Thursday, May 26, 2016

Adik usrah

Semalam jumpa adik usrah

Adik usrah masih bertudung labuh seperti 2 tahun yang lalu
Tapi kakak usrah malu sendiri sebab tudung kakak usrah sudah tidak selabuh 2 tahun yang lalu

Plus,  adik usrah punya gaji pangkal 3 di hadapan
Tapi adik usrah tidak tenang dengan kerjayanya yang seringkali membuatkan dia jauh dari usrah dan musyawarah

Lalu adik usrah menjadikan prudential takaful sebagai kerjayanya, sepenuh masa.
Walaupun dia mengadu dia masih lagi ragu ragu kerana malu berhadapan dengan orang ramai.
Mohon doakan dia lagi, sedangkan kakak usrah merasakan doa adik usrah sendiri makbul tanpa hijab berbanding kakak usrah yang terkontang kanting masih lagi volatile dengan kehidupan.

Kakak usrah join prudential bawah adik usrah sebab kakak usrah yakin adik usrah akan menggunakan duitnya untuk kepentingan islam berbanding diri sendiri
Lihatlah penampilan adik usrah yang masih berbaju kurung bertudung bawal bidang 60 sedangkan fesyen sekarang lebih elegan dan bervariasi dengan mematuhi syariah

Kakak usrah bangga adik usrah masih lagi meneruskan perjuangan dengan pengorbanan tahap tinggi dengan stay di puncak alam untuk membantu adik2 di sana walaupun digelar muslimat tesco kerana adik usrah pegawai optom di sebuah kedai cermin mata di sana.  Kakak usrah gelak guling2 dengar adik usrah digelar muslimat tesco.  Hahaha.

sis mampu ke stay kat p alam tu kalau dapat offer bagus kann.. Inilah geng pengorbanan tahap tinggi.

Then,  satu perkembangan menunjukkan adik usrah sudah matang apabila berbicara tentang jodoh. Ayat gelak adik usrah apabila dia cakap "yelah kita kan xpernah cakap dengan lelaki, cmat ayu gitew, tup tup join group tu mostly lelaki"

Dan ada beberapa lelaki cuba mendekati adik usrah,  direportnya pada ustaz, supaya menasihat lelaki tersebut.  Ustaz, pula dengan sportingnya mengatakan,  kalau nak boleh ana tolonggg.  Apalah ustaz,  orang cakap lain ustaz cakap lain.
Adik usrah sudah blushing.

Ayat sentap ustaz yang lain pula cakap kalo bukan muslimin jangan kahwin!  Hahaha..
Adik usrah kecil molek putih flawless sape xnak kann. Solehah lagii.

Lastly,  kakak usrah nk cakap,  bsyukur dipertemukan dengan adik usrah kerana adik usrahlah,  kakak usrah bangun malam mohon bantuan dari yang Khaliq tentang beberapa urusan yang biarlah hanya kakak usrah dan Allah yang mengetahui.

Lagi best,  part abang adik usrah called kakak usrah,  bubbled kenapa adiknya perlu menghadiri program sewaktu cuti semester.  Hahaha.

Indahnya, waktu bersama di dalam kalangan mereka yang soleh.
Moga kakak usrah istiqamah. 💋

Jgn marah kakak usrah letak gambar kat sini yeww

Kakak usrahcmemang degil,  suka, tepek gmbar suka, suki. 😘

No comments:

Post a Comment