Wednesday, October 28, 2015

the power of life

Wonderful day.
 
Hari ini saya sangat segan.

Seorang fisioterapi dari Dubai datang ke klinik disebabkan sakit belakang.
Segan sebab dia fisio, dia test saya apa treatment yang patut saya bagi.
Saya berdebar sangatt sebab mereka lagi berteknologi dari sini.
Dia panggil saya Dr. 
Kat sana depa panggil fisio Dr eh? em.. em.. 

Tapi, tiba2 gembira pula sebab saya boleh jawab dengan baik. dia pun gembira after tu. ahaha.
Antara Soalannya: oringin insertion quadratus lumborum : buat taping je pon. ehehe.

Tiba- tiba terinspirasi pula.

Saya bercerita tentang profesion fisioterapi dan keadaannya di Malaysia.
Banyak yang saya ceritakan in terms of government or private.
Begitu juga kisah kegagalan dan ke'trauma'an saya dengan universiti yang bernama UiTM.
Saya juga bercerita tentang tawaran bekerja di Dubai yang terpaksa dilupakan.
Saya juga bercerita tentang IMKK Dr Azizan yang saya hadiri.

Lantas,
dia dengan penuh bermotivasi memberikan saya suntikan nafas baru.
Power of Contribution. memberi lebihh dari menerima. Buat rawatan pada pesakit seperti mereka itu ibu bapa, adik beradik kita.
Macam dr azizan ajar.

lagi, dia cakap saya patut bersyukur. (Power of Syukur)
Sebab dengan keadaan sebegini saya dapat belajar banyakk perkaraa. 
Sharpen your skills. 

Jangan tunggu disuap. Jadilah burung yang berterbangan mencari sesuap makanan untuk anaknya. 
Sebab saya cakap, orang melayu suka disuap. hahaha. tapi bukan saya. tiba2 tak mengaku. padahal sebelum ni mindset begitu.

Dia cakap, ada hikmah saya tak ke Dubai. (tang ni tak cite kat korang pon takpe).^^

Fikirkan cara bagaimana saya dapat membantu junior2 saya yang lain untuk mendapat kerja as a physio dan dapat gaji yang setimpal.

Dia siap bagi rough action and framework bagaimana lagi.
dan ayat paling sentap ialah: you must work hard in silence, let the success make noise.
padahal ayat ni pernah je dengar. Tony Robbins ke sape dah saya baca/dengar, yang cakap ayat ni.

Success is a journey, not a destination. So:
Life for a journey, not destination.

 mendalam kan ayat dia?

Lagii, dia bercerita bagaimana dia dikecewakan oleh seorang wanita disebabkan wanita itu lagi tinggi tarafnya padahal waktu wanita itu susah, dia yang tolong. Sekarang, dia lagi berkuasa dari wanita itu. hihi. Harimau berkuasa. ^^ Luaskan kuasamu.

Dia tidak pernah kisah dengan tanggapan orang, Dia hanya kisah tanggapan Pencipta dia terhadap dia.

Dia cakap, kita berhak memilih bahagia, walaupun orang lain anggap kita sedang derita

Orang suka melihat kita derita dari bahagia sebenarnya. itu nota penting kehidupan. Memang itu pun hakikatnya kan?

Dan dia kata, mulakan langkah. Jangan hanya memandang. Dare to Fail, Dare to be Different.

Ayuh Azira Iqlima!

Ngee.

Sebelum dia pulang dia bagi watsap saya gambar ini.

yeay!


Dia bagi cekelat.^^
Dia cakap, jangan lupa apa dia pesan.
Jangan tengok siapa yang bercakap, tapi apa yang dia cakap.
Maybe sebab dia beragama kristian kot, sebab tu dia cakap begitu.

Dia buat manual therapy utk scoliosis saya sebab dia tengok cara saya duduk pun dia tahu saya ada scoliosis. hebat bukan?
Patutnya saya yang therapist, ni terbalik. yeay! power of contribution. win win situation.^^

Nak je cakap, boleh carikan saya calon muslim yang positif macam awak untuk saya?
ahahah. nanti nampak nau tak professional nyee.. ngee.

Okei. saya mahu share sebab saya nak semuaa orang especially islam yang kaum melayu ini. Islam itu indah andai dihayati. Semua yang dia cakap, nabi dah ajar pun sebelum ini.^^

MARVELLOUS!
THANK YOU ALLAH!
send me that guy for trigger my introvert behaviour.^^
 



 


No comments:

Post a Comment