Friday, December 23, 2016

Dunia

Pergi siang, balik malam
Ada juga
Pergi pagi, balik hampir senja
Keduanya melibatkan pencarian dunia

Aku berfikir,
Untuk apa hidup ini?
Ramai teman2 punyai anak dan suami untuk berbakti
Tapi mereka juga mengeluh kerana masih ada impian y tidak sempat dikejar untuk dicapai

Ada juga yang berusaha mengejar apa yang ingin dicapai
Tapi mereka sunyi tanpa suami dan anak untuk berbakti

Aku bertanya lagi,
Untuk apa hidup ini?

Si miskin Aleppo menjarah maruah menagih simpati
Mereka bertanya ke mana saudara yang katanya seagama
Berusaha keluar dari kepompong bom dan senapang
Lalu syahid di tengah jalan

Tapi si kaya Muslimah pula menjarah maruah menagih publisiti
Meniru artis yang berklon berplastik berwarna warni
Berusaha keluar dari kemiskinan demi mengejar 'like' berjuta.

Aku berfikir lagi?
Sampai bila hidup begini?
Sempatkah bahagia, atau derita diakhiri?

~clemence,reverie~
Equina^^

No comments:

Post a Comment