Tuesday, November 5, 2013

KHAULAH AL- AZWAR versi HUA MULAN




1/11/13: 2200-0000 

Aku belajar banyak perkara. Pada mulanya kisah ini bukanlah menarik. Bila mengenangkan Syafiq dan Azwan peminat setia cerita ala-ala kungfu TV2 penghujung dingin malam, aku pun dengan relanya sudi meminjamkan mata dan telinga untuk cerita ini. 

Cerita perang, Hua Mulan took her aged father's place in the army. She fought for twelve years and gained high merit as a jeneral, but she refused any reward and retired to her hometown instead. Nobody knew she was a woman except a guy. That guy was a prince, future king to be. Hem, ala cerita perang sekalipun mesti terselit pasal cinta kan. No wonderla..

Mulan yang menyangka pada mulanya buah hatinya telah pergi meninggalkannya, hilang semangat untuk meneruskan perjuangan. Lama kelamaan dia realized tujuan sebenar dia di medan perang. Tup2, Perang akhir tu waktu dia dah down, ternampak Si putera raja itu yang turut sama ingin pertahankan negara mereka. Dia gembira. Setelah modus operandis didedahkan kepada musuh, aku terkenangkan Abdullah Bin Ubai versi sirah rasulullah. Rancangan gagal, putera raja dijadikan tebusan. Hua Mulan yang selamatkan. Bila dah selamat, Puteri negeri tu pula kena kahwin dengan putera tue. Mulan sedar siapa dia. Pulang ke kampung untuk menjaga ayahnya yang tersangat tua. Before kahwin, Putera datang melawat kira macam farewell day lah.  Sob3. cite jiwang, ilek ah.



Apapun, yakini qadha’ dan qadar Tuhan: ku punya doa sebagai senjata. Buat kamu yang jauh di mata : CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI.^^



Saat berperang, aku terfikir, bagaimana nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat2 berperang? Di tengah padang pasir seperti inikah? Ribut pasir yang melanda, debu-debu bertebaran, kekurangan makanan dan ubat-ubatan. Kehilangan ahli keluarga tanpa sebarang pesan. Merindui anak- anak dan isteri di kampung halaman. Semuanya kerana satu tujuan. 
 
Dan, kisah Hua Mulan mengenangkan aku seorang srikandi islam yang mungkin jarang didengar tetapi indah untuk diteladani. Aku jua ingin seperti itu: KHAULAH AL AZWAR: merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing lagi. Skill dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. 

Dalam perang Yarmuk, beliau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. 
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
 Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin. Dan cerita selanjutnya tue ada juga.

Cumanya: bila tengok Hua Mulan, aku terkenang cerita Khaulah al-Azwar yang diceritakan oleh Ayong sewaktu slot Lajnah Tarbiyah dan kisah Rasululullah menyebarkan dakwah, meluaskan kuasa! Itu dipanggil politik.. ^^

Girls power.

tkenang post nana & ct p naik kuda dalam fb.^^


0117:01.11.13:Tmn Melewar, Gombak




No comments:

Post a Comment