Saturday, February 25, 2012

jangan risau apa orang kata

Ada satu situasi yang berlaku pagi tadi semasa saya ingin ke majlis perkahwinan orang yang antara saya admire. Enio aka k.cik.hehe..sungguh anggun kamu hari ini..santun lembut penuh pekerti. tapi.... Sewaktu ingin pergi, adu satu kekonfiusan dalam diri. Nak pakai tudung L or XL? Dalam hati risau mereka terkejut dengan perubahan yang telah dibuat memandangkan sudah lama tak berjumpa. Ku tanya pendapat seorang sahabat, the answer was:" behave" em,,, still risau, lantas disarung L kemudiaan XL. Mata hati mengatakan XL. Pandai syaitan memainkan peranan..:-( Saya berjaya hari ini..ngee.. Janganlah risau dengan apa yang orang kata... Sebenarnya kita tidak perlu untuk menyebabkan diri kita sangat risau bagaimana orang lain memandang kita tetapi kita harus memberikan fokus bagaimana kita melihat dan menilai diri kita sendiri. Kalau kita benar-benar meyakini bahawa apa yang kita buat adalah berdasarkan prinsip yang betul, maka kita harus bertegas dengannya. Namun elokkan sekiranya kita cuba untuk menjelaskan kenapa kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan kepada mereka yang terlibat sekiranya mereka mahu mendengar atau berbincang dengan cara yang terbuka. Kalau mereka menolak cara hidup atau amal kebaikan kita yang berlandaskan syariat ini, maka itu pilihan mereka. Kita hanya perlu menyampaikan dengan cara yang terbaik mungkin disamping berdoa supaya Allah membuka hati-hati mereka agar mereka jua diberikan petunjuk. Jangan pula kita berkompromi dengan meninggalkan sesuatu yang benar ini kerana takut kehilangan kawan atau pun takut digelar sebagai kolot, ekstrimis, anti-sosial dan sebagainya. Kita perlu meletakkan fokus dan mengambil berat terhadap persiapan kita sebelum bertemu Allah swt. Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin). Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).
Seorang pecinta kebaikan seharusnya beristiqamah dengan akhlak dan amalan yang baik sehingga kemurnian peribadinya terserlah kepada persekitarannya. Perilakunya yang tegas dengan kebenaran boleh menjadi pintu kepada hidayah Allah swt walaupun beliau mungkin berhadapan dengan rintangan daripada persekitarannya. Kita hanyanya berusaha yang terbaik sedangkan hasilnya adalah ketentuan yang bakal diberikan Allah di satu masa kelak. Adalah menjadi resam dalam perjuangan hidup bahawa setiap amalan dan seruan kebaikan pasti mendapat tentangan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: "Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong". (Surah al-Furqan: ayat 31). Jadi, kita perlu bersama dengn istiqamah mendidik diri bagi merasai bahawa kita menitik-beratkan pandangan Allah tetapi bukan apa yang orang lain kata terhadap diri kita. Saudaraku... Teruskanlah perjuangan di mana jua anda berada dan sibukkanlah dirimu dengan amalan yang bermanfaat buat umat ini. Janganlah risau dengan apa yang orang kata tetapi kita harus risau dengan apa yang Allah kata. cyanide 2355

No comments:

Post a Comment