Friday, July 31, 2015

kempen simpan emas dan dinar!



"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. 

LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. 

WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. 

BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -

#sayasukapowergold.

beberapa bulan lepas, wawa memperkenalkan saya mengenai kempen simpan emas ini. sekurang-kurangnya 1 gram setiap bulan. mahu beli 'sebelebuk' jauh sekali saya mampu. Bertambah lagi dengan keadaan kami yang homeless sekarang ini.

saya terkenang kehidupan universiti. saya terkenang ucapan ulama-ulama ini.
saya tahu RM jatuh teruk.



 
Saya fikir tentang umi.
Saya fikir tentang cita-cita saya yang jika diberitahu mereka akan katakan, ia mustahil!

Dan sejak saya berkenalan dengan seorang teman dari bangladesh yang berumur 26 tahun, dalam proses menyiapkan PHD nya di University of Nottingham, kampus Malaysia, saya merasakan nothing impossible. dia bercita-cita mempunyai universiti sendiri di negaranya, dan mengajak saya menyertainya. Lalu, saya katakan, saya masih sayang Malaysia.^^

Kami susah. saya tahu tentang itu.
Umi yang ditendang dari rumah pusaka keluarga di kelantan dan berkelana jauh mencari sejumlah duit untuk bina rumah sendiri, saya insaf tentang itu.
Papa yang bersikap suka marah on the spot bila dia stress dengan bisnes yang takdak profit, sayalah pendengar setia.
Papa yang seems like taknak bantu saya untuk memulakan bisnes kerana merasakan saya nerdy, blurr dan ulat buku, saya terima tentang itu.
Saya yang berkelulusan ijazah dan meraih gaji diploma, bersengkang mata, mejerih keringat dan tenaga dalam bidang fisio walhal masih banyak peluang untuk meraih gaji yang lebih tinggi dalam bidang lain, saya sedar akan itu.

Dadyma dalam filem mann katakan, IKUT KATA HATI.
dan saya tambah, IKUT JUGA SYARIAT ALLAH.
insya allah, allah bantu.

sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
1 gram dahulu, kemudian 10 gram, kemudian 50 gram...
lama-lama bolehlah saya menyiapkan rumah untuk umi. dan menyiapkan bajet untuk cita-cita saya. 

dan bukanlah impian saya untuk menjadi glamour dan dikenali manusia,
sekadar ingin meraih pujian dan doa oleh penduduk langit dan seisinya.


Betulkan niat,
Lone ranger itu ada Allah untuk bertanya,
mana jalan yang patut dipilih.

Moga Allah sentiasa memandu saya dalam rahmatNya 
walau saya tahu, sayalah hamba yang banyak dosa.
Sayalah hamba yang tidak bersyukur.

ampang,1134.

No comments:

Post a Comment