Sunday, April 10, 2016

Parents

PAPA

Mama call berulang kali, baru sempat ku mendail kembali. In haste, i asked ye ma,kenapa ma.

Kakak tgh kerja?

Ye ma.

Kak, papa kena tb lagi.

Innalillahiwainnailaihi rajiun.

Aku mendengar keluh kesah mama.
Papa tengah solat, fikirku esok akanku bersembang dengan papa.

Malam ini, aku mendail kembali nombor papa.

Dalam mengah, masih bercerita panjang. Itu memang pe'el papa. Bercerita apa sahaja mesti panjang omongnya.huu.
Dan aku setia mendengar.
Kali ini aku take note, kerana ia bukan bebelan papa kerana azwan masih belum pulang.

Air kencing berwarna merah, tulang tanpa isi mula kelihatan, acik membantu ke klinik setiap hari dan sebagainya.
Jua lega masih diteruskan untuk sakit jantung yang baru beberapa minggu didiagnos doktor.

Dalam semput nafasnya, kedengaran juga batuk kering bergema beberapa kali.

Allahhh.

Aku merintih di dalam hati.
Sebagai anak, apa patut aku lakukan?
Dan sebagai profesional kesihatan, apa fungsiku? Selama ini aku merawat orang lain, bagaimana dengan papa sendiri?

Dalam diam, aku menghitung diri.
Pasti tiba satu masa, mereka akan kembali

Ke negeri abadi

Dan waktu itu mampukah abang boy atau azwan atau angah atau aiman mengimamkan solat jenazah mereka?
Dari attitude mereka, jauh di sudut hatii, aku masih ragu2.
Adakah urusan pengebumian akan diserahkan kepada orang masjid sahaja?

Dan sebagai anak perempuan sulung, mampukah aku memberi sumbangan saham syurga utk mereka?

Bekerja siang malam untuk sesen dua, belum mampu membawa diriku ke syurga.
Belum mampu menanam benih2 tanaman untuk dituai di sana.

Atau mungkin juga, aku dulu yang dipanggil pergi.

Dan di waktu itu, apa persiapanku?
Apa akanku jawab bila ditanya, apa amalanmu yang boleh memberatkan timbangan kananmu?

Tuhan, aku ingin pulang.

3 rejab, 11 april
Taman cempaka melaka
0031

No comments:

Post a Comment