaik itu untuk Allah kabulkan doa.
Dan aku? Seminggu sekali solat hajatla kot, bermain – main dengan masa. 


19/6/2013 Pro Exam.

Dan dipendekkan cerita, aku dapat case POD 6 weeks distal end radius fracture! Macam tip of fingers je bagi yang dengar, sebab itu case study aku kan, mula2 dekat HRPZ pun asyik dapat kes tue aje. 

Swelling bagai, ROM limited and so on. Susunan Allah, aku blur. Ikut procedure assessment, tapi aku langsung xdak confident. 

Bila patiet tu sendiri tanya “I am wondering, why the capillaries was not impaired during the surgery?” ish3, dapat patient educated, spoke English fluently, Indian, Male. 

Cukup syarat untuk aku kelu untuk berclinical reasoning. En. Haidzir pula respond: answer the question. Dah tak ingat apa aku jawab tapi tak cukup point, lalu Pn Ida yang tolong jawabkan. Time tu, aku dah down. Macam dah nampak asap kat depan ni, kabus kelabu mewarnai kehidupan. Huaaaa... 

Dan memang benar: Pn Ida suka treatment yang functional ADL: scrubbing hair, scratch itching skin and so on la guna tangan tue. Dan dalam kepalaku mencerna: kes senangla ramai student fail. Siap semua, air mata berguguranla weh. Masuk bilik menunggu, dah penuh sep pompuan yang mengalir air mata. Keh3. Si Mazura itu saja berhati tegar, dalam hati siapa tahu sebab dia dapat Pn Z dgn Pn R. Oh, mangai. Kesian depa. Terkenang kata-kata Diana, sahabatku, bakal doktor yang repeat tahun tiga: belajar betul2, masa melangkah masuk dewan peperiksaan tue, dah boleh tahu kita akan lulus ke tidak. Dan, aku tanya pada hati, boleh luluskah kita? Hatiku berkata: macam tak je. :(

Balik rumah, esoknya dan hari seterusnya : kami berjalan sakan. Shah Alam, KL, mandi sungai dekat Kalumpang pastu balik Kuantan. Nampak tak di situ betapa tak takutnya aku dengan Allah? Ish3. Amalan wajib of course tapi adab tue.. mangkuk hayun: bak kata En Romi. 

24/6/2013 last call

Sewaktu aku memerima panggilan dari Pn. Farhana seperti yang aku pernah bercerita, petangnya, aku telefon umi. Umi kata : “hebat mana awak sampai Allah nak cubit sikit pun tak boleh? Sebelum ni tak pernah fail kan? Tengok kawan-kawan awak, ada yang fail sebelum ini, itu pun belum bersyukur?” Oh tajam. Menusuk kalbu.

Aku katakan pada umi, “umi tak kisah ke, nanti ore grad lambat, xdapat kerja, tak dapat tolong umi,” Betapa aku ada masalah hati waktu itu. Umi kata aku suka berfikir benda yang masih di dalam laut. Pak Cik Ja tu 8 tahun belajar baru jadi cikgu. Cikgu pula bukan sebarang cikgu, cikgu cemerlang fizik.

Adik perli aku macam ayat umi. Allah cubit sikit jahnyo. Dia kata: “Tengok Thomas Edison, Albert Eistein, Abraham Lilcoln semuanya pernah fail.” 

Papa okey je. Papa kata, need to spend some money for kakak if extend. Hailoh macam tahu2 je,duit pun satu hal kalo extend. Tapi depa kata JPA bagi lagi. Entah.

Hem, itulah yang aku fikir, tak nak nangis pada mulanya tetapi bila called umi, terasa sesak sikit. Umi tak kisah kalau aku continue sem depan, umi masih ada kudrat, papa still bagi duit. Hem, ibu sentiasa menenangkan hati anaknya. Umi suit me, make me comfortable. Maka hidup aku tenang sikit. After solat asar, aku keluar bilik solat tue, tengok kak aini duk jenguk bilik solat. Rupanya dia nak solat tetapi agaknya duk dengar sedu sedan aku nih, dia tak mahu mengganggu. Ujian buat kak aini lagi hebat dari aku, maka sangat patut k aini boleh lulus! Insya allah.

