Monday, March 11, 2013

Ainatul Mardiah 2

Sedikit rentetan kisah kami daripada warga baitunnajah.

Khamis (7/3/2013)
Sebaik sahaja pulang daripada meting lajnah, sekitar jam 7.40pm kak aina menerima panggilan daripada bondanya. Tiba-tiba kedengaran kak aina melaung dengan kuat..UMI…UMI sambil teresak2. Kami terus mengurumuni dia. Dia kata “ayah akak dah takda…”… “ tadi, lepas asar umi akak mintak call dia, akak pun call la,umi bagitau ayah dah tenat.tapi mase tu akak ingat takde ape2…sebab ayah akak memang dah banyak kali demam kuat,sampai menggigil2. So, akak tak terpikir pulak nak cakap dengan ayah akak sebab masa tu nak bersiap2 pergi meting dah…Akak tak sempat cakap dengan ayah akak…”.

Kami terus decide untuk bergerak ke johor dengan 2 kereta sebab nak ambil adik2 kak aina lagi. Ana yang pandu kereta kak aina dan Siti pulak drive kereta ana bertemankan 2 orang lagi housemate yang boleh drive, senang sikit bleh gilir2 drive kereta bila penat. Kami tiba di Endau,mersing Johor jam 4 pagi setelah singgah di uia pj,stesen um, ukm dan berhenti beberapa kali tukar driver. Kami takdelah drive laju sangat tapi memang constant 100km/j sebab jalan memang lengang tapi sangat gelap & berliku2.

Kak aina sangat kuat dan tabah masa perjalanan dari palam ke uia ade jugak dia menangis. Dia kata “akak tak boleh menangis depan adik2 akak…”. Ana jawab “takpe kak…akak nangisla banyak2 sekarang. Akak kene kuat sebab akak anak sulung”. Dan itu jugalah ungkapan Umi kak aina bila kami tiba di mersing. Umi kak aina tambah lagi “ Kak long jangan sedih,ayah pergi senang sangat…dia sempat edar harakah lagi hari ni. Kak long dah banyak sangat tolong ayah cuti haritu…”. Untuk pengetahuan sahabt, sebab itu jugalah kak aina tak pergi pondok haritu. Cuti sem yang lepas dia siap buat solat istikharoh sama ada nak pergi pondok atau balik johor. Cuti hari tu, kak ainalah yang uruskan adik2 dia pergi sekolah dan ulang-alik hantar ayah dia check-up pergi hospital lagipun arwah memang ada kencing manis dan baru lepas operate mata September lepas.

Ana teringat kata kak aina dalam kereta “Umi akak tenang je bagitau akak tadi. Saudara2 akak pun kata umi tenang je kat rumah”. Kami lihat sendiri umi kak aina sangat tenang dan redha dengan pemergian arwah sebab dia kata arwah memang dah lama sakit…dan arwah sendiri pesan kat umi kak aina utk belajar uruskan keluarga sendiri dah. Tidak sekali pun ana lihat umi kak aina menitiskan air mata. Arwah sendiri sebelum menghembuskan nafas terakhir sempat melakukan tugasnya mengedarkan Harakah ke rumah-rumah pelanggan sekitar rumahnya demi memastikan kemenangan PR kali ini, berteman umi kak aina yang drive kereta sebab arwah memang tak boleh drive sejak operate hari tu. Arwah sendiri dah ambil cuti 2 hari sebab rasa tak sihat tapi dia tetap lakukan tugas2 jemaah. Orang sekeliling tak sangka arwah akan pergi hari tu sebab mereka lihat arwah kesana-kemari dengan motornya. Memang betul, cuma petang tu baru arwah start sakit tenat. Malam tu diceritakan oleh seorang makcik yang kami sempat singgah dirumahnya sebelum pulang ke KL, ramai sangat sahabat Jemaah dan orang kampong ziarah arwah.

Jumaat (8/3/2013)
Bermula pukul 8, semua orang bersiap-siap untuk memandikan jenazah & tahlil arwah kerana arwah akan dikebumikan sekitar jam 10.30pagi. Solat jenazah muslimat sendiri diimamkan sendiri oleh kak aina. Adapun dari muslimin pula ana dengar dari makcik tu jugak sampai 3kali round solat jenazah. Setiap kali round, hampir 40 orang Jemaah memenuhi saff. Begitulah keberkatan yang allah berikan kepada arwah. Makcik tu jugak kata arwah dah tinggalkan anak2 yang soleh/ah belaka, bukan macam orang lain, ada yang tinggalkan dlm keadaan anaknya mat rempit dll. Allah, kami muhasabah seketika.

Cuma bila tiba saat nak tutup muka arwah sebelum keluar dari perkarangan rumahnya, adik kak aina yang paling bongsu menangis teresak2 sambil dipeluk oleh kak aina.semua saudara mara juga memujuk anak kecil itu. Pagi itu sebelum arwah dimandikan, kami sempat tanya mana adik kak aina, dia cakap tengah duduk tepi kepala arwah sambil baca alfatihah. Adik2 kecil kak aina kelihatan faham dengan pemergian ayah mereka tapi dalam hati kanak2 siapa yang tahu… Bila ditanya sayang ayah…dia kata sayang,bila dikatakan ayah dah takda dia mengangguk. Kasihan sungguh pada adik2 kak aina. Sebelum kami pulang, kami sempat melihat adik2 kak aina kembali bermain2 dengan riangnya bersama kanak2 yg lain. Kak aina pulak sibuk berbincang bersama uminya serta saudara2 yang lain. Bertapa tenanga mereka sekeluarga

Kami bertolak pulang dari mersing tepat jam 3 setelah singgah makan tengahari di rumah makcik yang ana mention kat atas. Niat asal sekadar nak memenuhi undangan…tapi terpaksa tunggu depa masak dan makan tengahari pulak. Sepanjang kami tunggu hamper 2jam lebih kat rumah makcik tu, macam2 cerita kami dengar tentang arwah dari makcik tu sambil bermain2 dengan cucunya seramai 3 orang yang dua daripadanya masih dengan uniform Pasti mereka. Makcik tu cerita arwah sangat committed dengan kerja2 jemaah. Ana berdoa kepada allah, semoga Allah beri kemenangan kepada PR di johor berkat adanya pejuang agama seperti mereka. Kami tiba di baitunnajah sekitar jam 11.20 malam setelah berhenti 2 kali untuk solat jamak asar dan s.maghrib sambil pening2 cari jalan balik. Dalam kereta ketika kami di KL, kami terima panggilan dari kak aina…dia tanya kami sampai kat mana dah. Bila kami tanya keadaan adiknya,jawabnya ok. Adik kak aina siap cakap lagi “Kakak ni… bila cakap pasal ayah mesti mata merah…”.

Setakat itu sahaja bingkisan kami dari baitunnajah. Doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Doakan semoga kak aina sekeluarga kuat dan terus tabah meneruskan kehidupan mereka.
walaupun mereka sememangnya sangat kuat….Wallahhu’alam
 
titipan amal..:-(

No comments:

Post a Comment