Tuesday, July 9, 2013

Yang mengajar di depan itu Pengarah Celcom!

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!!

1 Ramadhan 1434H

Semalam adalah malam pertama solat terawih bagi puasa kali ini. Macam ramadhan lepas, ada slot tazkirah selepas 4 rakaat.

"Ha! Siapa kata Pahang diharamkan buat tazkirah masa solat terawih?"
"Sebab: mufti pahang kata ;memanglah takleh tazkirah masa solat terawih, lepas solat bolehla.."
aishla mufti pahang.. Ingat main2 agaknya..

Tirai pemisah muslimin dan muslimat pun dibuka.Aishla dalam hati : Kalau dulu aku memang malu duduk line depan, tapi sekarang dah stone cold hearted dah. No malu-malu. Aku sudah tua..

Ustaz di depan pun mengajar. Cerita pasal ketibaan Ramadhan.
Berapa ramai orang yang kita kenal, pada Ramadhan lepas masih sempat bersama kita, tetapi kali ini mereka telah meninggalkan kita. Em, mungkin ini Ramadhan terakhir. Padatkan ia dengan pesta ibadah!!

Mama pun cuit aku. "Kakak, awak ingat tak yang kita pergi rumah Dato' yang tengah mengajar dekat depan ni?"

Aku pun mengerutkan dahi. "Bila?"

Mama replied, "Oh, awak takde masa tu. Ha, inilah Dato' Sulaiman. Pengarah Celcom cover Pantai Timur." 

Dalam hati aku teringat cerita papa. Dato' pernah berbual dengan papa. Antara point yang aku ingat sampai sekarang :

-Dato' majukan celcom, untung tu bagi dekat masjid2 dan surau2 area Kuantan. Especially surau yang kami datang tu sebab dia orang kuat surau tu.

-Dato' low profile :xnampak macam pengarah pon.
 Dan semalam aku menyaksikan, penampilan dia tak macam pengarah pun. Macam pakcik2 kampung yang lain..kui3.

-Point sentap is Dato' fikrah kita. :) Sumbangan untuk PAS mesti ada dari beliau!!

-Dato' orang Kelantan! Patutlah cakap kelate pekat! -copong la-make la-maghi belako buko poso- hi..

Hem sungguh make me inspired. Aish.

Pastu antara input sewaktu tazkirah semalam yang buat aku senyum memanjang:
- Confident dengan apa yang kita buat. Even orang tak suka xpe! Asal Allah suka!
- Walaupun kerajaan malaysia tak suka, xpe. Asal kerajaan Allah suka!
- Alah setakat kena masuk ISA, dia tak tahu lagi ISA Allah macam mana!
Huu.. sentap weh!

Apepun, nak wish happy ramadhan jo..



1133:livingroom

No comments:

Post a Comment