Balik Kuantan, dengar ceramah dalam youtube. Barulah aku realize. Selama aku berpraktikal di HRPZ, berapa banyak tahajud yang aku lakukan? Beria kata solat hajat banyak – banyak, tapi berapa banyak yang aku buat? Masih rasa comfort dengan kata – kata Ustaz Asyraf mengenai solat hajat atau bagaimana? Solat sunat dhuha yang dahulunya bila berpraktikal bukanlah penghalang, apa sudah jadi semester ini? Betapa pemalasnya aku. Al-quran berapa muka surat sehari aku baca? Sungguh, ia tidak patut. Memang patut Allah uji. Sebab Allah sayang aku. Kata Dr MAZA, sebab tu  
Allah lenyek, penyet biar lumat, dicubitnya aku supaya tidak takabbur, tidak leka bahawa Allah Maha Berkuasa!! Allah sayang aku, Allah tak nak aku pergi jauh dariNya. 
Baru aku muhasabah diri, apa sebenarnya yang telah aku lakukan selama ini? Menuntut ilmu ini perit Azira. Susah dahulu senang kemudian. Bukan mudah.:(

Kata Amy, Aisyah dan yang tahu kisah ini. En Haizir terkejut aku diberi 2nd attend walhal dia bagi markah paling tinggi. Dia tak join meeting lecturer sebab dia external. Lalu aku katakan:
ALLAH YANG MENGIZINKAN SEMUA INI BERLAKU.

Oh lupa, masa balik Kuantan juga, papa tahu aku sedih, papa bagi handset. Papa kata, papa dah bayar bil redtone previously, kakak gunalah nombor tue. Papa sayang, papa tak marah. Kira okeylah kan.   

Next tu, 1/7/13 present poster. Datang balik Palam, papa bagi kete wish sebab nak print poster. Abes present, bawa kereta tu balik Kuantan balik. Pinjam sekejap. Nikmat dikongsi bersama. Cik Aini jadi driver, penuh 8 orang sekali ila dan ummul. Aku struggled study, kawan serumah katakan, kalau nak mereka jadi model, bagitahu. Diorang tolong. Dan malam exam tu ada dinner untuk tahun akhir. Kos kami 8 orang je datang. Dekan terkejut. En romi dan Pn K sedih. Dah nak buat camna, esok pro exam. Tak pelik ke dekan, kos fisio ni tiap tahun separuh kelas fail? Entoh.

2nd attend, 4/7/13

12 orang yang dapat. Semua buat dekat Hosp. Sg Buluh. Siapa sangka aku dapat dengan lecturer takda kompromi yang lulusan Aussie itu. Yang semua orang sudah tahu akan kegemarannya meng’fail’kan student. Nervous yang bercampur baur. Saat namaku dipanggil, kali ini aku memang bertawakkal. Kali ini Pn. Z dengan Pn. Farhana. Apalah nasib dapat dengan Pn Z BIPOLAR DISORDER TUH! 

Tak tahu case ape, aunty India juga: sangat cooperate. Berjodoh betul dengan Indian races nih. Ohoii,aku ingatkan cervical pny problem sebab taksub sangat dengan spine bila tahu Pn Z suka case pasal back. Aunty complain pain at neck and right shoulder radiating numbness to middle finger.. Pn Farhana tegur masa aku nak cek ROM of neck, pn kata focus pada tempat sakit sahaja sebab xde masa. Rupanya bahu lagi sakit.

Masa tula aku baru teringat sepanjang minggu itu aku banyak terbaca journal rotator cuff injury dengan shoulder impingement. Allahuakbar!!! Siapa kata Allah tolong Si Shahir sahaja. Allah itu adillah azira. Most of soalan theory aku boleh jawab. Yang paling diingat Pn Z tanya origin, insertion and action SITS muscles. Aku apa lagi, confident la menjawabnya. Dah origin dia semua empat muscles tu dekat greater tubercle. Aku g jawab greater trochanter. Tertukar. Pn Farhana betulkan. Eh, greater trochanter dekat femur la ngek. Dalam hatila.

Banyakla Si Pn Z tu tanya. Ada ke patut dia suh bagi treatment without equipments, dalam muscle strength dah grade 4. Hem, dekat treatment aku memang fed up, apela yang dia ni nak sebenarnya. Dalam hati je la. ULTT dia lain dgn Pn L ajar. Aku sibuk duk cerita pasal muscle control, isometric training beria pula nak dengar. Nak dengar yang dalam buku Petty kesayangan dia tu, buat apo eh. Geramla jugak. Pn Farhana sedaya upaya membantu. Dalam muscle length dia duk repeat ayat “are you sure” masa aku buat untuk scalene, SCM dengan supraspinatus. Balik tue, Mizah kata dia pernah kena, padahal Pn Z tak ingat. Habis tuu, aku belek buku Petty tu, betul je aku buat. Takpelah, at least banyak juga aku belajar. Nak cek joint integrity jangan distract joint. Aku gi buat treatment join mob dah. Salah tue. ROM kan full..

Malas nak fikir, balik aku menangis. Fikir jugak. Dalam kepala, hailah, kesiannya umi kena tunggu satu sem lagi baru boleh tengok aku grad. Petang tu terbaca An-Nahl:41: Sabar dan bertawakkal. Allah sedang berbicara denganmu Azira. Allah yang pegang hati Z dan Pn Farhana.

