Wednesday, March 13, 2013

Sin itu dosa

Cerita kita



"Ustaz suka blogger kan?" tanya seorang adik..

Ustaz pon mengiayakan.

"Ustaz pasti melihat gambar-gambar lucah kan?" soal dia lagi dengan renungan tajam.

"Tidak!" balas ustaz. setelah terkaku sejenak.

Anak muda itu terkejut.

"kamu tidak beradab!" anak muda itu lagi tersentak.

"Apa kamu dapat jika saya jawab ya atau saya jawab tidak?"


"Sejak bila kamu kamu diajar untuk bertanya DOSA ORANG LAIN?"

Lantas ustaz berpesan:

Setiap kita melakukan dosa. Dosa daripada perlakuan maksiat, dan mungkar yang bermacam-macam.
Dosa hati yang lalai, lidah tak bertulang, panca indera yang disalahguna, bahkan sikap dan akhlak kita yang menjengkelkan.

DOSA JUGA ADALAH KEAIBAN DAN KEHINAAN!

Tutuplah dosa diri dengan tidak melakukanya dengan terang-terangan dan bisukanlah lidahmu daripada menceritakan dosa dan aib yang engkau lakukan secara sendirian. 



Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutupNya daripada pandangan manusia.

Bodohnya kita apabila mendedahkan  dosa dan aib yang telah ditutupi Allah dengan sitrahNya kepada manusia.

Allah dah tutup aib kita, kenapa kita sibuk membuka pekung di dada?

Apabila Allah ingin menghukum hambaNya, didedahkan keaibannya dan perlakuan jahatnya kepada seluruh manusia, lalu runtuhlah segala maruah diri yang dibina.

Murkanya Allah pada manusia yang membuka aibnya sendiri setelah ditutupiNya.

Doa Rasulullah: "Tuhanku, ampunilh dosa kami, tutupilah keaiban kami, dan janganlah dibiar musuh kami memperlekehkan kami".





 Betullah kata ulama ; jikalau dosa itu berbau, nescaya tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku..

baitunajah:2141: 13/3/13

No comments:

Post a Comment