Tuesday, May 15, 2012

belajar dari motor

bismillahirrahmanirrahim ^_^

subhanallah alhamdulillah allahuakbar

ku titipkan nukilan ini buat mereka yang mempunyai perangai sepertiku.. Bila hidayah Allah datang, tiada siapa yang menghalang.. Ahad lepas, ku lepak di baituna, thari usrah adik2, malam ada liqa. sedang khusyuk menonton sang murabbi melalui youtube, adik menegurku dan katakan. MOHON PERTOLONGAN.. *_*
Motor sahabat A rosak, perlu bantuanku untuk dihantar ke kedai motor, sahabat B nak test esok tapi dia yang last bawa motor tu... Berubah terus mukaku..

Prinsip hidupku, preferred to be alone so that no one can disturb me.. Tak suka menyusahkan orang dan tak suka orang menyusahkan diri ini.. Tapi...Allah dah kata umat islam mesti tolong menolong.. Aku memang degil sebab sejak kecil aku diajar independent, berani, lantang bersuara. Ini salah!!!

Demi ukhuwwah fillah ini, aku setuju... Sahabat2ku ini merupakan mereka2 yang sangat komited dengan gerak kerja menyebarkan biah solehah di tempat pengajianku.. Bersyukur Allah bagi peluang mengenali mereka ^_^

answer: allah yang tahu..

Sewaktu membawa motor ke tempat membaiki motor, hatiku sedih, motor sendiri rosak, tak baiki lagi ni nak tolong orang pula. Yang paling buatku terfikir, sepanjang perjalanan, motor sahabatku ini sangatlah slow dari motor aku. Tapi dia tidak pernah merungut.. Selagi ia boleh dipakai..

Keinsafan itu datang sendiri bila mana terkenangkan aku asyik complain dengan papa tentang sering lewatnya aku ke kelas padahal kelas 8.30, 8.10 baru terhegeh hegeh nak pakai kasut. Ke'slow'an motor tak mengganggu pun sebenarnya.. Scooter itu telah banyak membantuku..Memang tak bersyukur.. Kononya nak kereta, dah tak nak motor and so on..

Insaflah diri, bahawa jika kau rasa kau susah, ada lagi insan yang lebih susah.. Pandanglah ke bawah nescaya kau akan dipandang oleh yang di atas.


Then, called Azwan, dia kata, "kak, if u want to know who is the real sahabah, she is who always make you in trouble. So that u can learn by heart, what is the meaning of SABAR..."
Em adikku ini memang nak jadi motivator, benar katanya.. Tapi sewaktu mohon pertolongan dengan sahabat C untuk membantuku, dia buat tidak endah... Mungkin kerana sudah lama, kita tidak bersahabat dengan erti sebenar sahabat fillah ye ukhti.. Aku asyik mengabaikannya. So, dah insaf, semalam tolong printkan notes untuk dia ^_^... Biarlah dia tidak memandang usahaku tapi Allah tahu niatku..

THE GOOD NEWS:
 Kita merancang, Allah juga merancang
dan
Allah sebaik baik perancang..*_*

Alhamdulillah, 3 minggu naik turun bas, Allah bagi yang lagi baik.....Senyum sampai telinga...  Papa nak datang khamis ni, tak perlu naik motor lagi, papa suruh guna Matrix mama...

See how much allah loves me.. but what have i done for His religion-ISLAM..
menghitung diri..

cyanide 1637
waiting for asar, meeting for PRM..

No comments:

Post a Comment