Thursday, November 28, 2013

Shah Alam-i-city & Hawa Resort, Janda Baik

19-22November 2013.
lewat updet:

19 November: Berpagi-pagian mengemas rumah
Mama perlu outstation to shah alam. 
Kami all girl's siblings : acik+adik + me teman mama. 
Maka check in di Alami Garden Hotel, seksyen 13. paling dekat dengan tempat mama kena pergi. 
Petang: shopping. 

20 November: Palam+ met Aina and Huda. Terubat rindu. Terkejut dengan kematian kakak huda: maka saya masih berfikir tentang kematian. Tak sempat berlama-lama di Palam kerana menghantar huda ke shah alam untuk pulang ke Kuala Lipis.
Night: i-city : terkenang kenangan dengan angah_acik_kak teh_adek. PRM Palam is awesome.

slight change than before.^^

baru ada. adik&achik.

cold

-5 degree celcius








Tepat 12 malam : buka fb : arwah adik Ammar.
http://www.youtube.com/watch?v=wbS1OZK-Gfk
                                 & 

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

Tear. Allahuakbar!! What have I done? 23 years old.
Sanah Helwah Azira Iqlima.

Ayat terkesan Ustaz Hasrizal: mungkin Allah ambil nyawa adik ammar kerana Allah tahu dia tidak mampu menghadapi dunia hari ini! Turki Uthmaniyyah dan sejarah. Siapa peduli? semuanya mengejar title. Doktor, Engineer, Lawyer? Tidak bagi adik ini. Saya hanya membaca, tanpa meneliti. Dia? allahurobbi!!

Iye, umat islam semakin jauhhhh.. Islam sekadar nama, sekadar atas IC.

Tidak mengharap untuk celebrate. Sebab saya rasa belum cukup tanaman saya untuk dituai di sana. Angka dua menghampiri 3, masa berlalu meninggalkan kita, saya pula masih terkapai-kapai mengejar dunia. Ignore or face it. I chose the second one. Plan dalam kepala mula mendongak. Allah, Terima kasih atas nikmat ini.!___________^



Dan dan dan.. ALLAH SANGAT BAIKKKK!!!!!!

21 November 13: check out. mula mengorak langkah balik Kuantan.

Di Genting Sempah: mama bertanya tentang Janda Baik! Itu impian saya selepas SPM. impian yang tertangguh lima tahun lalu!! Ingatkan will be going dengan papa la kan. Sekali, mama terus masuk simpang Janda Baik: google tempat ini : tersesat sana sini: google yang tidak efektif :p terjumpalah ; ; ; ;

HAWA RESORT, JANDA BAIK, here i am.





Tanya pakcik tue, ada bilik kosong untuk hari ini?
Jawapannya:" hari ini, 60 bilik kosong."
Kami terpinga-pinga.
Tergelak bila pakcik tue kata, kosong semua.
Maknanya, we were the only one, renting the chamber! Kami pilih bilik dengan gembiranya. Macam best je! Memang best pon.

Air sungai mengadap bilik.
Memang bilik strategik.
Nama bilik: buluh bersebelahan bilik manggis.
Depan tue ada TV, buaian, gazebo, tempat masak2, air sungai yang bunyinya menenangkan hati.

Semua kemudahan ada di sini. Memang sesuai untuk family day: program tamrin: program motivasi and related. Ada tempat futsal, ada taman burung, orang bandar yang tak pernah tengok angsa, burung merak :ia ada di sini , em, dari segi bilik -ada bentuk dorm, ada katil single, katil queen or king, untuk VIP and so on. tetapi harganya berbeza. Em tak reti nak explain panjang lebar tetapi ini laman webnya http://hawaresort.com/

Dan kenangan yang kelakar; tempat itu kan kami conquer, masa mandi tue, batu2 dalam sungai tu pun macam licinla kot  sebab beberapa hari tak disentuh (mungkin) agak licin dan menggelikan bila bersentuhan. Menjerit si adik ingatkan something weird la kan. Main - main tue, tetiba: ada kelibat si kecil berpakaian putih 2 orang melepasi jambatan muka pintu masuk resort, kemudian ada lagi 2 orang.
Mama pun bertanya; dari mana pula pak-pak imam ni, siap lalu lalang dua tiga kali berdekatan kami. Ke... tet.. seramlah konon. Terpengaruh cerita drama melayu yang entahpape..

