Tuesday, April 9, 2013

Jumpa TOKGURU!!!!

Bismillah....

How can i express my feeling right now?
Serius, tersangat gembira yang tidak terkata.. Thank You Allah..^^

Hari ini kami mengikuti mensyuarat teknikal fisioterapi yang dihadiri oleh ketua fisioterapi di setiap negeri. Sampai pukul 10.30 jepon.. Yang nak stori mori di sini mengenai selepas lunch hour.

En Rizal panggil saya memandangkan hari ini second placement : WARD SURGICAL..

Saya, Elyana dan ape dah nama budk lelaki itu ikut En Rizal naik ward. Saya memang berdebar tahap gaban memandangkan dah setahun tak sentuh pt CR.

4 pt y dirujuk kepada fisio. Laparatomy, rib and pelvic fracture + concussion, hernioplasty dan appendectomy.
Serius, sedikit emosi melihat pesakit2 terlantar di ward, berselirat dengan wayar. Rasa bersyukur akan nikmat kurniaan Allah..

Andainya semua manusia mengerti akan tujuan nikmat ini... :(

Apabila selesai, sekitar 3.30 petang. Kami keluar dari ward dan menuju ke department. Di persimpangan jalan yang dilalui berhampiran ward mana entah, saya cuma mengecam dari jauh susuk tubuh itu. Bertongkat, berjubah putih, ape ye atas kepala tu (berserban eh?).. Di belakangnya ada 2 orang lelaki separa umur menemani. Berpakaian jubah putih juga. Sosok tubuh itu menghampiri kami dari arah berlawanan dan dengan jarak kurang dari 1 meter, benar tekaan saya!!


Allahuakbar!!!


SAYA JUMPA TOK GURU NIK AZIZ!!


Saya senyum padanya. Tok Guru angkat tangan pada En Rizal yang berada di hadapan. Hati saya berbunga2.. Selepas tok guru pergi, reflex: saya terlompat excited. El sibuk nak cerita pada tunang dia.

Sampai department, saya peluk ila n told her the story. Selepas itu, saya senyum sepanjang masa..

Ambil semangat dari tok guru.. Saya nak jadi fisioterapi muslimah yang AWESOME!! insya allah.

Mereka tidak faham dan rasa seperti yang saya rasa. Mengenali ulama, satu kegembiraan pada saya. Mungkin mereka tak tahu, kenapa perlu bersalam dengan tok guru? (bagi yang musliminla kan) Apa yang hebat sangat dengan tok guru?

Sebab kita diselimuti kabus yang panjang. Sistem kita yang begini. 

Saya tahu, semua orang ingin berubah, menjadi lebih baik. Itukan fitrah..^_^ Nak melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tapi, kekadang hasrat itu berkubur begitu sahaja disebabkan oleh faktor PERSEKITARAN..

Carilah mereka yang soleh dan solehah, supaya kita sentiasa ingat Allah.
Pilihlah pemimpin yang soleh supaya dia mengajurkan akitiviti meraih mardhotillah. Bukannya menyeru rakyatnya mengagung-agungkan hiburan. PSY Gangnam Style lah. Itu boleh merosakkan hati..

Apapun, saya sayang tok guru kerana beliau mengingatkan saya, saya meminjam ini semua dari Allah!!!

thank you ALLAH..



  kalau umi tahu mesti umi kata saya fanatik, obses n so on. Sebab umi tak faham fikrah sebenar. Itulah, tegakkan akidah ASWJ.. Moga ALLAH BERI HIDAYAH!!


No comments:

Post a Comment