Saturday, April 6, 2013

adeh, kerana duit. ^___^

bismillah..

Hari ini hari selasa..
Pagi yang kelam kabut sebab saya suka bermain dengan masa.. astaghfirullah..

Berita gembira: parlimen BUBAR.. goodek! ha hidup hidup, hidup islam.. he.. hancur hancur, hancur tet..

Huah.. mata hampir tertutup.. siyes penat.. tiba di rumah seusai sayup2 azan maghrib berkumandang..
Di sebalik tenang akan diri ini memarkir kereta di garaj, ada satu cerita duka bersalut hikmah tersembunyi..
Sungguh.. DUNIA INI PINJAMAN ALLAH.

mataa un dunya...^__^

Kami keluar daripada department seusai menghabiskan taklifan work out, maintain BMI.. hik3.. ketika itu jam 1739.. Selepas solat asar,kami bergerak menuju ke kereta.. 

Kak Mast nak beli tiket balik Kedah. Aku pun sibuk tanya orang kat mana kedai jual tiket.

Dalam perjalanan mecari MPKB, kami sibuk memandang kiri dan kanan jalan. Apabila tiba di roundabout, 
...bedebum.. bunyinya.. my car hitted the car in front.. Serena ape ntah kete MPV gitu..
La haula wala quwwata illa billah.. 

Keluar seorang lelaki, sederhana tua. 

Diringkaskan cerita (malas nak rewind kata2 'indah' dari parents abang itu).. Sibuk duk tunjuk tempat yang tak cedera. Padahal, Honda City aku tuh kenanya di bucu tengah kereta. Nasib baik design kereta menghalang dari kemek. Syukur.

Call papa.

Nangis bila cakap dengan papa.

Depa dari Penang datang visit Kelantan.

So kena baiki dekat Penangla kan.. 

Dia minta rm200, papa suh kurangkan 150.

Abang tue macam kesian, dia kata jangan nangis. Kami beritahu, student, ada lesen.. bla2.. mencukupkan syarat sebagai jawapan. Dah  tengok baju pun sama ketiga-tiganya..

K mas pun berkata : Takpe2 kita bayar je. Orang macam ni kita kena buat baik dengan dia. Kita tunjukkan aura positif.

Orite, fine.

Kami salam dengan 3 wanita itu, aku katakan, aku halalkan duit itu, jika tak cukup call aku or papa. Mungkin ini kafarah dosa2 ku yang lalu... :-(


Kali kedua papa kol, aku dah tak nangis pon. Maybe sebab terkejut tadi. Aku minta maaf dengan papa. Habis kereta papa aku sodok reban ayamla, reban arnablah, kali ni bukan reban tapi real kereta.

Ish3..

Papa nasihatkan, berhati-hati semasa memandu.. (Terima kasih papa, tegar dengan perangai anakmu ini..^^)

Adik katakan, duit boleh dicari  sebab ia adalah pinjaman Allah. Duit itu milik Allah. Kita hanya mengusahakannya. Kalo tak bagi pada abang tu pun, mungkin aku buat beli baju lah, seluarlah... habis juga nanti..

Umi katakan, tak apalah. Learn from mistake..

Sejak itu, jika aku lagha or ape2 yang tak kena semasa pemanduan, Ila akan berkata: Azi! Sakit jantung aku!     keh3..


Tidak pernah serik untuk meneruskan perjuangan..
wek, berjuangla sangat azi..'^^'


 Dari MASTURA AMIRA..
Adakalanya Allah memberi sebelum sempat kita menadah tangan,
kerana Dia tahu apa yang kita inginkan.

Adakalanya Dia mengambil sebelum Dia memberitahu,
kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Adakalanya Dia sedang menguji tanpa kita sedari,
maka Dia anugerahkan akal untuk berfikir, memilih jalan terbaik.

Usah DICARI mana KESILAPAN dalam TAKDIR yang DITETAPKAN oleh ILAHI.. Tapi CARILAH punca KELEMAHAN diri DALAM menempuh UJIAN yang DIBERI..

*Bersangka baik dengan ALLAH, insyaALLAH hatimu kan lebih tenang dlm menghadapi ujianNYA..
— with Hazilah Omar and Azira Iqlima.


rabu,3/4/13

No comments:

Post a Comment