Terkenang aunty yang baik hati, miskin tetapi ketiga-tiga anaknya educated. Buat master, Doctor and the rest is history la. Concealed. Oh, ayat aunty tue: “biasala tue exam. DON’T BE SAD. I KNOW, YOUR GOD WILL HELP YOU. PRAY TO YOUR GOD FOR THE SAKE OF YOURSELF AND I PRAY TO MY GOD TO HELP YOU”. DIA SENYUM.:)

Ha, percaya tak?? Aku memang touching sangat sangat sangat.. 

Esoknya, aku pelik. Kenapa pulaklah bahu aku ni sakit. Aku pun teringat. Kalau aku urut orang, badan aku sakit, orang tu akan hilang sakitnya sebab dah berpindah padaku. Nak percaya, percaya, tak nak sudah. Sebab tu mek selalu pesan baca ayat quran dulu sebelum pegang orang.  Tiba-tiba aku tanya hati : boleh lulus ke? Hati jawab: macam insya allah je. Aku pun sengih sorang sorang dalam toilet.

Petangnya itu, aku call umi. Jawapan umi? “Serahkan pada allah.”
Jawapan adik? “mataaun ghurur: dunia ini perhiasan yang menipu”. 
Balik kuantan? Mama kata mama pun fail satu paper. Haila, alhamdulillahla kalian menyokong.

Dan selepas itu, solat hajatku di setiap penghujung maghrib, kekadang selepas zohor, kekadang selepas dhuha, kekadang waktu larut malam. 
Bangun sepertiga malam? Tak usah cerita. Sebab takut pada Allah, aku skip jarang-jarang tahajud, taubat and so on tue. 
Alquran 4 muka surat selepas solat tiap-tiap waktu. Kadang-kadang sikit, tapi baca juga. Kan lepas tu bulan puasa, macam ada banyak masa lapang. 
Aku jaga akhlak, lower my gaze, cover my aurah dan sebagainya. 
Doa? Ohoii.. air mata mengalir setiap kali berdoa. Aku beritahu Allah, aku nak lulus, biarlah aku tak excellent. Aku tak sanggup dah nak tempuhi perasaan pro exam buat kali ketiga. At least: kesiankan umi yang alone membesarkan aku. Macam2 aku duk bercerita dengan allah. Masa berdoa, sungguh, hati terasa seperti dicucuk2, dihiris2, disiat2 oleh pisau yang tajam setiap kali masuk part doa pasal exam. 

Sakitnya menunggu, Peritnya kegagalan, lukanya seperti sukar untuk sembuh. 
Aku turut berdoa allah bukakan hati lecturers PT. 

Aku kekadang still persoalkan, kenapa aku dalam bidang ini andai penghujungnya, kegagalan yang aku terima? Kenapa aku tak pilih geologi yang menjadi punca aku ambil geografi sewaktu SPM dahulu? Aku buntu, aku bercerita dengan Allah.. 
Teman serumah kesian melihatkan aku. Yela, aku sorang je 2nd attend dalam rumah kami. Selok po gapo, ayat Kelantan. Memikirkan JPA, takut kot2 kena warning.

Bukan nak riya’, nak berkongsi bagaimana Allah mengatur skrip hidupku ini.

Kita inginkan kejayaan
Allah takdirkan kegagalan
Kita inginkan pertemuan
Allah takdirkan perpisahan
Manis yang kita impikan
Pahit menjadi kenyataan.

Kenapa?  Kerana Allah tahu yang terbaik buat kita. Al-baqarah:218 tuee.. Ujian Allah umpama rotan ibu kepada anaknya yang degil. Ibu rotan sebab sayang, Allah lebih lagi.^^

Dalam masa tue, ujian Encik gali minyak, duit tak cukup bayar tol, travel tiga kali jumaat berturut2 aku berada di Tol Gombak-Kuantan and so on. Masa ni jugakla Allah uji.

Balik Kelantan, terawih, tolong umi klim tepi baju, stress dengan behaviour budak sekolah psikologi yang tak macam student uni itu, baju praktikal yang dulu, kasut, tudung semuanya elok dalam wardrobe. Bersedia untuk menyambung pengajian. Orang lain 4 tahun. Aku mungkin lebih. Mimpi? Tak usah cerita. Mimpikan fail, mimpikan Pn Z bagi lulus, mimpi bukit, mimpi duit syiling. Umi bagi jawapan +ve. Mek pon sama. Legala sikit.

3/8/2013 ---------- 25 Ramadhan 1434

Lepas sahur, sekitar 5.15 pagi aku tengok handset. 3 missed call dari nombor mak Amy. Call balik, mak Amy angkat. Katanya:” makcik tak boleh tidur zi. Ko dah tengok keputusan?”

