Sunday, November 10, 2013

Mix

 Ini kisah combine sebab mix feeling. 
Keluarga kelantan marah pada diri sebab duk Kuantan lagi padahal deme duk bkumpul dekat Rawang. Macam jadi Tanggang dah diri ini. Gara-gara derma darah petang tadi, tiket bas ke KL habis. Itu pun, sep2 ribena suh naik KL selasa ni. Kesian umi.:( Broken family: bukan mudah Ya Allah.. :(
 Petang tadi pula acik reply mesej pada seorang teman matrikulasi, ikhtilat lagi. Terasa jauh dari Allah. 
Terkenang zaman uni, tiada masa untuk semua ini. Fokus hanya pada tarbiyah, dakwah & siasah. Kena cepat-cepat sibukkan diri. 
Ani post pasal duit. Dan baru pulang dari Giant, kami berempat berhimpit di belakang gara-gara TV baru. Aku lebih prefer didikan umi, kami berjimat dengan diri sendiri, tetapi tidak untuk yang memerlukan. Itulah, bila dididik oleh dua karakter yang berbeza. Beribu melayang dalam satu malam. Berapa percent untuk perjuangan? untuk bekalan? astaghfirullah.
keperluan atau kehendak?
Yuni post lagi: inilah bila punyai teman yang solehah, aura wanginya masih tersisa pada diri.^^

Siapa pun kita dahulu,
ia bukan penentu kita yang sekarang.

Namun kita yang sekarang,
punya peluang,

untuk berusaha
,
menentukan kita di masa akan datang.

Kalau kita hebat pada masa dahulu,
tak guna diungkit jika sekarang bukan begitu.

Kalau kita orangnya jahat pada masa lalu,
itu bukan penentu hari ini kita akan terus begitu.

Semalam telah berlalu,
esok belum tentu,

namun hari ini di tangan kita,
maka hari ini kita hargainya,
kebaikan kita tambah,
keburukan kita patah
,
agar esok adalah hari yang lebih cerah,
dengan hari ini kita mula berubah.

Jangan biar semalam menentukan kita,
kerana bila Tuhan memberikan kita hari ini,
itu tanda ujian belum terhenti,
juga peluang belum termati.

Yang semalamnya baik, berusaha kekal dan pertingkatkan,
yang semalamnya buruk, hari baru adalah salam perubahan!

Hilal Asyraf(Official)
 
 Kuantan;2309

No comments:

Post a Comment