Siap mandi, kami pergi makan. Baru tahu, di sini banyak sekolah tahfiz. Malamnya : kami bersembang. Reciting al-quran bawah gazebo menghadap sungai ... subhanallah!!! damainya...

Indah sungguh ciptaan Rabb.. Datang sini:rasa apa yang saya rasa.

waktu malam, sangat sejuk. Mama and acik takleh tidur sebab takut; kami semua perempuan dan hanya kami yang menginap di situ. Hem, saya: kisah apa. Allah ada.


depan bilik je

bilik strategik: buluh

sebelah bilik kami; depannya ada buai, depan buai ada sungai

depan bilik manggis__

depan blik manggis:sungai. dekat je.


Albert Einstein

calmness..^^



ujung tue, dewan dia. besar juga, ada aircond.

TV, dewan makan, infront bilik kami.


belakang:bilik lagi. katil queen.

depan pejabat urusan

angsa.^^






Dipendekkan cerita;
Esoknya kami main spiderweb, climbing tali ape entahnye nama dia, panjat sana panjat sini - pergi makan.  Tak sesuai untuk ditunjukkan di sini gambar kami je ada. Xde view yang kosong.

selepas bersarapan, tanya makcik kedai kat mana resort yang ada kena cross jambatan untuk masuk ke situ. Kereta kena park dekat luar. Mama pernah datang and mama kata tempat tu cantik juga. So selepas dapat petanya, kami pun pergilah untuk melihat tempatnya. Mana tahu nanti nak datang lagi. Al-Sakinah Eco Resort namanya.
 

Mama pelik sebab ada budak2 berkopiah sedang berlatih silat dan main badminton. Sebelum ni xde pon. Senang nak kata; sedang beriadah. Bertanya pada pakcik dekat rumah besar juga, dekat mana al-sakinah, dia kata dekat sebelah tu. Lalu tepi bangunan sekolah tahfiz tu. Oh.. adik2 sekolah tahfiz rupanya...

 Kami pun lalu tepi padang kecil tempat adik-adik (bakal ulama insya allah) tue, bising mereka. Saya terdengar mereka jerit sesama mereka ' jangan tengok, jangan tengok' Hik8.. Sebab acik kot baya mereka. Si acik ni pula, hem faham2 la pakaian dia. Hah, adik-adik tahfiz, jangan hilang hafazan kalian sudahlah yer..:^___^:

Pergi belakang, subhanallah!! Lawa+besar+cantik+aman dan damai bangunan tu. Rupanya rumah pakcik sebelah tu yang kami tanya pun tersangatla indahnyee...

jambatan memisahkan jalan dan tempat tu

kini dah jadi kediaman adik2 tahfiz

Al-sakinah : ^^


suasana kat belakang la ni: tapi cantikkan..
 tak salah nak kaya: if menyumbang saham akhirat.^^
ni bahagian belakang. dah dekat gunung.


Dan yang paling tersentap: Al-sakinah Eco Resort yang dahulunya untuk pengunjung menyewa telah bertukar menjadi sekolah tahfiz. Apa namanya dah lupa. Oh, maaf adik2: kami tanpa minta izin memasuki sekolah kalian..


Sangat tersentap: beruntungya pemilik resort ini: hartanya digunakan untuk jalan Islam..

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal dan saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan” (QS al-Kahfi: 46).

“Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami mencatat amal yang telah mereka kerjakan (di dnia) serta bekas-bekas (yang) mereka (tinggalkan)” (QS Yaasiin: 12).


Allahurobbiiii.... Legasi apakah yang akan saya tinggalkan untuk umat ini supaya pahalanya tetap mengalir walaupun saya sudah dimamah bumi...

Tengah hari: bertolak pulang ke Kuantan.. Allah suruh berfikir di hari jadi saya..
Dan.
Saya mula mengorak langkah baru. Cubaan baru.


Kuantan1657






2 comments:

  1. As salam...

    Maaf dik...nk tanye...
    Al sakinah tu mmg tutup semua tuk tahfiz ke?tmasuk vila yg dlm foto adik?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Al sakinah masih beroperasi..villa dan 2 lagi bangunan baru masih disewakan utk pengunjung..cumabriver lodge di sewakan utk sekolah tahfiz.. boleh contact en.sufian di
    016 2158140

    ReplyDelete