Tuesday, November 5, 2013

HABIL DAN QABIL




“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dan salah seorang dan mereka (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). 
Ia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!” 
Berkata Habil : “Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian ‘alam.”
“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim. 
Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi.”  

                        (SurahAl-Ma’idah: Ayat 27-30)  

 
Dan di sebalik kisah itu, tertera satu nama: dengki kerana IQLIMA.

Macam cerita Merlin, si khadam raja yang melindungi putera raja. Namanya tidak sehebat dan tidak dikenali pada pendengaran atasan, tetapi hanya si tua yang tahu dia mempunyai magic!

Macam Iqlima: di sebalik kisah yang tertera di dalam al-quran itu, kisah sebaliknya ada tercatat kerana wanita itu. Ecece..

Biarlah kita ini tidak dikenali dan tidak dipuji, sebenarnya kita dipuji oleh Allah. Buat kerja sikit takpe, janji ikhlas lillah. Biarlah sekadar memacakkan bendera, menampal poster, janji lillah.
Motivasi untuk diri ini: biarlah selepas ni xdapat apa yang diidamkan, janji berusaha ke arah itu. The rest, tawakkallah duhai hati. Kamu punya Allah yang melindungi. Mungkin, tidak jejakkan kaki ke sana menyelamatkan diri dari azab api neraka. 




0116:2/11:Taman Melewar, Gombak.


No comments:

Post a Comment