Friday, October 28, 2016

klia2 - surat thani - donsak - raja ferry - kohsamui

19 October 2016

Sebab setahun sekali azi nak menghabiskan duit mentarbiah diri, maka azi bersetuju mengikut lae and cicipa ke Koh Samui, Thailand. Sebelum pergi Lea dah booking tiket flight, tiket bas ke feri dan tiket feri ke koh samui pergi dan balik dengan Air Asia. Total perjalanan terbabit sebanyak rm 361.08.

Flight departure around 1 pm malaysia time. Air Asia ada flight sehari 1 flight je ke sana.
Perjalanan mengambil masa sejam setengah jam je.

Apabila sampai di SuratThani Airport, kami menaiki bas untuk menuju ke feri di Donsak. 

Di dalam bas, ada seorang kakak tiket ada bertanya sama ada sudah membeli tiket untuk ke hotel atau belum. Kami fikir harga dari port feri lebih murah maka pada mulanya kami menolak tawaran kakak itu. Lalu kakak itu katakan harga tetap sama sebanyak 200 baht. Untuk memudahkan urusan, kami membeli tiket dari feri ke hotel siap2.

Perjalan ke feri mengambil masa sejam  la juga. Di dalam feri, tiada ramai orang mungkin disebabkan hari ini hari rabu. Ini antara pemandangan dari feri yang sempat diambil. Toing.

langit biru, secantik si tudung biru. cewahh.^

fisio anak teruna vs fisio anak teruna

Setibanya di jeti Raja Ferry, kami menaiki van untuk menuju ke Samui Hostel. Maklumlah, kami kan backpack je, maka cari hotel bajet jela. Rupa2nya ada lagi hotel yang harga sama memandangkan ini musim low season, hotel terbabit ada membuat promosi.

gila x excited mula2 sampai kott.

mokici dah kurus uolls!


van kitorang^^

cepatla sampai, kome capek dong.


Setibanya di sana hampir pukul 7 malam, kami solat dan berehat selepas seharian perjalanan kami.


Pada malamnya, Cici dan Lae keluar membeli nasi. 120 baht untuk nasi goreng biasa. nasiputih 30 baht, cici dan azi makan dengan sambal hitam mama provide utk cici dan kami.

Kami juga sempat survey untuk pakej pulau. Setiap pakej pulau kakak manis  bagi 1200 baht kepada kami setiap orang. Untuk dua pulau, pakej setiap orang perlu bayar 2400 baht. Dia peramah, bercerita tempat night market, tourist port semuanya. slang thai dia comellll sangattt.^^

macam tempat informasi gitew.

ada wifi free^^

kakak santek kol untuk confirmkan booking.^^


Kami balik bilik untuk tidur.
Get ready pagi esok, island party! Come on guy!


ini hostel kitorang.^^

laluannya.^^



azi and cici xpaham, lucky ada abe lae yang tahu jalan.^^




No comments:

Post a Comment