Friday, November 16, 2012

selamat pengantin baru, kawan.



Semalam 1 Muharram 1434M jiran sebelah rumah aku-SNF. Family kami panggil aku kakak, untuk dia "kak". Kak kahwin selepas tamat pengajiannya di UTP. Barakallahufikum. Ramailah orang kampung duk cakap baru habis belajar dah nak kahwin, kerja pun belum dapat lagi.

ish3...Inilah orang kampung, geram aku. Apa ingat rezeki tu dari manusiakah? Hei, rezeki itu dari Allah.. Sebab tu hangpa ni takut kalau papa kedana, nak fre semua benda, keberkatan takda, harap duit orang bagi cepat aja..
That's whylah anak2 sekarang tak macam dulu.. Kalau anak buat masalah, marahkan anak2, padahal silap ibu bapa itu.. hem, nak relate dengan banyak perkara, tapi apa yang boleh aku katakan, BACK TO BASIC. Akidah sejahtera, biar clear. Barulah hidup tenang, bersyukur dengan rezeki yang ada.

Ramai orang kampung bertanya pasal aku dah berpunya ke belum.Cikgu-cikgu sekolah rendah datang tanya aku dah "ada" ke. And ada ibu-ibu duk sibuk cerita anak mereka dah berpunya. Ish, macam bangga je. Inilah dunia akhir zaman, yang betul jadi pelik, yang batil jadi betul dan dibangga-banggakan. Allahurobbi. Mesti umi aku rasa tergugat sebab anak dia ini Free In Action. Oh, puhliz, kahwin belum tentu menjamin kebahagiaan kalau belum kahwin pun duk berkepit sana sini... Ko tunggulah azab Allah sebab langgar apa yang Allah larang. Kita tak tahu apa akan jadi di kemudian hari... Tak usah nak bangga sangat..

Sekarang ini, prioriti aku belajar..
Mencongak diri mampukah aku untuk menjejakkan kaki di bumi Texas.. Texas Chiropractic College. Sambil nak cari jalan penyelesaian kepada scoliosis aku ni..

C shape, Right Scoliosis: Aku tak nafikan ramai orang ada mechanical back pain tapi tak tahu solusi. Aku ada big mission, lebih besar dari kahwin.


Rabbiyassir wala tuassir. Permudahkan aku Ya Allah walaupun aku tahu  aku tidak hebat untuk itu.. Tapi kun fayakun Allah tak mustahil kan? ^____^ Let's pray..

Jodoh itu ketentuan, tak perlu untuk aku cari, yang penting persiapkan diri untuk jadi ibu mithali. Insya Allah..


Kepada my beloved jiran sebelah:

1) Kamu yang mengajar aku meutup aurat di luar dan dalam rumah
2) Kamu yang mengajar aku kepentingan usrah
3) Kamu penyuntik semangatku hingga tahap sekarang (sebab kamu bersekolah di sekolah hebat, aku budak kampung)
4) Kamu banyak memperkenalkan aku mencintai ilmu
5) Kamu inspirasi aku untuk menjadi insan yang cerdik dan solehah

Harap kamu sentiasa dalam redhaNya walau kamu tidak pernah tahu apa yang aku sangat sayang dan kagumi kamu, walau kamu tak jemput aku untuk majlis itu, walau kamu marah umi aku sebab tersalah jahit baju yang diberi oleh insan yang sekarang sudah jadi suami kamu, walau kita sekarang semakin renggang, kamu sahabat aku hingga syurga. Insya Allah......



No comments:

Post a Comment