Memang belumla, dah Kelantan nih, mana ada line tenet. Aku suh amy tengokkan. Suara Amy yang pasrah dalam kesedihan.. Aku memang redha weh! Sekali, amy call 
"Azi kau lulus!!!" 

Grade C. Iyela dah 2nd attend hanya layak untuk grade itu walaupun hebat tang mana pun masa exam tue.  Aku sujud syukur. Umi turut sujud syukur. Allahu akbar.. Besarnya kekuasaanmu Ya Allah. Dengan izin Allah, aku lulus weiiii... Terima kasih ya allah walaupun Fisio UiTM sangat kejam!!

Selepas itu, aku melihat umi bergenang air matanya di hadapan mesin jahit yang setia menemaninya sejak kami menetap di Kelantan. Aku pula yang sedih. Teringat iklan Petronas yang mak dia menjahit, anak dia tidur. Macam akulah tuh. 

Kata umi:” masa kakak call umi kata kena ulang exam tue, umi kata begini pada allah. Ya Allah, bakpolah Mu tak bagi anak aku lulus, aku letih dah jahit baju,”

Oh, doa seorang insan bergelar ibu.

Nazar mesti ditunaikan – puasa 3 hari + buat makan.
Dan barulah aku dapat tahu, dalam 6 orang pro exam 1st time dgn Pn Z, Noh sorang yang dapat 2nd attend. Dalam 3 orang yang 2nd attend, hanya aku seorang yang lulus. Terima kasih Ya Allah.

Sakitnya semata mata untuk meraih perhiasan yang menipu ini. Sekeping ijazah yang bernama kertas. 




xde mood langsung nak naik pentas terima 'kertas' itu. em, umi punya pasal. go on jela.
(bunyi macam putus asa je : Allah murka weh!)

0301 Gombak

Wednesday, October 2, 2013

Sebarkan salam di antaramu




Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda,  

"Yang mengendarai kendaraan hendaklah mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki,
yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada yang duduk, 
yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, 
dan yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. 
Keutamaan orang yang lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar."
 
Dari Umamah ra., la berkata bahwa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah saw., 

"Ya Rasul, di antara dua orang yang bertemu, manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?" 
Rasul menjawab, "Yang lebih mencintai Allah swt." 
 
Dari Abdullah bin Mas'ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda,

"'As-salam' adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu." (HR. Bukhari) 

Di antara taujih Khalifah Umar bin Khathab ra. adalah, 

"Tiga hal yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus (hanya karena Allah) ialah,

- lebih dahulu mengucapkan salam,

-  memanggilnya dengan panggilan yang ia sukai,

- dan memberikan tempat duduk dalam satu majlis." 

"Menjadi tulus" adalah sebuah ucapan indah yang dapat membersihkan rasa cinta dari tujuan duniawi.

bagaimana menyentuh hati:Abbas as-sisi
Rawang, selangor.



 


hibernate itu indah,
andai tahu mengurus diri.
silence is betrayal, 
kalau hibernate dengan goyang kaki.


 

3 golongan manusia



Tiga Karakteristik Manusia
 
Dalam kehidupan ini manusia dapat diklasifikasi dalam tiga kategori, yaitu:
 
1. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Islamiah
 
- Ia adalah orang yang rajin beribadah dan rajin ke masjid. 
- Orang yang seperti ini harus dinomborsatukan, kerana mereka lebih dekat dengan dakwah kita, sehingga tidak membutuhkan tenaga yang banyak dan untuk mengajak mereka pun tidak banyak kesulitan, insya Allah.
 
2. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Asasiyah  

- Ia adalah orang yang tidak taat beragama, tetapi tidak mahu terang-terangan dalam berbuat maksiat kerana ia masih menghormati harga dirinya. 
- Orang-orang semacam ini menempati urutan kedua. 
 
3. Manusia yang Berperilaku dengan Akhlak Jahiliah
 
- Ia adalah orang yang bukan dari golongan pertama atau kedua. 
- Dialah orang yang tidak peduli terhadap orang lain, sedang orang lain mencibirnya kerana perbuatan dan perangainya yang jelek. 
- tapi, tak mustahil. cth: Umar al -Khattab ra bersama beberapa lagi sahabat.

Rasulullah saw. bersabda,
 
"Sesungguhnya sejelek-jelek tempat manusia di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang yang ditinggalkan (dijauhi) masyarakatnya kerana takut dengan kejelekannya."
  (HR. Bukhari dan Muslim)
Golongan inilah yang disebut dalam sabda Rasulullah saw. sebagai: "Sejelek-jelek
teman bergaul". (HR. Muslim)

sebahagian dari nukilan Abbas- as sisi, anggota IM
AT-THARIQ ILAL QULUUB:Bagaimana menyentuh hati.
 Feel free to share this e-book with anybody. email me:manggistulip@yahoo.co.uk